2013-11-28

AL FARABI BAND - WORLD NEW ETHNIC TOUR


Mungkin ramai di kalangan kita yang terlepas pandang bahawa AL FARABI BAND telahpun merilis album terbaharu mereka berjudul "World New Ethnic" pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Malah kemungkinan kebanyakan kita juga kurang mengenali AL FARABI BAND. Diasaskan di Shah Alam, Selangor, kumpulan pemuzik ini mengetengahkan konsep muzikal Metal/Rock Progresif dengan tema positif merangkumi motivasi, ketuhanan dan kemanusiaan sebagai intipati lirikal mereka. 

Terdiri daripada Nasaie Nawawi (vokal), Nazri Alias (gitar), Kamarul Borhan (gitar), Fazrina Ghazali (bass) dan Adie Wady (dram), AL FARABI BAND kini berada dalam rangka promosi album "World New Ethnic" dan langkah itu diperkasakan melalui perancangan tour ataupun jelajah ke segenap pelusuk tanahair turut digelar WORLD NEW ETHNIC 4 REGIONS CONCERT. Jadual tarikh dan persinggahan mereka adalah sebagaimana berikut:

14/12/2013 - Hentian Rehat, Bagan Ajam, P.Pinang
15/12/2013 - Stadium Mini, Bagan Serai, P.Pinang
21/12/2013 - Azimat Cafe, Laguna Merbok, Sg.Petani
22/12/2013 - Kampung Sungai Kecil, Nibong Tebal, P.Pinang
30/12/2013 - Karnival Tahun Baru, Ampang, K.Lumpur
31/12/2013 - Ambang Tahun Baru, Hentian Rehat, Bagan Ajam, P.Pinang
03/01/2014 - Kem Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
04/01/2014 - Dewan Besar Kodiang, Kedah
11/01/2014 - Dataran Teluk Kemang, Port Dickson
12/01/2014 - Dataran Nilai, Nilai, N.Sembilan
18/01/2014 - Dataran Rempah, Ayer Keroh, Melaka
19/01/2014 - Dataran Alor Gajah, Melaka
25/01/2014 - Pasir Gudang, Johor
26/01/2014 - Skudai, Johor
01/02/2014 - Dataran Merdeka, K.Lumpur
02/02/2014 - Dataran Merdeka, K.Lumpur
07/02/2014 - Pantai, Batu Burok, Terengganu
08/02/2014 - Dataran Astaka, Kemaman
09/02/2014 - Padang Awam, Sg.Isap, Kuantan
14/02/2014 - KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
15/02/2014 - Bachok, Kelantan
16/02/2014 - Dataran Kuala Lipis, Pahang
22/02/2014 - Mydin Mall, Meru Raya Ipoh
23/12/2014 - Mydin Mall, RTC Gopeng
01/03/2014 - Kompleks PKNS, Bangi
02/03/2014 - Dataran Tanjung Harapan, Port Klang

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tour ini, anda juga boleh menghubungi talian: 0108785833 (Ashraf) / 0124878554 (Faizal) / 01123778390 (Faid). Sebelum memulakan penjelajahan ini, AL FARABI BAND bakal mengadakan sebuah konsert percuma pelancaran album "World New Ethnic" di International Youth Centre Cheras bertarikh 12 Disember 2013. Rujuk: Album Launching The Concert

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - LAGU-LAGU INSTRUMENTAL


Trivia Lagu Farasu: Lagu-lagu instrumental

1. Sapphire
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya Fidaiyyin yang termuat dalam demo pertama Farasu; Millenium of Madness (2003). Ia merupakan sebuah instrumental pertama Farasu yang berkonsepkan melodic death-metal.

2. Nasyrah
Ia merupakan sebuah instrumental yang juga ciptaan sepenuhnya oleh Fidaiyyin. Lagu ini telah dirakam pada tahun 2006 untuk dimasukkan dalam MCD The Blackmoon Eclipse dan telah melalui sedikit penyusunan oleh bekas gitaris Farasu, Faizal Fauzi yang memberi sentuhan melodi.

3. Akustika Jiwa 
Material ini telah dirakam pada penghujung 2009 untuk projek rakaman album Menongkah Arus. Ia juga merupakan ciptaan sepenuhnya Fidaiyyin. 

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - BISIKAN SUARA HALUS


Trivia Lagu Farasu: Bisikan Suara Halus

Antara lagu yang termuat dalam album Menongkah Arus (2010) dan merupakan lagu ciptaan dan susunan sepenuhnya oleh Nahax. 

Lagu ini asalnya merupakan sebuah lagu lama yang pernah diilhamkan oleh bekas bassist Farasu, Bul bersama Nahax. Namun ia kembali melalui penyusunan tempo, melodi dan riff yang dibuat oleh Nahax bagi projek rakaman album pada tahun 2009.

Lagu yang bernafas 'death-thrash' digabung dengan melodi nusantara (arabic+traditional malay). 

Lirik adalah hasil nukilan Fidaiyyin yang mengisahkan isu krisis jiwa yang melanda segelintir manusia kesan daripada ketaksuban pada sesuatu elemen mistik atau ajaran!

Bisikan Suara Halus merupakan sebuah lagu baru yang tidak pernah dirakam atau dimainkan dalam mana-mana persembahan sebelum kemunculan album Menongkah Arus.

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - GEMPITA MASTIKA


Trivia Lagu Farasu: Gempita Mastika

Ini adalah antara lagu terawal ciptaan Fidaiyyin sebelum penubuhan Farasu. Ia telah dihasilkan pada tahun 1999 lalu.

Lagu ini kemudiannya diperkemaskan tempo dan susunannya oleH bekas gitaris Faizal Fauzi pada tahun 2006 untuk dimuatkan dalam MCD "The Blackmoon Eclipse".

Rakaman pertama ini iaitu pada tahun 2006 dirakam secara live di Kajang.

Gempita Mastika dirakam semula secara track by track pada penghujung tahun 2009 untuk dimuat dalam album "Menongkah Arus".

Lirik sepenuhnya nukilan Fidaiyyin yang mengisahkan isu Black Metal yang disensasikan media utama sehingga menjatuhkan scene metal Malaysia!

Nota: Klip muzik di atas adalah lagu Gempita Mastika versi yang dipetik dari "The Blackmoon Eclipse" MCD 2006.

INFORMASI:

12/12/2013 - AL FARABI BAND: WORLD NEW ETHNIC ALBUM LAUNCHING THE CONCERT

TARIKH: 12 DISEMBER 2013 | TEMPAT: INTERNATIONAL YOUTH CENTRE CHERAS, KUALA LUMPUR | TIKET: PERCUMA | BAND: AL FARABI BAND | NOTA: INI ADALAH SHOWCASE PERCUMA DARI AL FARABI BAND BERSEMPENA PELANCARAN ALBUM TERBAHARU MEREKA BERJUDUL "WORLD NEW ETHNIC". DIJEMPUT HADIR!


INFORMASI:

12/01/2014 - HAVOK LIVE IN JOHOR BAHRU

TARIKH: 12 JANUARI 2014 | TEMPAT: STOPZONE GIG HALL, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM45 | BAND: HAVOK (USA) / ALKIRA (Australia) / ALLIANCE / BLACK SEED / COLOUR RANGERS / VOCIFERATION ETERNITY / WYNKEN DELIRIUM | ANJURAN: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:

NEKRAD - ABSOLUTE GABAN T-SHIRT


MAGENTA SCREEN MERCHANDISING telah mengeluarkan edisi terhad t-shirt band NEKRAD bersempena lagu 'Absolute Gaban' (sebuah lagu yang dipetik dari album terbaharu "Nekradvaganza"). Dapatkan segera t-shirt ini andaikata anda berminat!

Code: MSM 0008
NEKRAD - Absolute Gaban Limited Edition Long Sleeve Raglan 
#Cetakan hanya di bahagian hadapan
#Tiada cetakan di bahagian belakang
#Custom Made Long Sleeve Raglan
#size: S / M / L / XL

Harga:
RM50 melalui tangan
RM55 termasuk pos untuk Semenanjung
RM60 termasuk pos untuk Sabah/Sarawak

Pembayaran:
Maybank 562357114644 (Magenta Screen Printing)

Pra-Pesanan:

INFORMASI:

DISEKSA - UNRELEASED TRACKS (REMASTERED)

DISEKSA adalah sebuah band beraliran Raw Grindcore. Mereka ditubuhkan pada tahun 2008 dan pernah mengeluarkan "Greed Humanity" Demo CDR 2008 serta beberapa rilisan split sekitar 2009 hingga 2013. Mereka juga turut terlibat dalam beberapa projek kompilasi. "Unreleased Tracks" adalah himpunan rakaman yang tidak pernah dikeluarkan, diambil dari sebuah projek split yang tertunda dan dibatalkan. Split yang dimaksudkan adalah bersama AGATHOCLES, sebuah unit Grind / Mincecore (dari Belgium) yang cukup dikenali di pentas Grind / Noise underground antarabangsa. Walaubagaimanapun, DISEKSA terpaksa membatalkan perancangan split ini ekoran permasalahan line-up yang dihadapi, mengakibatkan proses rakaman tergendala dan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Hanya beberapa track yang sempat dirakam namun durasi keseluruhan tidak mencukupi untuk dimuatkan dalam split yang dimaksudkan. Kini, pihak DISEKSA memutuskan untuk dikongsi rakaman-rakaman tersebut dan menariknya, trek-trek ini remastered. Diriliskan untuk muat-turun percuma pada 27 November 2013 oleh Death Tones Records.

01. Media Is Big Liar - 0:45
02. Mess Control - 0:49
03. Plague Disaster - 0:52
04. Walking Corpse (Brutal Truth cover) - 1:32
05. World Collapse - 1:02
06. You Rubbish -0:35
07. True Blue (Carcass Grinder cover) - 1:45
08. Blind Justice - 1:03
09. Go Fuck Yourself Eat Shit And Die - 0:47
10. No Hope, No Future - 0:35
11. Words Of Destruction - 0:34

MUAT-TURUN DI LALUAN BERIKUT:

IMPERIAL - BEYOND THE RUINS T-SHIRT



Edisi terhad t-shirt "Beyond The Ruins" dari band IMPERIAL kini dibuka untuk pra-pesanan! Harga: RM35 untuk kualiti Gildan Premium Cotton / RM45 untuk kualiti Gildan Ultra Cotton. Harga yang disebutkan tidak termasuk kos penghantaran. Sekiranya berminat untuk memiliki t-shirt keluaran IMPERIAL ini, sila hubungi Nazarious Imperius Maximus untuk keterangan lanjut!

INFORMASI:

2013-11-27

SINDRAZ - "TIBO NANG GHENI" EP 2013


Sebagaimana yang telah dihebahkan sebelum ini, SINDRAZ kini membuka pesanan untuk mendapatkan EP keluaran terbaharu mereka berjudul "Tibo Nang Geni". EP yang diriliskan melalui MTD PRODUCTION [MTDPROD21] secara rasminya akan dilancarkan pada persembahan SINDRAZ di KL BLACK FEST 2013 bertarikh 29 Disember 2013. "Tibo Nang Geni" EP 2013 ini mengandungi 6 buah lagu (termasuk sebuah intro), terhad 100 salinan sahaja dan dijual pada harga RM15 (melalui tangan) / RM20 (melalui poslaju). 

Sekiranya berminat untuk memesan dan mendapatkan EP ini, sila berhubung dengan pihak SINDRAZ di talian 0197888251 (Riez) / 0137094922 (Indraz) atau hubungi terus MTD PRODUCTION.

INFORMASI:

MAKLUMAT BERKAITAN:

CAKERAWALA - SINGLE: OZAWA





CAKERAWALA, sebuah band yang menggelarkan muzikal mereka sebagai Radical Progressive Death Metal dari Gelugor, Pulau Pinang baharu sahaja merilis dan memperdengarkan single mereka "Ozawa". Band ini terdiri daripada Az Wie (vokal utama/gitar), Vinoth (gitar/vokal), ChuXian (bass) dan Teng Yi (dram/vokal). CAKERAWALA dijadualkan beraksi dalam gig QUALITY BAIK PUNYA METAL MEETING pada 7 Disember 2013 di Soundmaker Studio. Mereka juga dilaporkan bakal merilis sebuah EP tidak lama lagi. Hubungi talian 0193675755 (Az Wie) atau emel totalazwi@yahoo.com untuk sebarang maklumat.

INFORMASI:

05/01/2014 - BLAST FROM THE PAST

TARIKH: 5 JANUARI 2014 (AHAD) | TEMPAT: BLACK BOX, PUBLIKA SOLARIS, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM40 (DOOR) / RM35 (PRESALE LIMITED 100PCS) | BAND: SUFFERCATION / THE PILGRIMS / BRAIN DEAD / INFECTIOUS MAGGOTS / SIL KHANNAZ / AS SAHAR / NECROTIC CHAOS | ANJURAN: NEBIULA PRODUCTION


INFORMASI:

AZARIAL - "REBORN OF THE PAST" EP RILIS 13/12/2013


ER011: AZARIAL "REBORN OF THE PAST" EP. Kembalinya lagenda Death Metal Beaufort, Sabah. Pastikan anda tidak terlepas dengan rilisan yang bakal terbit pada 13/12/2013 ini. Sudah pasti menerusi Earblast Records! "AZARIAL pernah rilis demo sekitar tahun 1996 kalau tak silap dan pernah juga menyertai Psoriasis Prig Compilation. Sedikit masa lagi promo-track dari EP ini akan diperdengarkan", kata Mahatir Mutalip, pemilik label Earblast Records yang juga merupakan vokalis Mortuary Ancestor.

INFORMASI:

2013-11-21

PSYCHOTIC ART ZINE - PENERBITAN "BOOK 1"


Akhirnya, proses pembukuan PSYCHOTIC ART ZINE telah selesai dan dinamakan "BOOK 1", ianya kini telah terbit!! 84 mukasurat, bersaiz A5, diedarkan pada harga RM15 melalui tangan atau RM20 pesanan pos. PAZ BOOK 1 adalah kompilasi ataupun himpunan semula hampir keseluruhan karya-karya seni lukisan, lakaran, contengan dan luahan kata bertulis editornya Amir Fadli yang mana sebelumnya pernah terbit dalam beberapa siri fanzine dari akhir tahun 1997 hingga 2001. 

"Yes!!! finally the books is out now!!! Setelah 2 setengah bulan mengumpul, menyusun, mencari gali dan juga berhadapan dengan pelbagai masalah, maka hari ini P.A.Z book 1 dah keluar.. Diharapkan kawan-kawan dapat menerima dan menilai buku ini dan pihak kami mahu respon dari anda semua. Apa yang boleh saya nyatakan di sini cover buku ini telah ditukar disaat-saat akhir kerana beberapa masalah di pihak pencetak. Siap ada sticker sekali dalam tu.. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyokong Psychotic Art Zine dari awal 1998 sehingga kini.. Terima kasih..", kata Amir Fadli dalam laman blogspot beliau.

Dapatkan PAZ BOOK 1 sekarang! 


TERDAHULU:

2013-11-19

SIL KHANNAZ - T-SHIRT ULANGTAHUN KE-25


Siapa tidak kenal SIL KHANNAZ? Mereka antara yang terawal memulakan gelombang Metal Underground di Malaysia ini. Karier mereka telahpun menjangkaui usia 25 tahun sejak ditubuhkan sekitar tahun 1987. Sambutan ke-25 penubuhan SIL KHANNAZ diingati dengan pengeluaran t-shirt khas dari band Death Metal ini.

Kualiti: Fruits of the Loom. Harga: RM60 (termasuk kos poslaju). Saiz (Ukuran): S (17.5") / M (19.5") / L (21") / XL (23") / XXL (24") / XXXL (25"). Kuantiti pengeluaran adalah berdasarkan permintaan/pesanan. Dimaklumkan bahawa pra-pesanan telah dibuka dan tempahan untuk mendapatkan t-shirt ini akan berakhir pada 2 Disember 2013. Segera dapatkan t-shirt eksklusif ini dan kepada yang berminat, sila hubungi (inbox) capaian berikut:

2013-11-16

REHEARSE - "CHAOS REIGN" MCD 2013


Band Brutal/Slamming Death Metal dari Serdang, Selangor bergelar REHEARSE telahpun mengeluarkan sebuah album mini berjudul "Chaos Reign", dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2013. Rakaman untuk MCD yang memuatkan 4 buah lagu ini melibatkan Uze (vokal), Adli (gitar utama), Yusuff (gitar), Fauwaz (bass undangan) dan Dash (dram). "Chaos Reign" diriliskan atas usaha pihak band sendiri serta sokongan beberapa label dan organisasi antaranya Malaysian Death Metal (MYDM), Uprising Music Society dan PixelDixelArt. 

TRACKLIST:
01. Bloody Mess
02. My Hammer, Your Face
03. I Am Genocide
04. Beyond Vengeance

Sekeping CD "Chaos Reign" dijual pada harga cuma RM10 dan pada masa yang sama juga boleh diperolehi t-shirt rasmi REHEARSE (bersempena rilisan mini album ini) berharga RM45. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produksi-produksi ini, sila hubungi talian 017-5872279 (Uze) atau 016-3214922 (Adly) untuk perincian mengenai kaedah pembayaran dan pengeposan. In Metal We Trust, In Brutality We Blast!

INFORMASI:

ZURIARTS - "ARRIVAL OF THE DARK DESCENT" T-SHIRT


Band Melodic Black/Death Taiping, ZURIARTS telah mengeluar dan mula mengedar merchandise terbaharu mereka berupa t-shirt bersempena "Arrival Of The Dark Descent" EP 2006. Bahagian hadapan tertera logo band dan judul EP manakala di belakangnya dicetak senarai lagu yang terkandung dalam EP tersebut. T-shirt official ini dijual pada harga RM28 (melalui tangan) / RM35 (Pos Laju - Semenanjung Malaysia) / RM40 (Pos Laju - Sabah & Sarawak). Sila hubungi Shah Zuriarts (bass/vokal) untuk keterangan lanjut.

2013-11-15

16/11/2013 - DEAD IN THE DIRT LIVE IN KUALA LUMPUR

TARIKH: 16 NOVEMBER 2013 | TEMPAT: UPRISING STUDIO, GOMBAK | MASA: 3PTG | TIKET: RM25 | BAND: DEAD IN THE DIRT (USA) / ACO/ABO / HURRICANE / ALLIANCE / TOOLS OF THE TRADE / COMPULSION TO KILL / REHEARSE / APOCALYPTIC CARNAGE / SKUNKFIX | ANJURAN: FRAMEWORK RECORDS


INFORMASI:

ULASAN | INSANHAK / CRUELTY DIVISION - SPLIT PROMO 2012


Baru sahaja menerima Split Promo hebat ini: INSANHAK dan CRUELTY DIVISION. Dua buah band yang mana ahlinya terdiri daripada rakan-rakan lama saya dari era gemilang IMM (Ipoh Metal Militant). Dua lagu pertama dalam split CD ini adalah dari INSANHAK: Lagu pertama berjudul "All for Revenge". WOW!.. kekuatan vokal Urie sememangnya suatu kejutan! (kebiasaannya beliau seorang yang lemah-lembut budi bicaranya, haha). Kemudian menyusul lagu kedua yang menjadi pilihan kegemaran saya bertajuk "Black of Hate", terutamanya di bahagian korus. Penguasaan vokal yang bertenaga dipadani dengan riff-riff yang berat serta ketukan padu dari dram. Boleh saya katakan bahawa muzik INSANHAK adalah campuran Napalm Death bertemu Agressor. Seterusnya, datang pula lontaran-lontaran vokal mendasar (bersifat deep) dari CRUELTY DIVISION. "Cut of the Knife" bagaikan mendorong anda menghayunkan kepada sehingga mencecah lantai! Total Eargasm!! Sebaliknya, lagu CRUELTY DIVISION kegemaran saya adalah "Planet Gringragong". Barbanding rentak asal genre Pop, lagu ini bertukar wajah diubahsuai dalam gaya Metal yang benar-benar unik hasilnya.. Growl tanpa belas kasihan diiringi riff-riff menangkap dan mainan dram penuh amarah! CRUELTY DIVISION tiada tolok bandingnya! Cepat dapatkan split promo ini dan bersedialah untuk kegemparan menyeluruh!!!


PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | VISITANT - THE SWORD WITHOUT EYES (EP 2012)


Ini adalah EP sulung dari VISITANT yang berasal dari Pahang, berjudul "The Sword Without Eyes". Ia menampilkan sebanyak empat buah lagu Black/Death Metal, iaitu: (1) The Sword Without Eyes, (2) Through Me I Can't See, (3) Nida' Lil Haq, dan (4) Tales of the Past II. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hulubalang Timur kerana memberi saya rilisan epik ini. Sesungguhnya, CD ini adalah sebuah rilisan yang PATUT didengari. Muzik mereka berkepelbagaian, berbeza-beza dari satu trek ke satu trek yang lain. Muzikal yang dilengkapi dan diperkuatkan dengan penceritaan-penceritaan bertemakan peperangan! Anda harus lihat/dengar lagu trek ke-3 yang mana menggunakan bahasa Arab. Namun bagi saya secara peribadi, saya lebih sukakan lagu pertama mereka yang turut dipilih menjadi tajuk utama EP ini: …The Power we seize.. Not from the Steel, or the Troops we have.. From the weapon deep Inside.. And we called it JIHAD (..is our Sword!..)


PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | NEKRAD / VOCIFERATION ETERNITY - DRAGONIA PEGASO (SPLIT 2012)


Hakikatnya, CD ini bukan milik saya, haha! Saudara Dark-E (Vociferation Eternitiy) telah memberi CD ini kepada seorang rakan yang kelihatan agak kabur dengan scene Malaysia. Jadi, bila rakan saya tadi menunjukkan kepada saya CD ini, saya berasa lebih daripada gembira untuk menerangkan kepada beliau tentang VOCIFERATION ETERNITY dan NEKRAD, yang mana kedua-dua band ini datangnya dari Ipoh, Perak. Selain daripada mengambil gambar rilisan ini untuk dikongsikan di sini, saya juga berpeluang untuk mendengar kandungan split tersebut. Ia mengandungi keseluruhannya 8 buah lagu yang bersifat melodik dan kelam; masing-masing tampil dengan 4 buah lagu. Lagu-lagu pilihan saya adalah: "Anxiety of the Unknown" (VOCIFERATION ETERNITY) dan "Lycanthropy Massive Invades" (NEKRAD). 

www.facebook.com/pages/NekraD/225978044103122
www.facebook.com/pages/Vociferation-Eternity/44373215786

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | SUFFERCATION - DAY OF DARKNESS (RE-ISSUE)


SUFFERCATION – ianya sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sekiranya anda warganegara Malaysia tetapi tidak mengetahui (tidak pernah mendengar) tentang SUFFERCATION, anda patut malu dengan diri anda sendiri! "Day of Darkness" adalah satu penghasilan yang cukup hebat, benar-benar membunuh! Ulasan ini merujuk kepada edisi keluaran semula album pertama "Day of Darkness" oleh BLACKWINDS PRODUCTION, sebuah label dari Singapura (Nota: Satu lagi edisi keluaran semula adalah di bawah AFTERLIFE PRODUCTIONS, Malaysia). "Day of Darkness" keluaran Blackwinds menampilkan 10 buah lagu-lagu menakjubkan sebagaimana keluaran asal album tersebut namun saya dapati kualiti bunyinya lebih baik, lebih jelas berbanding edisi terbitan Afterlife. Saya kurang pasti mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Anda dengarkan sendiri kedua-dua edisi tersebut, bandingkan dan hakimi perbezaannya! (Pasti anda akan temui apa yang saya maksudkan). Apapun, selagi ianya SUFFERCATION, selamanya sokongan saya berikan. Jika disoal lagu SUFFERCATION manakah yang menjadi kegemaran saya sepanjang masa? Jawaban saya semestinya "Satan Cries"…


PENILAIAN: 6/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | VOLTAN - EP 2010


4 buah lagu bercorak Unholy Dark Metal, didatangkan dari Sarawak. Lagu pertama mereka "Hell Prevails" terus menjadi pilihan kegemaran saya. Ia bermula dengan kelajuan hentaman dram berserta asakan riff-riff gitar dan vokal melaungkan "hell command..6..6..6", kemudian berterusan dengan "violence! violence! violence!" melalui lagu kedua mereka "Violence Reputation" diikuti bunyian tiupan angin seumpamanya seolah-olah gempita tanpa penghujung di trek ketiga "Chaos Generator". Disusuli lagu terakhir "Blasphemous Mantra" melengkapi serangan hampir 30 minit ibarat mengakibatkan kemusnahan dunia secara total melalui muzikal ciptaan mereka. VOLTAN pada pandangan saya kedengaran seakan Hellhammer, Bathory… Saya juga lebih beruntung kerana pernah menyaksikan persembahan 'live' mereka yang mana sememangnya mereka menakjubkan! Aksi-aksi yang penuh dengan headbanging dan bertenaga! Muzik mereka jahat. Vokal mengingatkan saya kepada mendiang Quorthon dan kepada pemain dram mereka yang masih muda, saya berikan 9/10 di atas showmanship yang dahsyat! Secara keseluruhan, VOLTAN sebuah band yang hebat, berkuasa penuh dan mereka boleh pergi lebih jauh jika diberi peluang. Apa lagi mahu ditunggu, segera dapatkan EP 2010 ini!!

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | V/A - UNITED METAL ATTACK VOL. 1


UNITED METAL ATTACK adalah sebuah CD Kompilasi di mana Volume 1 ini menampilkan 9 buah band: KILL MY BRIDE, AS ASHES FALL, BAHAJANG, BENEATH THE REMAIN, DARK CHRONICLES, AMNESIA, DHERYTA, HIDDEN MAYA dan INFERNAL VOID. Agak menarik, setiap band mempersembahkan bentuk muzik yang berbeza. Saya simpulkan lagu-lagu kegemaran saya dari kompilasi ini adalah: "Manness Symphony of Molestor" (BAHAJANG – terutamanya tarikan bahagian vokal), "News from Hell" (BENEATH THE REMAIN), "Mambang is Ghost" (DARK CHRONICLES), "Disturbing Mind" (HIDDEN MAYA) dan "Manifesto of Hate" (INFERNAL VOID – kerana kekuatan bahagian-bahagian dram). Saya kurang pasti bagaimana untuk mendapatkan CD ini kerana saya sendiri memperolehinya semasa gig United Metal Attack di Ipoh (pada 3 Jun 2012). Sekiranya berminat, mungkin anda boleh menghubungi personil-personil berikut:


PENILAIAN: 3/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | HELDRASIL - SON OF DARKNESS (EP 2010)


Tatkala ini saya sedang mendengar EP dari HELDRASIL berjudul "Son of Darkness". Ianya mengandungi 4 buah lagu yang berunsurkan Melodic Death Metal yang begitu membunuh! Saya begitu terpikat dengan lagu pertama "Born" terutamanya bahagian-bahagian drumming (permainan dram) yang sememangnya power! (Maaflah, saya hanya minat dram sahaja.. riff-riff gitar saya tidak berapa pandai, hehe!). Kredit saya berikan untuk penyampaian vokal pada lagu terakhir "Until the Last". Ayuh kita berikan sokongan kepada scene tempatan!!


PENILAIAN: 4/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | AJAL / HARLOTNYMPH - SOUND OF RAW (SPLIT 2010)


Saya beranggapan, band ini pastinya sebuah band yang mendapat telah menerima respon menggalakkan memandangkan apabila saya bertanya untuk mendapatkan sebarang material mereka, hanya split CD ini sahaja yang masih ada (boleh diperolehi) di tangan AJAL. Gambaran baik tentang AJAL turut mendorong saya untuk membeli sehelai t-shirt keluaran band ini. Saya sukakan bahagian intro pada lagu "Hukuman Ke Tali Gantung" namun kegemaran peribadi saya adalah lagu anthem mereka yang berjudul "Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma". Mendengarkan keseluruhan lagu-lagu AJAL mengingatkan saya kepada stail lama mainan LANGSUIR dan tanpa diragui, inilah kekuatan AJAL yang membuatkan saya cukup tertarik kepada band ini. Lebih istimewa, AJAL menjadi lebih bagus tatkala mereka beraksi 'live' di atas pentas oleh itu saya cadangkan anda hadir dan saksikan persembahan mereka dalam mana-mana gig yang mereka sertai. Saya pasti ramai yang telah mengetahui tentang AJAL, memiliki dan mendengar material-material mereka tetapi sekiranya belum, sila hubungi band berkenaan sebagaimana capaian berikut:


PENILAIAN: 4/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

2013-11-14

NEFTARAKA - RAKAMAN TERBARU: MOTHER NORTH


NEFTARAKA - Mother North (Satyricon cover) adalah hasil rakaman terbaharu band Black Metal dari Perak ini. Ia mungkin bakal dimuatkan dalam mana-mana rilisan mereka yang akan datang, cuma belum ditentukan apakah bentuk rilisan tersebut. Terdahulu, Neftaraka memperdengarkan lagu baru ciptaan mereka berjudul "Luskt". 

TASYIM - PERANCANGAN GIG & RILISAN BARU


Begitu lama tiada berita dari TASYIM. Band Kuantan, Pahang yang cukup sinonim dengan muzikal Malay Occult Death Metal ini baru sahaja muncul di pentas MUAR METAL FEST pada 10 November lalu. Khabarnya mereka bakal lagi beraksi di pentas sekitar Disember nanti, iaitu di Temerloh (KAMI BUKAN SAMPAH, 14/12/2013) dan Rabu (BERTUKANG MALAM-MALAM III, 28/12/2013) serta turut dijadualkan tampil di Kuala Lumpur dalam gig MARCH OF AGGRESSION pada 1 Februari 2014 akan datang.

Tahun hadapan, mereka juga merencana perancangan untuk mengadakan siri jelajah di Kepulauan Borneo bersama beberapa band lain. Pemain dram kumpulan ini saudara Azli dilaporkan berkata: "Insya-Allah 2014 kami merancang bersama beberapa band rakan seperti VISITANT, IMPERIAL, TORCH dan lain-lain untuk melawat Borneo. Kami gelar misi ini sebagai BORNEO INVASION 2014. Berkemungkinan 5 buah band sekaligus akan pergi ke sana bermain (mengadakan persembahan) di beberapa tempat sekitar Sarawak, Sabah, Pontianak dan lain-lain. Jika tiada aral melintang maka sampailah kami semua di sana nanti".

Berkaitan rilisan material, TASYIM kali terakhir mengeluarkan "Descendants Ritual" Demo/EP sekitar tahun 2001 dahulu. Dimaklumkan oleh Azli, pada tahun 2014 nanti TASYIM bakal tampil dengan sebuah lagu baru berjudul The Cried..The Tears untuk dimuatkan dalam THE GRANDEUR OF EAST, sebuah kompilasi keluaran kerjasama oleh Celestial Frequency, Permatha Pathah Records dan Itna Tsirhc. "The Cried..The Tears adalah sebuah lagu kolaborasi bersama Chi (Nadia) bekas vokalis SILENCE ENSHROUD dan Zulkifli@Zoy dari band CRYPTIC MALEDICTION. Ianya 10 tahun perbincangan barulah kini dapat dihasilkan, hehehe!", jelas Azli.

Turut diberitakan, dua projek rilisan split berada di bawah perancangan TASYIM. Pertama, sebuah split 4-way yang bakal menggabungkan 4 buah band tempatan yang datang dari era 90’an. Band-band selain TASYIM masih belum disahkan penyertaannya kerana projek split 4-way ini masih di peringkat rundingan awal. Begitu juga perencanaan projek split 2-way yang masih dirahsiakan (belum boleh dihebahkan) yang mana juga masih dalam perbincangan. 


TASYIM nampaknya menjanjikan penampilan yang lebih serius di masa hadapan melihatkan kepada giatnya perancangan-perancangan aksi pentas dan rilisan baru di tahun 2014 nanti. Anggota band pada masa ini terdiri daripada; Azli (dram), Fuad (Mortality Slaves) (gitar), Amin (gitar) dan Awie (bass). "Vokal untuk rakaman studio adalah sumbangan semua ahli, cuma di gig hanya Fuad dan Amin yang bersuara. Kami ingin kehangatan zaman 90’an dibawa ke tahun 2014 nanti", ujar Azli menutup laporannya. 

HUBUNGI:

SAKTISM - SPLIT, ALBUM PENUH & GIG...


Unit Black Thrash Matu, SAKTISM dilaporkan baru sahaja mengeluarkan sebuah rilisan split bersama band dari Brazil iaitu IMPERADOR BELIAL. Split tanpa tajuk atau tepatnya "self-titled" ini adalah di bawah keluaran label tempatan METAL PORN PRODUCTION. Difahamkan juga SAKTISM kini dalam persediaan untuk merilis sebuah album penuh. Menurut sumber band, SAKTISM pada masa ini masih dalam fasa akhir pemilihan lagu untuk rakaman studio. Proses rakaman kemungkinan besar akan bermula pada April 2014 untuk album penuh sulung SAKTISM yang akan memuatkan 8 buah lagu.

Berkenaan gig, SAKTISM dijadualkan beraksi di gig MUKAH METAL LEGIONS 1 yang dirancang berlangsung pada 29 Mac 2014. Selainnya turut diberitakan SAKTISM baru sahaja merekrut pemain dram tetap iaitu Raizo untuk mengisi masalah kekosongan posisi dram yang telah lama berlarutan menyebabkan pergerakan band ini agak terbatas. Kedudukan terkini line-up SAKTISM adalah: Athmar (vokal), Seyrol (gitar/vokal), Saff (gitar), Nasz (bass) dan Raizo (dram).


SAKTISM / IMPERADOR BELIAL Split CD mengandungi 8 buah lagu aliran Black Thrash Metal. Dikeluarkan oleh METAL PORN PRODUCTION terhad kepada 200 salinan sahaja! Beredar pada harga RM10 (+RM5 melalui pos), anda boleh dapatkan split album ini dengan cara menghubungi metalporn666@gmail.com atau memesan di facebook: Metal Porn Production.

INFORMASI:

SIL KHANNAZ - "CONCEPTION OF MADNESS" ANNIVERSARY T-SHIRT


Sempena meraikan ulangtahun ke 20 rilisan album pertama SIL KHANNAZ "Conception Of Madness" (Valentine Sound Productions, 1993), t-shirt eksklusif "20 Years Anniversary 1993 - 2013 Conception Of Madness" telah dikeluarkan oleh band Death Metal berkenaan. Rekaan t-shirt ini menampilkan artwork kulit album di bahagian hadapan manakala belakangnya tertera imej line-up SIL KHANNAZ yang terlibat dalam rakaman album tersebut, terdiri daripada Jaei Jokhannaz (vokal), CD Khanzab (gitar), Joe Slaughter (gitar), Tom Decibel (bass) dan Lan Bye (dram).

Kualiti: Fruits of the Loom. Harga: RM60 (termasuk kos poslaju). Saiz (Ukuran): S (17.5") / M (19.5") / L (21") / XL (23") / XXL (24") / XXXL (25"). Kuantiti pengeluaran adalah berdasarkan permintaan/pesanan. Dimaklumkan bahawa pra-pesanan telah dibuka dan tempahan untuk mendapatkan t-shirt ini akan berakhir pada 23 November 2013. Segera dapatkan t-shirt eksklusif ini dan kepada yang berminat, sila hubungi (inbox) capaian berikut:

FLYER: PERPETUAL - "GRIND YOUR MIND" CD



THE NOISE PRODUCTION PROUDLY PRESENT: PERPETUAL "GRIND YOUR MIND" CD. OFFICIAL RELEASE DATE: NOVEMBER 25, 2013. BOOK YOUR COPY NOW!

RM20/by hand
RM25/by reg.post
USD10/worldwide


INFORMASI:

LAGI MENGENAI PERPETUAL:

FLYER: BANSHEE & DIABOLIS IMPERIAL SPLIT CD


TWO BASTARDIZED SEEDS OF THE PETALING JAYA LEGENDS (RATOR & NEBIRAS). BANSHEE & DIABOLIS IMPERIAL SPLIT CD. LIMITED TO 55 KOPIES. 10 TRAX OF PURE TOTAL MISANTROFIK ABYSSIK HATEFUL BLACK METAL. GET IT TO WITNESS THE PURE BLACKNESS. VENGEANCE WAR TO TREND. FUKK OF AND DIE! 

2013-11-13

BAI GRINDER - PRADENGAR: POLITICOS


Bai Grinder (Negation/Cafergot) membuktikan kesungguhan beliau dalam merealiasikan projek solonya. Setelah memperdengarkan "Suffocation", BAI GRINDER tampil pula dengan pra-dengar kedua, sebuah lagu berjudul "Politicos". Ia juga salah-satu lagu yang bakal jadi hidangan dalam album 2014 nanti. Dimaklumkan Bai Grinder yang bersendirian mengendalikan semua penulisan muzik, lirik dan rakaman instrumen, , "Politicos" yang diperdengarkan ini berkemungkinan tidak cukup baik kualiti bunyinya kerana sebenarnya masih belum menjalani proses mastering. "Politicos" sebuah lagu yang penuh amarah dan beliau bereksperimentasi dengan kacukan Grind, Tribal, Thrash dan Black! "Di pertengahan lagu ini di mana aku melontarkan jeritan panjang adalah bahagian paling sukar kerana aku terpaksa menghirup dan mengumpul oksigen pada kuantiti paling maksima hanya semata-mata untuk melakukannya, haha!", kata Bai Grinder serius dalam seloroh. Support Metal.

POLITICOS
Caught in the web
Of this mindless game
Tired of your lies
Stupid political maggots 
Fooling yourselves
Pretending to champion lives
Yeah right, those promises
Lies consumption 
You the champion?
With all "fairness"?
Get real, fuckers

INFORMASI:



TERDAHULU:

04/01/2014 - HITAM-HITAM DALAM GUA III

TARIKH: 4 JANUARI 2014 (SABTU) | TEMPAT: KEPURA CAVE, LOST WORLD OF TAMBUN, IPOH | MASA: 5PTG - 12MLM | TIKET: RM30  | BAND: CATARRH / SCUM / ATHOTORGH / CARDIAC NECROPSY (Sg) / TRIUMPH OV FIRE / NEKRAD / WxIxDxB | ANJURAN: PUCK YOPZ ALL STARS


TIKET TERHAD KEPADA 200 KEPING SAHAJA! TEMPAHAN TIKET HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI SMS@WHATSAPP KE TALIAN: 0194712770

INFORMASI:

SINDRAZ - DIJADUALKAN MERILIS "TIBO NANG GHENI"


Penampilan SINDRAZ dalam MUAR METAL FEST pada 10 November 2013 lepas bagaikan petanda mereka bakal kembali mewarnai persada metal underground dengan buahtangan terbaharu! Mengimbas semula hasil karya terdahulu, band Black Metal dari selatan tanahair ini pernah merilis "Modhar" (Demo 2005), "Zarwahjiun" (Demo 2007) dan yang terakhir "The Art Of Blood" (MCD 2009). Selebihnya adalah penyertaan dalam beberapa kompilasi dan rilisan split.

SINDRAZ yang ditubuhkan sekitar awal 2004 di Pasir Gudang, Johor pada masa ini ditunjangi oleh Indrazshamikhone (vokal & gitar), Rieztuthankanem (dram & kibod) serta Archrahemous (gitar). Muzik mereka didefinasikan sebagai Ancient Black Metal. Tidak berapa lama lagi SINDRAZ dijadualkan muncul dengan sebuah rilisan berjudul "Tibo Nang Gheni". 


Di bawah perancangan untuk dikeluarkan melalui sebuah label underground tempatan, "Tibo Nang Gheni" bakal menampilkan 5 buah lagu-lagu gubahan terbaharu SINDRAZ dan turut juga diselitkan sebuah intro. Berikut adalah senarai penuh trek yang dimaksudkan:

01. Intro
02. Tibo Nang Gheni
03. Ngombeh Ghetih
04. Mason Soul for Lucifer
05. Above the Skied
06. Ad-Dajal Propaganda

INFORMASI:

NATHIAS #5 - METALLIC LOVE UNDEAD


Kenangan mengusik jiwa! Haha.. Mengendalikan sebuah fanzine adalah pengalaman yang cukup istimewa, terkandung di dalamnya pelbagai kisah pahit manis, suka dan duka. NATHIAS tercatat sebagai sejarah paling berharga dalam hidup aku, menjadi sumbangan paling bermakna dari aku untuk gerakan Metal underground tempatan, malah menyebar ke seluruh dunia. Ini bukti sokongan, perjuangan dan pengorbanan aku terhadap evolusi dan revolusi Metal Ekstrim! Menghasilkan sesebuah media bercetak secara DIY bukanlah sesuatu yang mudah. Kewangan, masa, kesungguhan dan tenaga perlu ditadbir sebaik mungkin dalam situasi persekitaran yang penuh kesempitan, kepayahan dan juga kebuntuan. Siapnya sesebuah keluaran adalah satu kejayaan dan seterusnya penerimaan / respon baik terhadap penghasilan tersebut sememangnya amat menggembirakan. 

Suatu ketika dahulu, dalam tabloid/akhbar The Sun terdapat ruangan Blasting Concept yang dikendalikan oleh saudara Joe Kidd (Aedes Zine / Carburetor Dung / sekarang The Ricecooker). Ada beberapa keluaran NATHIAS yang aku hantar ke meja pena Joe Kidd untuk diiklan / diulas di dalam kolum berkenaan. Dulu aku ada simpan keratan-keratan akhbar ruangan tersebut tetapi takdir menentukan semuanya telah tiada/hilang (dibuang ibu mertua aku sebenarnya). Dengan bantuan seorang rakan, aku perolehi kembali salah-satu daripadanya. Ia rebiu untuk NATHIAS isu #5 (keluaran Februari 1998) disiarkan dalam The Sun / Blasting Concept bertarikh Rabu, 15 April 1998. Terima kasih Joe Kidd di atas penulisan beliau, dan berikut adalah catatannya di bawah judul Metallic love undead:

NATHIAS #5
(52-page, A4, photocopied)

Compared with the number of zines coming out of the hardcore scene, all-out extreme metal zines are indeed in danger of extinction. To add more injury to the ailment, some veteran zines, such as Vortex From The East, are increasingly going multi-genre, sometimes featuring more hardcore than metal itself! That’s not to say that it’s band, but a lot of times, the zines start to lose their focus.

Nathias zine is, however, back on track, staying loyal to the genre  and reaffirming its faith with a more global outlook than the rest.

Bands interviewed come from different metal sub-genres, making it more universal than the last few years’ worth of solely black-metal zines.

This issue features a myriad of latest scene reports, from Thailand and Brazil to Canada and Germany. Brunei’s back-to-roots death metal band, Rust Sakaraz, is interviewed back to back with Canada’s Possession, a band more affiliated with the thrashier end of the spectrum. A rare Kuantan metal scene report and loads of reviews and the latest news from Singapore, Indonesia and Borneo make this a must. 

The only worthwhile metal zine around. 

(RM7 via postal order made out to: Sufian B. Mohamed Salleh, 1546 Rumah Jabatan Hutan, Jalan Seremban-KL, Batu 8, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. Do not write “Nathias Zine” on the envelope. Write to him at and check out Nathias’ homepage at )

Sebagaimana yang aku beritahu awal tadi, ada beberapa isu lagi keluaran NATHIAS yang telah diulas dan disiarkan dalam kolum Blasting Concept, cuma aku dah tak berapa ingat isu-isu yang mana. Kalau boleh, aku nak cari semula siaran-siaran tersebut dan harap ada rakan-rakan di luar sana yang dapat membantu. Untuk makluman, keratan / imbasan rebiu NATHIAS #5 di atas adalah hasil usaha dan sumbangan saudara Wan Syamsul dari Deadhead Zine / Afterlife Productions. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada saudara Wan Syamsul. 

Jangan tanya aku masih ada lagi ke NATHIAS #5 ni. Dah lama sold out, haha! Malah, mastercopy isu ni pun dah lama terhapus (kes dibuang ibu mertua ke dalam gaung / lunyai dibaham tanah tak sempat diselamatkan, huhu.. sad but true). Ini memori di rumah bujang aku (masa tu lah) di Mantin, N.Sembilan. Duduk sorang-sorang, metal-enthusiast, takde kerja buat-buat ada kerja.. maka terhasillah NATHIAS #5, kesinambungan kepada isu-isu terdahulu! Dari lubuk Kodai Sopan (Seremban) Metal / Underground troopers, huhu! Peringatan: alamat rumah yang tertera di atas sudah invalid. Kawasan perumahan tu masih wujud, tapi rumah bernombor 1546 tu dah tak tau siapa yang duduk sekarang, jangan-jangan mereka sering diganggu hantu metal aku, hahaha! URL website tu pun rasanya dah di-delete oleh hosting-nya. Itu pengalaman pertama mengujudkan website untuk NATHIAS. Aku mana ada pernah belajar secara formal untuk membangunkan sebuah laman web.. semuanya belajar sendiri. Oh Nathias.. huhuu.. kenangan dan pengalaman yang tak mungkin dapat dijual-beli. 

Aku Menulis Bukan Kerna Nama...
Sufian Mohamed Salleh, 13/11/2013

AJAL - LIVE AT 'THE MORTAL GATHERING' (TAPE VERSION)


Terdahulu telah dilaporkan AJAL tampil dengan rilisan terkini berupa sebuah rakaman langsung bergelar Live at 'The Mortal Gathering'. Ianya adalah rilisan pihak band sendiri dalam format CDR yang cuma terhad kepada 33 salinan dan khabarnya telah tiada lagi dalam stok (sold-out). 

Tanpa hebahan awal, rilisan tersebut dikeluarkan pula oleh sebuah label underground di Jepun iaitu FUCK THE INDUSTRY di mana edisi ini dalam bentuk kaset pula dengan sedikit perbezaan di senarai lagu yang ditampilkan, seperti berikut:

01. Intro: Jampi Si Makhlok Halus
02. Sujaul Aqra 
03. Messiah Palsu
04. Suara Dari Kubur
05. Outro: Jampi Jahannarakah

Versi tape ini dikeluarkan terhad kepada 66 unit sahaja [Cat.#: FTI055]. Berhubunglah dengan pihak Fuck The Industry untuk mendapatkan tape ini dan difahamkan ia boleh juga diperolehi secara trade

INFORMASI

BERITA TERDAHULU:

SUFFER REMAIN - BRUTAL DEATH METAL TERENGGANU


Secara ringkas, SUFFER REMAIN adalah nama bagi segerombolan 4 orang anak muda Kuala Terengganu beroperasi di bawah aliran muzikal Brutal Death Metal. Ditubuhkan sekitar pertengahan 2008, band ini baru sahaja tampil dalam sebuah kompilasi "A Blasting of Malaysian DeathXGrind Companion" serta dalam perancangan merilis EP berjudul "Impaled Humanity". EKSTRIM berpeluang mendekati SUFFER REMAIN dalam satu temubual ringkas bersama saudara Mohd Ezaidi, pemain gitar kumpulan ini.

"Assalamualaikum dan terima kasih diucapkan pada pihak EKSTRIM kerana sudi menemubual band kami yang tidak seberapa ini. Secara ringkasnya band SUFFER REMAIN ditubuhkan pada pertengahan 2008 dan pada awalnya band ini hanya dianggap sebagai projek sisi oleh ahli-ahli band kami kerana pada masa itu kami semua mempunyai band utama masing-masing yang memainkan irama selain dari Brutal Death Metal. Band SUFFER REMAIN ditubuhkan di negeri Terengganu di bandar persisir pantai Kuala Terengganu. Band kami ini pada mulanya ditubuhkan atas dasar ingin memainkan muzik yang lebih keras dari apa yang band utama kami mainkan iaitu Metalcore. Pada peringkat awalnya, SUFFER REMAIN adalah sebuah band yang berpaksikan Grindcore yang dirojakkan bersama elemen Brutal Death Metal. Tapi itu hanya kekal di awal penubuhan SUFFER REMAIN dan sekarang kami membawakan genre Brutal Death Metal sepenuhnya", bicara awal Mohd Ezaidi dalam memberi sedikit pengenalan tentang SUFFER REMAIN.


Barisan terkini keanggotaan SUFFER REMAIN terdiri daripada Mohd Ezaidi (Gitar), Khairul Nizzam (Vokal atau lebih sesuai disebut sebagai Guttural Scream), Mohd Nazro (Dram) dan Mohd Tarmizi (Bass). Sebagaimana kebiasaan yang berlaku pada band-band lain, SUFFER REMAIN juga tidak terkecuali dalam melalui pengalaman bertukar keahlian dan ini diakui oleh Mohd Ezaidi. "Sudah menjadi lumrah band yang sedang membesar akan bertukar ahli-ahli atas dasar komitmen dan keperluan. Kami sudah bertukar bassist sebanyak 3 kali dan drummer sebanyak 1 kali. Line-up sekarang dirasakan lebih bersatu dari segi kefahaman, skill dan halatuju untuk kesinambungan hayat band kami. Saya sekarang menetap di Banting, Selangor dan 3 yang lain masih menetap di Kuala Terengganu. Masa ini kami hanya praktis sebulan sekali kerana faktor jarak yang jauh tapi jika ada sesi rekoding atau gig, kami akan cuba jamm sebulan dua kali bergantung atas keperluan. Kami berjumpa dan jamm di Kuantan atau Kemaman kerana di situ dirasakan adalah titik tengah antara Banting dan Kuala Terengganu", ujar beliau yang turut menceritakan situasi SUFFER REMAIN pada masa ini dalam usaha menjadikan band ini terus berdiri. 

Sepertimana diketahui, SUFFER REMAIN adalah band yang berpaksikan Brutal Death Metal. Persoalan berkaitan evolusi dan inspirasi muzikal mereka dijawab dengan baik oleh Mohd Ezaidi: "Dari segi muzikaliti SUFFER REMAIN, kami memang mengakui menghadapi pertukaran ataupun transition yang agak ketara. Pada awal penubuhan kami memainkan muzik yang lebih ke arah Thrash/Death dan Grindcore. Kami sering cover lagu dari Napalm Death, Death dan juga Terrorizer. Kemudian setelah agak lama bermain muzik bersama, kami ingin menganjakkan lagi kezaliman bunyi band kami ke arah yang lebih kejam iaitu Brutal Death Metal. Band-band yang agak mempengaruhi kami secara tidak langsung pada masa ini ialah Baphomet, Suffocation, Defeated Sanity, Morbid Angel, Disgorge, Despondency, Disentomb, Inveracity, Disavowed, Cenotaph dan Dying Fetus.. sekadar menyebut beberapa nama. Faktor persekitaran tidaklah mempengaruhi kami sangat kerana kami menulis muzik atas dasar minat kepada bunyian muzik itu sendiri dan bukanlah kerana depressi atau ketidakpuasan hati atau apa-apa sahaja perkara negatif yang berlaku di dalam dunia luar sana hari ini".


"Perkara penting yang kami terapkan setiap kali menggubah lagu antaranya ialah 'brutallity’, 'technicallity' dan keagressifan riffing-riffing dan drum beats kami. Kami akan memastikan semuanya adalah se'brutal' mungkin dan kami ingin pendengar merasakan seperti digilis oleh keretapi KTM Berhad. Without end up getting killed, of course. Haha. Segala riffing-riffing adalah dari saya sendiri  sebagai gitaris tetapi apabila sudah ada bentuk embrio sesuatu lagu itu, kami akan mengadakan sesi jamming untuk fine tune lagu-lagu tersebut dan mendengar input idea dari band members yang lain agar tidak menjadi lagu yang syok sendiri. Di sesi itu kami akan menggubah lagu itu menjadi lebih presentable secara keseluruhan. Pada pendapat peribadi saya, dalam arena muzik metal secara amnya sesuatu lagu yang berkualiti hendaklah mempunyai riff-riff yang padu dan ada hook. Dan untuk genre Brutal Death Metal secara khususnya, kualiti rakaman juga hendaklah dalam tahap yang boleh diterima telinga. Maksud saya, setiap instrumen perlu di tahap yang boleh didengari dan bukanlah longgokan bunyi yang bising semata-mata. Penulis sesebah lagu itu juga perlu mendengar seberapa banyak muzik lain agar apa yang terhasil akan menjadi lebih bervariasi dan original", kata Mohd Ezaidi membentangkan penerangan lengkap tentang proses penggubahan lagu-lagu SUFFER REMAIN serta pendapatnya berkaitan kualiti penulisan sesebuah lagu.

Menurut Mohd Ezaidi, secara ringkasnya lirik-lirik untuk lagu SUFFER REMAIN adalah berkisarkan tentang kesengsaraan duniawi pada masa ini. "Penulisan lirik lagu kami tidak merujuk kepada mana-mana sumber tetapi diambil dari pengamatan kami terhadap penguasaan dunia barat dan pergolakan di dunia Asia Barat. Kami mengolahnya mengikut pandangan kami sendiri dan kami merasakan dunia sekarang memang sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. Peri kemanusiaan telah menjadi perkara yang tidak relevan dan ini amat ditakuti. Tetapi kami bukanlah mahu menyampaikan mesej sebenarnya kerana tujuan utama band ini adalah untuk memainkan muzik Brutal Death Metal dan lirik hanyalah penambah perisa di dalam lagu kami. Ditambah pula dengan vokal band kami yang growl, pendengar harus membaca lirik jika ingin memahami apa yang kami sampaikan tapi itu bukanlah perkara yang penting pada kami", jelas beliau merujuk kepada konsep lirikal kumpulan ini.

Sebagaimana dimaklumkan, SUFFER REMAIN telahpun muncul dalam sebuah kompilasi dan bakal mengeluarkan sebuah EP. "Setakat ini kami hanya ada satu rilisan iaitu "A Blasting of Malaysian DeathXGrind Companion" terbitan Angka Kematian Production dan Grundar Production. Ia telah diriliskan pada pertengahan tahun 2013. Kami juga dalam proses meriliskan EP kami yang sedang menunggu untuk dicetak. Kami berharap ia akan keluar sebelum penghujung tahun ini. EP kami kemungkinan akan bertajuk "Impaled Humanity". Pada pendapat peribadi saya, saya mementingkan KUALITI dari KUANTITI kerana apa yang kita rakam hendaklah  boleh didengar dengan jelas dan itu lebih bermakna dari kuantiti yang beribu tetapi kualiti produksinya mendap, sebu dan  tidak melepasi piawaian. Perkara ini sudah lama menghantui rilisan metal underground tempatan tetapi apa yang saya perhatikan ianya bertambah baik dengan adanya teknologi home studio digital yang menggunakan DAW seperti Sonar, Cubase dan sebagainya dan ditambah dengan tutorial tentang rakaman home studio yang banyak didapati di youtube menggalakkan lagi pengeluaran hasil rilisan metal yang lebih mantap", jawab Mohd Ezaidi tatkala ditanya tentang diskografi serta pandangannya terhadap isu kualiti dan kuantiti produksi. 

"Rilisan kami yang terkini ialah EP yang bertajuk Impaled Humanity dan ianya sedang menunggu proses cetakan. Untuk rilisan ini kami menjanjikan tahap clarity dan keseimbangan instrumen yang optimum. Kami menekankan kesempurnaan timing, kejelasan instrumen dan distortion gitar yang padu. Tidak dilupakan riffing gitar yang liar dan stroke drum yang laju dan ketepatan yang membunuh", tambah beliau memperincikan kedudukan rilisan EP "Impaled Humanity" yang bakal tiba sedikit masa sahaja lagi. 

EKSTRIM turut menanyakan tentang kepentingan dan pengalaman persembahan live/gig dalam SUFFER REMAIN: "Pada saya, kemunculan di atas pentas adalah salah satu cara untuk menguji kebolehan band itu mengendalikan instrumen masing-masing. Pada saya, jika ada band yang hanya mahu menjadi studio band tidak salah tetapi perlu diingat bahawa jika sesebuah band itu dikenali ramai sudah tentu para pendengar yang memuja kehebatan band  itu hendak melihat mereka secara live pula dan jika ia menjadi satu 'demand' jadi apa salahnya bermain diatas pentas?. Dengan genre yang kami mainkan memang perlu ada tahap kefahaman yang tinggi terhadap instrumen masing-masing. Bermain di atas pentas juga adalah salah satu medium untuk mempromosikan band itu agar material mereka lebih dikenali dan terjual dengan lebih banyak. Dalam konteks SUFFER REMAIN, gig yang paling saya ingati adalah ketika menjadi band pembuka untuk gig tour SIKSA KUBUR di Kuala Terengganu. Pada saya, kami amat berbesar hati kerana dapat menjadi band pembuka untuk SIKSA KUBUR kerana mereka adalah di antara band rujukan kami di dalam scene metal nusantara ini. Drummer mereka amat hebat seperti robot drum berkuasa nuclear. Haha!", kata Mohd Ezaidi menyatakan maklumbalasnya. 


Selain EP "Impaled Humanity", SUFFER REMAIN dilaporkan bakal tampil dalam satu lagi projek kompilasi di mana sebuah lagu telahpun disiapkan, dan seterusnya perencanaan sebuah album penuh. "Untuk penulisan lagu baru setakat ini kami hanya ada satu lagu baru yang sudah siap. Ianya bakal dirakamkan penghujung tahun ini untuk projek album kompilasi label Celestial Frequency. Kami juga merancang untuk merakamkan full-length di masa hadapan dan materialnya sudah ada beberapa kerat idea dari segi riffing tetapi masih belum menumpukan 100% kerana perlu menyiapkan diri untuk rakaman kompilasi itu nanti", maklum Mohd Ezaidi yang turut mengakui selain SUFFER REMAIN, beliau juga ada sebuah band projek Grindcore bernama INFARCTION, memainkan Grindcore ala Insect Warfare, Pig Destroyer, Wormrot dan seumpamanya.

"Saya wakil kepada SUFFER REMAIN ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak EKSTRIM kerana sudi menemubual band kami ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada label kami Celestial Frequency kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk meriliskan material di bawah naungan mereka. Last but not least, thanx to all Terengganu True Metal Hordes, Terengganu Metal Forces, Kelantan Metal Army and all Malaysian metalhead that’s been supporting us from 2008 until now. Keep it brutal !" kata akhir Mohd Ezaidi menutup perbualan. 

INFORMASI

2013-11-12

DISEKSA - GREED HUMANITY (DEMO 2008)

DISEKSA diasaskan di Klang, Selangor pada awal 2008. Mereka memainkan muzik Grindcore, kombinasi gelombang old-school dan moden Grindcore, Punk serta elemen-elemen Metal. DISEKSA banyak dipengaruhi band-band seperti Dropdead, Brutal Truth, Nasum, Phobia, Napalm Death, Carcass, Terrorizer, Pig Destroyer, Haemorrhage, The Misfit, D.R.I, Warsore, Insect Warfare, Carburetor Dung serta beberapa band lain yang menjurus kepada irama Powerviolence dan Noise. Lirikal DISEKSA pula berkenaan peperangan, isu politik, pemerdagangan muzik, masalah sosial dan juga hal-hal yang mengerikan (gore).

"Greed Humanity" Demo CDR 2008 merupakan rilisan pertama mereka, terkandung didalamnya sebanyak 10 buah lagu. Line-up di sebalik rakaman demo ini terdiri daripada Guerilla 'Wan Slaughter' Warfare (gitar), Guilty 'Hazree' Of Innocent (dram), Artic 'Lan' Avengers (vokal growl) dan Radical 'Dobos' Scavengers (vokal scream). Senarai lagu dalam "Greed Humanity" adalah seperti berikut:

01 - Rise
02 - War Is Business
03 - Hukuman Mati (Death Sentence)
04 - Propaganda
05 - World Slaughter
06 - Nothing Equalize
07 - Greed Power
08 - Free At Last
09 - Survival (Dropdead Cover)
10 - Greed, Mortal, Mortal, Anger

Streaming:

Download:

Informasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...