2014-02-28

CREATUFALL - KELUARKAN ALBUM PENUH "TINDAS"



Sebuah unit metalcore bergelar CREATUFALL {Qrea-Tu-Fawl} baharu sahaja melancarkan album penuh mereka berjudul "Tindas". Berpengkalan di Kuala Lumpur, band ini dianggotai oleh Saiful (vokal), Amli (gitar/vokal), Noi (bass) dan Nuar (dram). "Tindas" dikeluarkan pada penghujung 2013 / awal 2014 melalui FYI Entertainment Malaysia, menghidangkan sejumlah 11 buah lagu.

01. Sweet Whisper - 3:28
02. Your Downfall - 3:30
03. Revolutionize - 3:23
04. Final Moments - 3:18
05. Memento - 1:29
06. Betrayal - 3:34
07. Faith Of Gold - 3:36
08. Phoenix - 4:19
09. The Codes - 4:42
10. 20130124 - 1:27
11. Tindas - 4:00


Muzik metalcore CREATUFALL ini berinspirasikan band-band seperti Metallica, Slayer, Hatebreed, After The Burial dan seumpamanya. Bagi anda di luar sana yang mahu menyokong perjuangan band ini dan ingin memiliki sesalinan CREATUFALL "Tindas" CD 2013, sila hubungi emel: creatufall@gmail.com

INFORMASI:

2014-02-27

MUAT-TURUN: JUGRA - PROMO 01


JUGRA diisytiharkan sebagai band pertama yang menggabungkan genera RAC dan NSBM di negara ini. Pada Mac 2013, mereka telah mengeluarkan secara independen (dirilis sendiri) sebuah Demo CDR berjudul "Promo 01". Untuk makluman, rilisan ini dicetak cuma 30 salinan bertujuan diberi percuma kepada label dan zine sahaja. PROMO 01 mengandungi 3 buah trek; sebuah intro dan 2 lagu, dirakam di Mayhem Studios, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh oleh Daeng Kepalang (bass/vokal), Daeng Andika (gitar/vokal) dan Daeng Lumania (dram).

01. Intro - 0:38
02. Daulat Jugra - 3:44
03. Kebangkitan Bangsa - 4:20


PROMO 01 kini tiada lagi di dalam stok. Bagi anda yang tidak berpeluang untuk memiliki rilisan ini dan berkeinginan yang mendengar lagu-lagu yang dihidangkan oleh JUGRA, anda boleh mendapatkannya secara digital percuma di laman WOTAN MIT UNS - wotanmituns.blogspot.com.

MUAT-TURUN [KLIK LALUAN BERIKUT]:

INFORMASI:

VIDEO: TRIUMPH OV FIRE - UNDERSICKNESS IV [MADNESS IN BATAM 2012]


TRIUMPH OV FIRE adalah satu nama yang tidak perlu lagi dipertikaikan kebolehan dan kemampuan mereka membawa nama Malaysia ke luar sempadan negara, menyebar ke pelusuk Asia Tenggara malah dunia juga mungkin sedang memerhatikan mereka. Band berpaksikan Melodic Black Metal ini telah menempa nama dengan baik di negara tetangga Indonesia. Didokongi oleh Rock Angel (vokal), Erik666 (gitar), Tetrasil (gitar), Jaadi (bass), Black Orchivus (kibod) dan Leviathan (dram), TRIUMPH OV FIRE turut dipanggil menyertai dan beraksi di pentas UNDERSICKNESS IV yang berlangsung di Kepulauan Batam, Indonesia pada 11 November 2012 lalu. Segala memori; perjalanan, persembahan dan pengalaman ketika terlibat dalam acara tersebut diabadikan dalam 4 bahagian video berikut:





Perhargaan buat TROOPER ART REGIME atas usaha menyunting dan menyediakan video-video di atas. Tidak cukup dengan video-video di atas, anda boleh juga melihat himpunan foto TRIUMPH OV FIRE pada UNDERSICKNESS IV di laman facebook: Triumph Ov Fire.

SUMBER/INFORMASI:
youtube.com/user/TRIUMPHOVFIRECREW
thetruetriumphovfire666.blogspot.com
facebook.com/pages/Triumph-Ov-Fire/370729799099

HUMILIATION - MILITARY FORCE TOUR 2014


Operasi ketenteraan HUMILIATION, batalion Military Death Metal Malaysia bakal berlangsung lagi di beberapa negara Eropah sekitar Oktober 2014. Misi mereka ke sana adalah dengan kerjasama AXA Vahala Productions dan Brutal Art Records. Antara negara dan lokasi yang bakal dijadikan medan tempur adalah seperti berikut:

17.10.2014 DE - COLOGNE / RHEIN IN BLOOD
18.10.2014 DE - AURICH / SCHLACHFEST
19.10.2014 DK - AALBORG / 1000 FRYD
20.10.2014 DE - BERLIN / TOMMY WEISBECKER HAUS
21.10.2014 DE - GOSLAR / KLUB KARTELL
22.10.2014 DE - HILDESHEIM / THAV
23.10.2014 DE - LEIPZIG / KULTURCAFE MANFREDS
24.10.2014 DE - DRESDEN / CHEMIEFABRIK
25.10.2014 DE - ERFURT / FROM HELL
26.10.2014 CH - BERN / CAFETE REITSCHULE

Info & Booking: axa666@yahoo.com



INFORMASI:

VIDEO: MODAR - NIGHTMARE OF TEARS


MODAR adalah band Doom Metal pertama di Malaysia. Mereka diasaskan di Kuala Terengganu pada tahun 1989 oleh Lani (bass/vokal), Tok Ari (gitar utama), Bujor (gitar) dan Nusi (dram). Kemudian, Tok Ari dan Lani meninggalkan band dan digantikan oleh Joe (bass) dan Mang (gitar) untuk menghasilkan album pertama mereka di Kuala Lumpur sekitar April 1992 bertajuk "Inferior Symphony" dikeluarkan oleh Sonic Asylum Records. MODAR tercatat sebagai band yang julung kalinya merakam album berkonsep Doom Metal di rantau Asia.


Selepas beberapa tahun berlalu, MODAR melalui detik sukar dan dibubarkan kerana sebab-sebab peribadi setiap ahli. Pada tahun 2006, Mang (atau nama sebenarnya Azlan Amran) memutuskan untuk membentuk semula band ini dan hasilnya MODAR kembali dengan pelajar muzik beliau sendiri yang terdiri daripada Ariff (gitar), Afiq (bass) dan Rashid (dram). Dirian ini telah menghasilkan album kedua MODAR berjudul "In My Meditation Time" pada tahun berikutnya.


Nightmare Of Tears adalah lagu di susunan ke-5 dalam album ke-2 MODAR "In My Meditation Time" (2007) - http://youtu.be/PCyRX2NoUIY - Video diterbitkan di YouTube.com pada 25 Februari 2014 oleh Lan Modar.

NIGHTMARE OF TEARS
Nightmare of the tears
Never ended - In my time
Live me in my dream,
Dreamed me with my tears
Live me in my scream,
Screamed me with my fears
End of my dream - Then come the tears
End of my scream - Then come the fears
I live in dream every time
Dream of the fears
Dream - In restless dream - In the fears time
In the nightmare of the tears
Time - Come to the end of sweet dream
Starry night is gone - I wish to be free
Nightmare of tears

VIDEO/LIRIK/FOTO: AZLAN AMRAN 

FARASU - KE ARAH PENGHASILAN ALBUM KEDUA


Ini mungkin satu berita benar bahawa Farasu akan menghasilkan album kedua yang dalam perancangan akan diterbit dan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini. setakat ini Farasu giat berlatih lagu-lagu terbaru sebagai persediaan dan persiapan melalui proses rakaman yang akan dimulakan pada pertengahan Mac ini. 


Sebelum ini Farasu ada mengeluarkan rakaman terbaru tiga lagu iaitu Against Tyranny, Keris Songsang dan Tangisan Malam. Ramai yang menyangkakan itu merupakan material bagi album seterusnya namun ketiga-tiga lagu itu adalah versi bagi memperkenalkan vokalis kini Farasu, Shah Zaini. Rakaman terbaru yang bakal diterbitkan nanti merupakan lagu-lagu baru dan tidak ada rakaman semula lagu-lagu lama.


Kemungkinan Farasu akan memuatkan lapan lagu. Proses rakaman yang akan bermula pertengahan Mac ini melibatkan rakaman khusus untuk drum dahulu. Kali ini Farasu akan lebih teliti khususnya aspek-aspek teknikal agar tidak berlaku kegagalan rakaman yang menenggelamkan 'sound' pedal atau tidak seimbang atau kehilangan stroke-stroke drum akibat proses mixing yang tidak sempurna.


FARASU - KERIS SONGSANG T-SHIRT



Code: KMW 0001 | FARASU "Keris Songsang" Official Tee | Official Release from KHAOS METALWEAR | Price: RM50 and free postage all over Malaysia | Quality: Fruits Of The Loom Super Premium Tee | Sizes: S / M / L / XL / XXL | For order please bank in at - Maybank Magenta Screen Printing - 562357114644 | Inbox Nahax Ov Farasu your details; size & address if by post.

INFORMASI:

20/03/2014 - THE RIGHT TO CURSE

TARIKH: 20 MAC 2014 | LOKASI: KOKUNS STUDIO, KOTA KINABALU, SABAH | MASA: 7.30MLM | TIKET: ENTRY BY DONATION | BAND: SETE STAR SEPT (Jepun) / MULTICOLORSHITEATER / XRDM / MUNTAH DARAH


2014-02-26

10/04/2014 - STRAIGHT TO YOUR FACE ROUND 5

TARIKH: 10 APRIL 2014 | LOKASI: DBNA HALL, JLN ONG TIANG SWEE, KUCHING | MASA: 3PTG | TIKET: RM60 (DOOR) / RM40 (PRESALE) | BAND: SKELETONWITCH (USA) / ETERNAL REST (Australia) / SACWRATH / AZUREFORJANE / SATISFACTORY / KURASAKUASA / COUSIN OF DEATH / SEARCH AND DESTROY | ANJURAN: THORNWIRE RECORDS


INFORMASI:

THRASHINGFIST PRODUCTIONS - RILIS: ABHORER "CENOTAPHICAL TRI-MEMORIUMYTHS" DIGIPAK CD


THRASHINGFIST PRODUCTIONS telahpun mengeluar dan mula mengedarkan Digipak-CD dari ABHORER berjudul "Cenotaphical Tri-Memoriumyths". Rilisan ini adalah himpunan kesemua 16 buah lagu dari 3 keluaran bersejarah band yang diangkat sebagai Maharaja Black/Death Asia Tenggara ini; "Zygotical Sabbatory Anabapt" Album 1996", "Rumpus Of The Undead" Demo 1989 dan "Upheaval Of Blasphemy" 7" EP 1993.

ABHORER - Bapa Extreme Metal Asia Tenggara!! Bermula pada 1987 di Singapura dengan pembawaan imej serta muzik ala Sarcofago, Sepultura (awal), Morbid Angel, Sodom (awal) dan sebagainya. Penghasilan demo "Rumpus of the Undead" pada 1989 adalah satu berita gempa pada dunia luar di mana sebelum ini mereka tidak pernah mendengar band-band dari Asia kecuali Jepun. Demo ini banyak dihantar ke luar dan mendapat ulasan yang positif dari zine-zine underground ketika itu. Keluaran-keluaran mereka juga banyak dirilis di luar negara dan yang terkini dari label extreme metal terkenal iaitu Hells Headbangers Records dari USA yang meriliskan dalam bentuk vinyl dan saya difahamkan juga album mereka pernah dicetakrompak oleh label dari Sepanyol pada 2004. Berita terbaru yang saya dengar sebuah album tribute akan dikeluar oleh label Tthailand. ABHORER adalah antara idola terbesar pada band-band black/death metal dan war metal hari ini. Hail ABHORER!! – Thrashingfist Productions


ABHORER - Established in 1987 in Singapore. They are among the earliest band from Asia that plays black / thrash / death metal music other than Sabbat (Japan). They have released the first demo entitled "Rumpus of the Undead" in 1989, followed by the Split LP with NECROPHILE from Japan in 1991 issued by DECAPITATED RECORDS from Greece and 7" EP "Upheaval of Blasphemy" in 1993 issued by the SHIVADARSHANA RECORDS from Holland and in 1996 they succeeded in producing a full album titled "Zygotical Sabbatory Anabapt" by the same label and then a long break. This digipack is a compilation of three historic releases from ABHORER, released by ThrashingFist Production. 100 earliest CDs will include woven patches and posters! This is the first compilation released in a digipack limited to 500 pieces for the whole world and it will not be in print anymore!!! Cover Art front & back by Formulas of Death Artworld. Hail ABHORER!! Singahell Black / Deathrash Cult!!! – Adie Lord Sathanas

Jangan ketinggalan untuk segera mendapatkan ABHORER "Cenotaphical Tri-Memoriumyths" Digipak-CD ini. Turut disertakan 8 mukasurat booklet. 100 salinan pertama juga berserta woven patch dan poster! Secara keseluruhan, kuantiti dikeluarkan terhad kepada 500 unit sahaja! Harga: RM50 termasuk poslaju ke seluruh Malaysia. Pembayaran melalui akaun Maybank (atas nama khirul Anuar bin Abdul Manah): 1520 2321 5278. Worldwide: 15 EURO / 19 USD (registered postage included) via PAYPAL: thrashingfist@yahoo.com

INFORMASI:

TARANTULAH - DEMO #2 "WAR BRUTALITY" BAKAL RILIS


TARANTULAH yang lebih senang menggelarkan muzikal bawaan mereka sebagai Moderate Metal Punk kini berada di landasan terbaik menghampiri rilisan Demo Ke-2 mereka, diumumkan bakal berjudul "War Brutality". Kelahiran demo ini berbekalkan enam buah lagu terbaharu ciptaan TARANTULAH, dirakamkan antara September 2013 hingga Januari 2014. Senarai lagu adalah seperti berikut:

01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbangers (Tribute to KL Hellbangers)
06. Mati Hidup Semula

Menurut Man Rabaxx vokalis utama band 3-piece ini, proses rakaman telah dijalankan di Seri Petaling, Kuala Lumpur. "4 buah lagu dirakam sekitar September - Disember 2013 manakala 2 lagi yang terbaharu pada Januari 2014. Kaedah dan konsep rakaman masih lagi sebagaimana pendekatan yang digunapakai dalam rilisan terdahulu iaitu DIY Home Studio tetapi kali ini kami menitikberatkan kualiti bunyi yang lebih baik", kata beliau. Selain Man Rabaxx, TARANTULAH turut dianggotai oleh Rusak Minda (gitar/vokal) dan Silentt Shoutt (dram/vokal).


Menariknya, demo ini turut memuatkan sebuah lagu berjudul 'Hellbangers', sebuah lagu penghormatan yang didedikasikan khas buat kelompok KL Hellbangers. "War Brutality" dirancang untuk dikeluarkan dalam dua versi berbeza; versi Malaysia sekitar Mac/April 2014 dan kemudiannya menyusul versi luarnegara dijadualkan pada Jun/Julai 2014. Untuk versi pasaran tempatan bakal dikendalikan oleh SISA TOXSICK PRODUCTION


Selain daripada demo "War Brutality" ini, turut berada dalam perancangan rilisan TARANTULAH di awal 2014 ini adalah penampilan dalam kompilasi UNGOVERNABLE RESISTANCE (Filipina), FREEDOM PUNKER - IN GRIND WE PUNX - VOL.1 dan juga Split CDR bersama PSYCHOTIC SUFFERANCE. Hubungi tarantulah2012@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut.

INFORMASI:

IMPIOUS BLOOD - LAGU BARU: VOID OF ABOMINABLE DARKNESS


Ini prebiu lagu terbaharu dari IMPIOUS BLOOD. Lagu berjudul "Void of Abominable Darkness" ini mula diperdengar dan dihebahkan melalui lelaman youtube.com dan blogspot.com mereka semenjak 4 Februari 2014. Menurut penjana projek solo ini iaitu A. Black Blood, lagu "Void of Abominable Darkness" adalah advance track untuk sebuah rilisan Split 7" EP yang sedang dirancang untuk dikeluarkan, bersama sebuah lagi band Black/Death Metal tempatan. 


EKSTRIM pernah mengunjungi A. Black Blood sedikit masa lalu di Bedong, Kedah dan beliau menjelaskan menghasilkan sesebuah karya untuk IMPIOUS BLOOD bukanlah suatu proses yang mudah. Ianya memakan masa untuk mencari dan mengumpul idea, menggubah tekstur dan struktur sesebuah lagu yang mana pada hasil akhirnya nanti membuahkan kualiti serta paling penting menepati konsep Black Death ritual of Doom yang dimahukannya. 

Dalam pada melancarkan pra-dengar "Void of Abominable Darkness" ini, turut dimaklumkan bahawa rilisan terdahulu "Temple of Flesh, Pillars of Bones" Demo 2013 (CDR - Independen / Tape - Nexro Records)  telah diriliskan semula juga dalam format Tape (limited to 200 copies with color printed artwork and different layout) oleh INFERNAL KOMMANDO (France) - infernalkommando.blogspot.fr

INFORMASI:

HELLEXIST - AGE OF DEATH 12"


Jika sebelumnya lahir dalam format CD dan MC, kini album "Age Of Death" dizahirkan pula dalam format piring hitam 12" LP. Sebagaimana format-format terdahulu, versi ini juga dikeluarkan oleh BROKEN NOISE RECORDS dalam kuantiti yang agak terhad. Setiap unit berharga RM60 dan turut diberikan poster percuma bersaiz 12"x18". Untuk pesanan, sila hubungi emel: ladingsatu@gmail.com ...Heavy as Hell! Dark as Evil! Crust as Fuck!!!


INFORMASI:

TERDAHULU:

GRIND THE SAW - BAKAL RILIS "INSURGENCY MENTALITY" EP 2014


GRIND THE SAW dikhabarkan bakal merilis sebuah EP berjudul "Insurgency Mentality" memuatkan sejumlah 15 buah lagu. Band 3-piece dari Johor Bahru, Johor ini secara muzikal dikatakan lebih ke arah genre Crust / Violence Grindcore. Mereka terdiri daripada Zaha (gitar), Wan (vokal) dan Yan (dram).

"Untuk makluman, lagu-lagu yang ada dalam EP Insurgency Mentality ini separuh daripadanya adalah dari lagu-lagu lama kami (2009) yang mana cuma baru tahun ini kami dapat merakamnya. Dalam EP ini nanti akan ada 15 buah lagu. Lagu-lagu kami semuanya lebih ke arah politikal, ketidakadilan dan juga sindiran-sindiran", jelas Zaha, gitaris GRIND THE SAW.


GRIND THE SAW "Insurgency Mentality" EP secara rasmi dilancarkan dan mula diedar pada GRUNDAR DEATH FEST 2014 (1 Mac 2014) di mana band ini akan turut serta beraksi di pentas tersebut. Jumpa mereka di sana!


PREBIU:
http://youtu.be/LkcQUcDJjXQ - Manipulasi Politik Sampah 
http://youtu.be/1wkWGZ-IZk0 - Obedience Collapse
http://youtu.be/prYZzHagWac - When Dog Keep Dogging

INFORMASI:

2014-02-25

SICKNESS - NECROSYMPHONIES OF NECROPSY T-SHIRT



GM-TS 014: SICKNESS "Necrosymphonies Of Necropsy" Official T-shirt. Plastisol Ink. Gildan Premium Cotton. Tag: Grundar Merch. Size: S / M / L / XL / XXL.

RM50 - Edaran Tangan
RM56 - Poslaju Semenanjung
RM60 - Poslaju Sabah/Sarawak

Attention: Will Available at Grundar Death Fest 2014.

INFORMASI:

BERKAITAN:

GRUNDAR DEATH FEST 2014 - SETLIST & OFFICIAL MERCHANDISE

Sebagaimana dihebahkan sebelum ini, GRUNDAR DEATH FEST 2014 bakal berlangsung pada 1 Mac nanti bertempat di Stopzone Arena, Larkin Idaman, Johor Bahru. Bayaran masuk cuma RM25 dan acara dijadualkan bermula tepat jam 2:00 petang. Bagi melancarkan dan memperkemaskan lagi perjalanan aturcara, pihak penganjurnya Grundar Production telah menyusun 'setlist' atau jadual persembahan band, sebagaimana berikut:

Grind The Saw 2:00-2:30
Suffer Remains 2:40-3:10
Chelation Intoxication 3:20-3:50
Bahajang 4:00-4:30
Purge The Arbitrator 4:40-5:10
Goresluts 5:20-5:50
Argon 6:00-6:30
Maghrib Break
Dysgusted 8:00-8:30
Tools Of The Trade 8:40-9:10
Unveiled 9:20-9:50
Suffer Grind 10:00-10:30
Perpetual 10:40-11.10

Sempena berlangsungnya GRUNDAR DEATH FEST 2014 ini juga, Grundar Production turut mengeluarkan 'Official Merchandise' berupa T-shirt dan Baseball Cap. Anda boleh mendapatkan Grundar Death Fest official Merchandise ini pada hari berkenaan (01/03/2014). T-shirt berharga RM45 dan akan menerima sticker GDF14. Baseball Cap berharga RM25 sahaja. Nota: Setiap pembelian tiket juga akan menerima sticker GDF14 (tetapi berbeza design dengan sticker pembelian tshirt).


GM-TS 010
Grundar Death Fest 2014 Official T-Shirt
Gildan Premium Cotton (asian size)
Plastisol Ink
Tag: Grundar Merch
size available: S/M/L/XL/XXL
RM50 (byhand, special price RM45 at Grundar Death Fest 2014)
RM56 (poslaju, Semenanjung)
RM60 (poslaju, Sabah/Sarawak)
USD20.00 (elsewhere, registered airmail)


GM-BC 013
Grundar Death Fest 2014 Baseball Cap
emroided orange logo
RM25 setiap cap di Grundar Death Fest 2014
RM30 pos daftar ke seluruh Malaysia

INFORMASI:

BERKAITAN:

PSYCHOTIC SUFFERANCE - RAW NOISE GRINDCORE T-SHIRT


PSYCHOTIC SUFFERANCE telah mengeluarkan t-shirt "Raw Noise Grindcore". Ilustrasi direka oleh Somluck Sapeanthong dari Bangkok, Thailand. Cetakan dan pasaran antarabangsa dibuat oleh Mario Coello (Operation Carniguro) dari Peru. Untuk cetakan dan pasaran tempatan (Malaysia) dilaksanakan oleh CHAP BADUT Printing, Bazaar MAINS seremban, Negeri Sembilan. 


INFORMASI:

EASTERN VOICE PRODUCTION - OUT SOON: INFERNAL EXECRATOR - AD INFINITUM SATANIC ADHERENT


OUT SOON!!! Official Release by EASTERN VOICE PRODUCTION [EVPCD18]. INFERNAL EXECRATOR (Sgp) - AD INFINITUM SATANIC ADHERENT. An Asian pressing full-length album 2014. 8 tracks + 1 bonus track / digipak format / 8 pages booklet / *first 100 pcs come with special package (Poster + Button Badge). Release date will be announced!!!

INFERNAL EXECRATOR
Dajjalegionaire Pandemonium Triumphant
Track taken from upcoming full-length album 2014
"Ad Infinitum Satanic Adherent"

For Further Information:

SUFFERCATION - "In Suffer We Trust" POSTER



Limited Edition. SUFFERCATION "In Suffer We Trust" A2-sized Glossy Paper Poster. Price: RM40 postage included. PM now to order: Suffercation Page


Also Available: SUFFERCATION "Nightmare In Red" Demo is out now in Pro-Tape format. To collectors, this is the rare items for you to grab. Only RM20 + free limited edition postcard. Postage included. Get it now!!!


Also Available: SUFFERCATION "As We Breathe..." Full-length CD. Get this 8th album from Suffercation for only RM30 (West Malaysia) / RM40 Sabah & Sarawak and a free limited edition postcard for you. Nota: Album terakhir vokal oleh Jeff Illias pada tahun 2007.

FOR ORDERING & INFORMATION:

KL HELLBANGERS PART-II (BACK TO ATTACK!!)


Susulan kejayaan penganjuran Kuala Lumpur Headbangers Metalfest 2013 pada 1 Disember 2013 yang lalu, komuniti KL HELLBANGERS dijangka kembali mengadakan Part II (Bahagian Ke-2) agenda tersebut. Secara tentatif, acara ini bakal berlangsung pada 7 Jun 2014 dan masih dalam perancangan memilih lokasi yang bersesuaian. Antara band yang dijadualkan beraksi antaranya VINIIR, SACWRATH, ABMS 696, MU-ARU, BLACK TERRITORY, BERANTAKAN, HEREAFTER dan beberapa lagi yang masih di peringkat undangan dan perbincangan. Hubungi pihak penganjur untuk perkembangan selanjutnya di talian 019-8336157 (Ling).

TERDAHULU:

IRONSKULL - "SATANIK HEAVY METAL" CASS.EP 2013


Mereka menggelarkan penjelmaan mereka sebagai 'New Wave of Borneo Satanik Heavy Metal'. Mereka adalah IRONSKULL, band dari Keningau, Sabah yang didokongi oleh Jai (vokal), Razman (gitar), Mike (gitar), Beast (bass) dan Jamali (dram). Sekitar November 2013, IRONSKULL telah mengeluarkan sebuah EP berjudul "Satanik Heavy Metal" dalam format kaset melalui EVIL DEAD PRODUCTION [EDP021]. Senarai lagu yang terkandung dalam EP tersebut adalah seperti berikut:

1. Intro
2. Heavy Metal 666
3. Sabahphomet Metal Bastard
4. Rock n Roll Rocking Heavy Metal
5. Ironskull Krusher

EP "Satanik Heavy Metal" format kaset ini dikeluarkan hanya terhad 100 (handnumbered) unit sahaja. Berharga RM20, setiap pembelian turut diberikan button badge secara percuma. Difahamkan, EP ini akan datang bakal dikeluarkan dalam format Digipak CD berserta beberapa lagu bonus. 

Hubungi IRONSKULL di emel: ironskullkrusher@yahoo.com. Untuk pembelian "Satanik Heavy Metal" Cass.EP, hubungi pihak label di emel: evildeadproduction@yahoo.com. Pembayaran melalui Maybank: 160072435523 (Mohd Firdaus).


INFORMASI:

BARBALANS - "BLOOD, HATE & WAR" T-SHIRT


BARBALANS "Blood, Hate And War" T-SHIRT. Quality: Gildan Premium. Release Date: 28 February 2014. Price: RM45 Shipping Included. MAYBANK: 160072435523 (Mohd Firdaus). PAYPAL: evildeadprod@gmail.com

-S-
WIDTH/cm - 47
LENGTH/cm - 66

-M-
WIDTH/cm - 50
LENGTH/cm - 69

-L-
WIDTH/cm - 53
LENGTH/cm - 72

-XL-
WIDTH/cm - 56
LENGTH/cm - 74

-XXL-
WIDTH/cm - 59
LENGTH/cm - 76 

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-02-24

30/03/2014 - SOUND FROM THE GRAVE

Tarikh: 30 Mac 2014 (Ahad) | Tempat: DM8 Production Studio, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu | Masa: 1.00 Tengahari | Tiket: Door - RM25 / Presale - RM15 | Band: Triumph Ov Fire (Melodic Black Metal - KL) / Insinner (Death Metal - JB) / Demizer (Melodic Death Metal - KK) / Mi Scusi (Horror Punk - KK) / Zoghnity (Black Metal - Tawau) / Asmodeus (Black Metal - KK) / Agonized (Grindcore - Sandakan) / Mindcarnage (Death Grind - KK) / Muntah Darah (Grindcore - Beaufort) / Acid Knight (Thrash Metal - KK) / Kelawar (Heavy Metal - KK) / Keramatuz (Black Metal - KK) | Booking: Anton Samat (010-9465060) / Rizo (013-8725119)


13/04/2014 - TFHM METAL FEST

Tarikh: 13 April 2014 (Ahad) | Tempat: Stopzone Gig Hall, Larkin Idaman, Johor Bahru | Masa: 4ptg | Tiket: RM30 | Band: ETERNAL REST (Australia) / SUFFERCATION / ATROCIOUS / CAKERAWALA / SLEEPING SORROWS / S.O.G | Anjuran: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:

CURSE OF GOD / ERECTUS - "VAIEHELL BEHEADING RITUAL" SPLIT EP



OUT NOW!! CURSE OF GOD / ERECTUS "VaieHell Beheading Ritual" Split EP. Said to be two of the most notorious metal bands hailed from Bintulu, Sarawak. Released on CD format by Metuk Ulau Underground Voices. Also available: The Split T-shirt (Fruit of the Loom quality). 

PRICE (add RM5 for postage):
CD - RM15
T-SHIRT - RM45

FULL PACKAGE (CD & T-SHIRT):
RM65 - pos biasa
RM70 - pos laju

For further information, please contact FB: Adi Herman or this handphone no. 013-8421205 (sms, wechat and whatsapp only).

METUK ULAU UNDERGROUND VOICES:

GRUNDAR PRODUCTION - COMING SOON: MUNTAH DARAH "From Bastard to Bastard" MCD


COMING SOON!!!
GP008 MUNTAH DARAH "From Bastard To Bastard" MCD

This is Muntah Darah debut mini CD, contains 11 new track and 2 bonus track. Muntah Darah started show their teeth at Grundar Death Fest 2013, Sabah Death Fest 2013, "Necrosymphonies of Mother Whoring" tour, Borneo tour etc. Hailing from the north of borneo, these 4 pieces of young grindcore freaks really know how to make the crowd banging and moshing at the same time. Beware they are young, dangerous and talented. Staright old school grindcore assault from the new generation.


Muntah Darah is another 4 pieces of new blood of grindcore band from Beaufort, Sabah. Sabahan should proud that they still have a new generation choosed true grindcore/underground roots. They play straight grind riff with a mix of old school grind/death and catchy beat that will remind us to Napalm Death and Terrorizer. Lyrically Muntah Darah are straight  protest towards life surrounding them and this is pretty normal for grindcore band. Drumming part and the blastbeat/stroke are fucking energetic as we don't believe if the drummer is still underage. Muntah Darah has a potential to give a death threat to the trendy out there with their sadistic and harsh music, since they are young, dangerous and talented. 

INFORMATION:

LIFELORN - "Katalis Sebuah Obsesi" EP 2013

LIFELORN
Katalis Sebuah Obsesi
EP 2013

1. Naif - 5:45
2. Katalis Sebuah Obsesi - 6:52
3. A Sullen Rapture - 6:04
4. Zydis - 9:16

Released 7 April 2013 
A - composition & programming

Hailing from Malaysia, Lifelorn performs an EP full of instrumental shoegaze-y post-black metal that we are proud to have as one of our first 3 official releases. The limited edition comes with a screen printed patch (white on black) and a logo button. Limited to the first 10 out of the 50 total hand numbered copies. - Fragile Branch Recordings


Hailing from Kuala Lumpur, Malaysia, this artist creates a dense yet peaceful style of black metal that calls to mind efforts from groups like Lustre or earlier Jesu. While there is certainly a sense of darkness that often comes with the genre's overall aesthetic, I feel as though the catharsis here is greater than the misery. As an instrumental effort, I feel this album opens up enough space for the listener to imprint their own personal meaning without the artist's vision losing its clarity. There is beauty, and there is discomfort. This tape works best when each layer of the music is allowed to build up rather than all being presented at once--hearing the individual pieces as they grow towards a single entity is quite satisfying. While I try not to pick favorites, this one is uncommonly good and comes with the highest of recommendations. - Black Metal and Brews

DOWNLOAD:

INFORMATION:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...