2014-09-04

13/10/2014 - CARCASS "AUTOPSYING ASIA TOUR 2014" (KUCHING, SARAWAK)


Para penggemar muzik Metal di Asia khasnya boleh menarik nafas lega apabila band lagenda yang bernuansakan genre grindcore iaitu Carcass bakal beraksi di beberapa lokasi. Antaranya adalah di Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.  

Carcass yang cukup terkenal dengan lirikal unik serta sering menampilkan album cover yang pasti membuat para peminatnya sentiasa terpesona dengan apa yang ingin disampaikan. Pada tahun 1995, Carcass menyepikan diri dari industri muzik berat dunia, namun kehilangan mereka hanya bersifat sementara apabila mereka kembali menggegarkan arena tersebut pada tahun 2008. Sungguhpun tanpa kehadiran Ken Owen, Carcass masih mempunyai aura yang mampu menggamit peminat setianya.

Kini panji-panji Carcass dikibarkan bersama Bill Steer (vokal/gitar), Jeff Walker (vokal/bass), Ben Ash (gitar) dan Dan Wilding (drum). Bersempena dengan siri jelajah Carcass yang dikenali dengan “Atopsying Asia Tour 2014”, keempat-empat barisan penggempur ini akan menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Malaysia. Apa yang menarik lokasi tour mereka bukan di Kuala Lumpur tetapi di Bumi Kenyalang iaitu Sarawak.

Tanpa usaha gigih daripada pihak penganjur iaitu Persatuan Gerak Rintis Industri Muzik Metal Kuching Sarawak, Sarawak Metal Force, Soundwork Tour Australia dan Asia Karunguni Merchandise and Event Management mungkin Carcass hanya sekadar cerita tetapi komitednya pasukan yang ingin mencipta legasi ini akhirnya membuahkan kejayaan.

“Carcass - Atopsying Asia Tour 2014” akan berlangsung pada 13 Oktober ini di Stadium Perpaduan, Kuching Sarawak. Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan ulung Carcass di Malaysia bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM120.00 di pintu masuk.

Teks dikongsi dari: ME! Portal

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. pukimak betoi, betuah ah bangsa cawat kat sana, lain kali bikin KL ah

      Padam
    2. FUCK YOU racist cunt

      Padam
    3. akan banyak lagi band2 besar akan ke Sarawak hahaha

      Padam
    4. Carcass memang terbaik,best performance dr diorang. tak rugi datang. dekat dgn rumah je hahahahaha legendary grindcore!!!

      Padam
  2. Kihkihkih...gore gore gore!

    BalasPadam
  3. you guys are very lucky!!! rott n roll guys!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...