2013-08-31

EDITORIAL: SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-56


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada pagi 31 Ogos 1957 menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. Pemasyhuran kemerdekaan tersebut telah dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang turut mencatatkan sejarahnya baru-baru ini bilamana disitulah juga Metallica mengadakan persembahan buat julung kalinya di negara ini pada 21 Ogos 2013. Harapnya konsert berskala besar Metallica tersebut menjadi petanda Metal Malaysia telah merdeka dari sangka buruk awam dan menjadi titik-tolak kepada kedatangan lebih banyak nama-nama besar mengadakan persembahan di Malaysia ini. Hari ini, 31 Ogos 2013 merupakan tahun ke-56 rakyat Malaysia meraikan ulangtahun dan nikmat-nikmat kemerdekaan. Tidak terkecuali, warga Metal Malaysia juga turut sama merayakannya. Amat diharap, Metal Malaysia akan terus maju dan perlu "merdeka" bebas dari anasir-anasir negatif, sensitif dan pasif. EKSTRIM dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warga Metal Malaysia! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Merdeka! Merdeka!!
- Pian Kvlt, 1:30am, 31/08/2013

...Let no one think we have reached the end of the road : independence is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty... (Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)


LOGO
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan. Direka oleh Noor Hishammudin bin Omar.

TEMA
Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun 2013 adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

LAGU
Judul: Tanah Tumpah Darahku
Pencipta: Joe Farizal & Aye
Lirik: Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria

Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar

Wira.. menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat

Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara.. bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku


2013-08-30

15/09/2013 - PROCLAMATION NORTH BORNEO TOUR 2013

TARIKH: 15 SEPTEMBER 2013 | TEMPAT: COWBOY BAR, KOTA KINABALU | MASA: 1 PTG | TIKET: RM25 PRESALE / RM30 DOOR | BAND: TOOLS OF THE TRADE / COMPULSION TO KILL / PERPETUAL / MORTUARY ANCESTOR / MASKBURN / MUNTAH DARAH / ZOMBIES BASTARD / YAZID@THE PANDEMONIUM | ANJURAN: AVAIL RECORDS


INFORMASI:
0168377219 - KATIK
0168255363 - RAHMAN
iem_avail@yahoo.com
www.facebook.com/events/170498856468337

WEOT SKAM - "SIX-PACK TSUNAMI ATTACK!" CD


WEOT SKAM - "Six-pack Tsunami Attack!" Full Length CD OUT NOW!

Georgetown, Penang is known for four things: Line Clear Nasi Kandar, Deen Nasi Kandar, Kassim Mustaffa Nasi Kandar, and WEOT SKAM! Part of the Georgetown Hardcore crew, this long standing, anti-social Hardcore/Punk band celebrates their ten year anniversary with their new full length album, "Six-Pack Tsunami Attack!" 

All the fun and spirit of WEOT SKAM is captured in this CD, as well as introducing a darker, more chaotic and pissed off element. The album cover art by cult American artist ADAM GEYER features a surfing Kraken glorious enough to make Harryhausen weep (may he rest in peace).


Enough talk! Go buy the CD! 

Price: RM10 // RM16 ppd // USD10 worldwide (plus postage)

HOW TO ORDER:
Payment by Maybank, CIMB, PayPal or Western Union. Or come to Dead Beat Shop!
Contact: 0124460316 / DEADBEATSHOP@AOL.COM

Websites Updated:

2013-08-29

LOBOTOMY - SATANIC SPEED METAL RITUAL EDISI KASET


Album sulung LOBOTOMY "Satanic Speed Metal Ritual" yang mana sebelum ini dizahirkan dalam format 12" LP oleh Heavy Forces Records (Jerman) sekitar Disember 2012 kini dilahirkan semula dalam versi kaset oleh sebuah label tempatan iaitu Metal Porn Production. LOBOTOMY adalah band Speed/Thrash Metal Kajang dianggotai oleh Sen Nightcrawler (bass/vokal), Iwan Uchida (gitar) dan Aloy Sahau Rapat (dram).

Menurut pihak label, kaset ini dikeluarkan terhad kepada 100 unit sahaja mula beredar secara rasmi pada 1 September 2013 bersempena gig KL Thrashed 2013 di Water Place, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. 8 buah lagu yang terkandung dalam "Satanic Speed Metal Ritual" adalah seperti berikut:

1. Delusion of Sin - 5:55
2. Hell's Metal Brigade - 4:18
3. Mistress of Exstacy - 3:28
4. Speed Metal Warfare - 3:06
5. Speed Metal Breakdown - 4:42
6. Underground Thrash Killer - 3:56
7. Metal Is Religion - 3:25
8. Power Thrash - 4:32


HUBUNGI:
www.facebook.com/pages/Lobotomy/269256643104747
www.facebook.com/pages/METAL-PORN-PRODUCTION/115254448557692

JUGA LIHAT:
LOBOTOMY - SATANIC SPEED METAL RITUAL 12" LP

30/08/2013 - SYJ MERDEKA EVE NITE


Date: 30.08.2013 | Time: 9.30pm | Venue: Malai Rock Station, Ipoh | Ticket: RM35 (include 1st drink) | Facebook: SOFEA kembali (The Official Sites)

VIDEO: METALLICA LIVE IN MALAYSIA 2013 - FULL CONCERT HIGHLIGHTS


Nah, ini paparan ke-4 berkaitan METALLICA LIVE IN MALAYSIA 2013 dan harapnya ini yang terakhir untuk pengarkiban di laman EKSTRIM. Penutup kepada ceritera METALLICA sebelum ini, VIDEO kali ini merupakan FULL CONCERT HIGHLIGHTS yang disediakan oleh vhanVideo.


Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia
Date: 21 August 2013
Note: First Metallica show in Malaysia

Setlist:
The Ecstasy of Gold
(Ennio Morricone song)
Hit the Lights
Master of Puppets
Fuel
Harvester of Sorrow
Fade to Black
Ride the Lightning
Cyanide
Welcome Home (Sanitarium)
Sad but True
Orion
One
For Whom the Bell Tolls
Blackened
Nothing Else Matters
Enter Sandman

Encore:
Creeping Death
Battery
Seek & Destroy

//// Listen & Watch in HD for best quality

PAPARAN BERKAITAN:
VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA 2013
VIDEO: METALLICA - KUALA LUMPUR 2013
SOROTAN VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA!

PUAKERYSM - CONSPIRACY OF MADNESS EP 2013


Unit Thrash Metal dari Bukit Sentosa, Rawang, Selangor PUAKERYSM dilaporkan baru sahaja mengeluarkan sebuah EP berformatkan CD berjudul "Conspiracy Of Madness". Ianya bakal beredar secara rasmi pada persembahan PUAKERYSM di KL THRASHED 2013 bertarikh 1 September 2013 di Water Place, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Band ini dianggotai oleh Zan (vokal), Ejai (gitar), Rman (bass/vokal) dan Adhy (dram)

"Setelah bermacam-macam dugaan dan rintangan, akhirnya EP ini berjaya dikeluarkan. Didalamnya terkandung 4 buah lagu dan tambahan sebuah lagu versi live sebagai bonus. Hanya RM10 by hand. Boleh diperolehi semasa gig KL Thrashed 2013 nanti di mana kami akan bawa kesana sebanyak 50 salinan sahaja. Pesanan melalui pos dibuka selepas KL Thrashed dan akan ada tambahan kos pada harga untuk postage", kata Zan, vokalis band ini.

TRACKLIST:
1. Conspiracy Of Madness
2. Extremely Evil
3. Killing Machine
4. Curse Of Dragon
5. Conspiracy Of Madness (Live)


Menurut Zan lagi: "Terimalah buah tangan dari kami Puakerysm! Sesiapa yang ingin memiliki barangan buatan Malaysia dan 100% hasil karya bumiputra boleh jumpa kami di KL Thrashed. Kami harapkan sokongan anda! Kami tak mahu kaya, kami cuma mahu berkarya!". Selain KL THRASHED pada 1 September 2013 di Kuala Lumpur, PUAKERYSM juga dijadualkan beraksi di gig GEGARAN MINDA PART II di Ipoh, Perak pada 28 September 2013 dan MUAR METAL FEST di Muar, Johor pada 10 November 2013. 

Emel: puakerysm@yahoo.com
http://www.myspace.com/puakerysm
http://www.facebook.com/puakerysm.army

019-3621975 - Rman
017-2672768 - Adhy
017-2375671 - Zan

2013-08-28

GEMPITA RECORDS - GR-010: HEADKRUSHER 7" EP


GEMPITA RECORDS, sebuah label tempatan yang aktif mengeluarkan material dalam format piring hitam (vinyl) mengumumkan rilisan 7" terbaharu mereka untuk band Thrash Metal HEADKRUSHER dari Indonesia. EP self-titled ini memuatkan dua buah lagu eksklusif, irama Thrash old-school dikatakan seumpama era awal Sodom, Kreator dan Destruction. Produksi terhad kepada 100 salinan sahaja dan diedarkan pada harga RM35. Kemukakan pesanan kepada: gempita.records@gmail.com

MASIH DIJUAL:
GR-005 PENAKLUK - Api 7" EP
GR-007 IMPIETY - Tormentors of Kota Bharu 12" LP
GR-009 SUCCUBUS - Sadistic Rites of Evil 12" LP

INFORMASI:
http://www.facebook.com/gempita.piringhitam
http://gempita-records.blogspot.com

15/09/2013 - LORD LIVE IN KUALA LUMPUR

TARIKH: 15 SEPTEMBER 2013 | TEMPAT: PENNYLAND GIG HALL, SUNWAY MENTARI, KUALA LUMPUR | MASA: 3 PTG | TIKET: RM25 | BAND: LORD (Australia) / BLACK TERRITORY / INCRIES / SACWRATH / AZURE FOR JANE / HELDRASIL / 66ROADS / TAMMAT AL QUBRA / KPALATAU / A RUTHLESS CLEANSING | ANJURAN: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:
www.facebook.com/TFHM.PRODUCTION

13/09/2013 - LORD LIVE IN JOHOR

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2013 | TEMPAT: STOPZONE GIG HALL, LARKIN IDAMAN, JOHOR BAHRU | MASA: 8 MLM | TIKET: RM20 | BAND: LORD (Power Metal Australia) / DETHREVAWAR (Kulai) / DEMORFORESSUS (Johor Bahru) / NIRRAJIM (Muar) / POECELINA (Kulai) | ANJURAN: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:
www.facebook.com/TFHM.PRODUCTION

2013-08-27

31/08/2013 - SAMBUTAN RAYA MERDEKA BERSAMA BLOODSHED


SAMBUTAN RAYA MERDEKA. BERSAMA BLOODSHED. SABTU 31 OGOS 2013. JAM 8:00 MALAM. DIBAWAKAN OLEH MALAYSIAN ROCK CAFE. BESTOTEL CITY CENTER, NO.368 GROUND FLOOR, MILE 2 1/2 JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR. SEMUA SAHABAT-SAHABAT YANG BERKELAPANGAN DIJEMPUT HADIR. MASUK PERCUMA.

www.facebook.com/events/412612818848954
www.facebook.com/MalaysianRockCafe

INFORMASI Oleh HASBE ZUZAINI

MTD PRODUCTION - BAKAL RILIS: GODCIDER - 6 YEARS IN UNHOLY WAR

Susulan kepada rilisan EP "Triumph V" dari GODCIDER, pihak MTD PRODUCTION mengambil langkah seterusnya merancang untuk mengeluarkan album kompilasi himpunan lagu-lagu terbaik dari one-man band NSBM Rusia tersebut. Berjudul "6 Years in Unholy War", seleksi ini bakal menampilkan 10 buah trek; termasuklah intro, outro dan dua buah lagu bonus! GODCIDER berpengkalan di Komsomolsk-na-Amure, Rusia dan ditubuhkan sekitar 2007. Berikut adalah maklumat kandungan "6 Years in Unholy War":

01. Intro
02. Nazarejskaya Mraz'
03. AK-47 Demon
04. Godcider
05. Cunnus Christi
06. Let there be Darkness!
07. Crows
08. Outro
BONUS:
09. Godcider (live)
10. Sons of Chaos (live)

All tracks taken from:
Nazarejskaya Mraz' - In Crucem tollere... (Demo 2009)
AK-47 Demon - AK-47 Demon (EP 2011)
Godcider - More Than a Human (Full-length 2012)
Cunnus Christi - Az Esm Istina / Ego Sum Veritas (Full-length 2012)
Let there be Darkness! - Triumph V (EP 2013)
Crows - Six Bullets for Christianity (Full-length 2012)
Bonus tracks recorded at Morbid Witchcraft (Khabarovsk / 02.12.2011)

Informasi/Komunikasi:
017-3204301 (Yus)
mtd_prod666@yahoo.com
www.facebook.com/MTDProduction

MTD PRODUCTION - MTD PROD 16: GODCIDER EP 2013


MTD PRODUCTION telahpun mengeluar dan mula mengedar sebuah EP hasilan one-man-band asal Rusia GODCIDER berjudul "Triumph V", dicetak terhad pada kuantiti 66 salinan sahaja dan boleh dimiliki pada harga RM15. EP ini mengandungi 6 buah lagu berakarumbikan muzikal Black Metal!

1. At the gates of Oblivion
2. Let there be Darkness!
3. Where it was ...
4. To the greatest man
5. Obscurantism or Death!
6. Chaos Proclamation

"Musically Black Metal.. well-played.. sedap didengar.. NS tu macam biasa cuma sekadar theme/subject yang diterap dalam lirikal mereka. Kalau di Malaysia, rilisan sebegini agak kontroversi sebab ada yang tak suka ideologi nazi disatukan dalam muzik Metal... bagi aku, aku tak kisah sebab aku cuma ambil muzik. Godcider punya BM ok walaupun tipikal.." - EKSTRIM

Untuk pertanyaan dan pembelian, sila hubungi:
017-3204301 (Yus)
mtd_prod666@yahoo.com
www.facebook.com/MTDProduction

MTD PRODUCTION - KELUARAN TERKINI & AKAN DATANG


MTD PRODUCTION, sebuah label tempatan yang mula aktif di persada muzik Metal underground tanahair semenjak 2008 telah mengumumkan beberapa rilisan terbaharu mereka dan juga rancangan pengeluaran yang akan datang.

KELUARAN TERKINI:
Ajal - Jahannarakah (EP) - RM20
Vetis - Malay Regiment 13 (EP) - RM15
Neftaraka - Macabre (Demo) - RM20
Godcider - Triumph V (EP) - RM20

AKAN DATANG:
Antaboga - Mayang Mistik (Tape) - RM15
Barthafah - SS Command (EP) - RM15

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
017-3204301 (Yus)
mtd_prod666@yahoo.com
www.facebook.com/MTDProduction

2013-08-26

FILSUFATIA - THE GRAND EULOGY (DEMO 2013)

FILSUFATIA adalah sebuah projek solo / one-man-band berpengkalan di Kuala Lumpur. Berkonsepkan Atmospheric melancholic Black Metal, projek ini telah dijalankan oleh Deep semenjak tahun 2005 lagi. Setelah melepaskan demo pertama "The Euphony of Regression" sekitar 2006, FILSUFATIA tidak pernah ketinggalan malah terus konsisten dengan disiplin melahirkan sebuah demo setiap tahun. Pada Ogos 2013 ini, Deep kembali meluahkan kreativiti emosinya melalui FILSUFATIA dengan penampilan demo ke-8 berjudul "The Grand Eulogy". Demo ini menghidangkan 4 buah lagu yang cukup kaya dengan kekuatan dan keindahan melodi, berteraskan elemen-elemen depresif yang amat menyentuh! FILSUFATIA tiada tandingan di negara ini dan mereka adalah penghulu dalam muzik kategori Depressive Metal di Malaysia, pasti!!

01. Fallen Leaves (Intro) - 2:27
02. The Grand Eulogy (Welcome Home) - 6:15
03. In December (The Final Chapter) - 8:37
04. Laverne (A Million Miles Nowhere) - 7:17

MUAT-TURUN:
www.uploadmb.com/dw.php?id=1376703996

KORESPONDEN:
benignism@yahoo.com
www.facebook.com/filsufatia

10/11/2013 - MUAR METAL FEST

TARIKH: 10 NOVEMBER 2013 | TEMPAT: DEWAN PERSATUAN INDIA MUAR (BERHAMPIRAN WETEX PARADE) | MASA: 2 PTG | TIKET: RM15 | PENAMPILAN: ATROCIOUS / TASYIM / NARSAMUM / SANTAU / BLACKSEED / TRIUMPH OV FIRE / PENANGGALS / PUAKERYSM / TUSSOCK / ENTHRONE FALLS / VINIIR / WYNKEN DELIRIUM / DIEMORECRUSHT / SINDRAZ | ANJURAN: GERAKAN AMALAN HITAM MUAR & KOMUNITI PEMUZIK MUAR


INFORMASI:
www.facebook.com/events/337186153093268
www.facebook.com/groups/104756799630185


NOTA: EKSTRIM adalah RAKAN MEDIA kepada MUAR METAL FEST

IMPERIAL - TRANSCENDENT SALVATION CD 2012


"Transcendent Salvation" - album sulung band Extreme Atmospheric Progressive Blackdeath Metal, IMPERIAL berasal dari Kuala Lumpur ini masih ada dijual dan pesanan boleh dibuat melalui Renascent Axis Production ataupun pihak Imperial sendiri. Album ini telah dikeluarkan pada awal November 2012 dan di dalamnya terkandung sejumlah 8 buah lagu, sebagaimana di senarai berikut:

1. A Forseen Grandeur - 10:03
2. Denounce Vengeance - 6:07
3. Dawn Of Deliverance - 8:01
4. The Conquering - 8:21
5. Beyond The Ruins - 8:25
6. Anthems Of Salvation - 9:36
7. A Lament For The Loss - 5:22
8. Insignia End - 9:29




HUBUNGI/INFORMASI:
www.facebook.com/renascent.axis
www.facebook.com/Imperialegion
www.reverbnation.com/imperialhordes

KL THRASHED 2013 - OFFICIAL MERCHANDISE

Bersempena festival thrash metal KL THRASHED 2013 pada 1 September 2013 (Ahad) bertempat di Water Place, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, pihak penganjur telah mengeluarkan beberapa merchandise rasmi berupa t-shirt dan patch. Barangan-barangan ini boleh anda perolehi pada hari tersebut!!

T-SHIRT: 

HEADBANGING TUNGGANG LANGGANG - Maskot untuk KL Thrashed 2013 ini diberi nama Awang! Cetakan dan pengeluaran t-shirt dilaksana oleh Magenta Screen.

PATCH:

Untuk maklumat lanjut berkaitan edaran patch KL Thrashed 2013 ini, sila hubungi Zahit Zakaria (Slaydeath). Pesanan awal untuk anda gayakan pada hari gig boleh diperolehi pada harga RM15 sahaja!


KL THRASHED yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya bakal dimeriahkan oleh persembahan-persembahan dari Head Krusher (Indonesia), Beast Petrify (Singapura), Masshypnosia (Filipina) di samping wira-wira thrash tempatan seperti Logam, Morggorm, Iron Skull, Slaydeath, Black Seed, Puakerysm, Malapetaka dan juga Aciddive. Thrash 'til Death!!!

METAL EVENT:

INFORMASI:

ULASAN GIG: DISGORGE - LIVE IN KUALA LUMPUR


Ini merupakan gig pertama Farasu bergandingan dengan sebuah band Brutal Death USA dan empat lagi band brutal death tanahair. Istimewanya gig kali ini adalah penglibatan Farasu yang satu-satunya bukan band brutal-grind death!

Jutaan terima kasih buat pihak penganjur iaitu Neochronical Production dan MYDM yang sudi membariskan Farasu dalam senarai band pembukaan untuk gig ini.

Gig bermula jam 4.00 petang. Kebetulan ketika gig bermula hujan lebat sedang melanda sekitar kawasan Mont Kiara, KL.

PUNAHRANAH

Punahranah telah menjadi band pembuka acara gig petang itu. Ini sebuah band brutal grind-death dari Negeri Sembilan yang terdiri daripada sepupu-sepipit..kakakakakka...band kepada adik ex-gitaris Farasu (Faizal Fauzi 2006-2007). 

Mereka ini mempunyai bakat tersendiri dan punya 'attitude' sebagai sebuah band death-metal sejati. Secara jujur, aku tidak mengikuti perkembangan band ini walaupun tau kewujudan band ini dan pada gig ini barulah aku melihat persembahan mereka secara langsung.

Punahranah merupakan band generasi baru dari Negeri Sembilan yang berpusat di Seremban. 

Sound yang tidak seimbang membuat aku tak berapa nak faham muzik Punahranah tetapi muzik mereka ini agresif cuma 'showmanship' perlu diperbaiki lagi kerana mereka adalah band death-metal yang perlu seiring dengan 'keganasan' muzik yang dipersembahkan. Kelihatan gaya dan aksi mereka masih segan-silu. Kono ganeh waghieh!!!

SICK SOCIETY

Band kedua yang memanaskan pentas adalah Sick Society. Band metal kental terkeluar anak tekak dari Petaling Jaya yang masih kekal 'memperkosa' pentas dengan kebingitan muzik mereka. Lebih menyerlahkan 'heavyweight death metal' Sick Society adalah 'kepersonaan' vokalis mereka Adib.

Sick Society hanya mempersembahkan enam buah lagu sahaja.

Crowd yang hadir masih bertenaga melayan kebingitan muzik Sick Society!

FARASU

Farasu kemudiannya menyusul menjadi band ketiga menghangatkan suasana.

Kali ini pembukaan persembahan kami dimulakan dengan lagu nobat yang diadun dengan bunyi angin ribut yang sedang kencang melanda seperti hendak turunnya dewata raya dari langit!

Kami memulakan persembahan dengan lagu 'Keris Songsang dan kemudiannya diikuti oleh sebuah lagu cover daripada Carcass iaitu 'Rotting in the Free World'.

Lagu-lagu seterusnya yang dipersembahkan adalah Tangisan Malam, Patrasari, lagu cover-Holydiver dan sebuah lagu baru yang pertama kali diperdengarkan secara live iaitu 'Against Tyranny'. Ia bakal dirakam dan diterbitkan dalam hujung tahun ini juga.

Selepas persembahan Farasu, band dari Singapura, Flesh Disgorged dan old-timer band tanahair-Infectious Maggot meneruskan kerabakan irama brutal death.

Maaf aku tidak dapat mengulas persembahan Flesh Disgorged kerana telah berada di luar venue kesan kepenatan selepas 'membelasah' dan 'membanting' tenaga melantunkan rentak drum!

INFECTIOUS MAGGOTS

Jujur bicara ini persembahan kedua Infectious Maggots yang aku tengok dan memang ada perbezaan berbanding terdahulu.

Walaupun faktor usia menguasai band otai ini akan tetapi mereka ada keistimewaan tersendiri dalam persembahan. 

Kesemua crowd terhibur dan menikmati persembahan Infectious Maggot dengan penuh 'kemeriahan'!

Kekentalan dan stamina yang ditunjukkan oleh Fatul (vokal) dan Lan Bye (drum) antara yang menarik perhatian. Ini contoh terbaik buat peminat dan penggiat muzik bawah tanah negara khususnya yang berada dalam lingkungan umur 18-38 tahun bahawa usia itu bukan penghalang untuk terus bergiat dalam dunia muzik ekstrim ini. Hanya kebebalan memahami seni sahaja yang menjadikan faktor usia sebagai penghalang.

Lan Bye (Brain Dead, ex-Sil Khannaz) antara drummer kental yang masih aktif dalam scene metal negara dan stamina beliau tidak meleset walaupun kadangkala kelihatan dicengkam rasa penat grinding.

They are  father but their music make them younger!

Entah betul ke tidak susunan tatabahasa English aku tu...kakakkakakka

DISGORGE

Band utama gig mengambil pentas tepat jam 8.30 malam. Sebelum itu ketika rehat (7.00-8.00 malam), Disgorge membuat 'soundcheck'. 

Disgorge berasal dari San Diego, California, USA dan telah ditubuhkan pada tahun 1992 yang dianggotai oleh Angel Ochoa (vocal), Ed Talorda, Diego Soria, Diego Sanchez dan Ricky Myers.

Secara jujurnya, aku tidak pernah mengikuti sebarang material dan perkembangan muzik Disgorge. Logikanya aku langsung tidak mengetahui reputasi band ini.

Namun begitu, itu bukanlah alasan sebagai kegagalan untuk melaporkan persembahan Disgorge!

Melihat dari sudut stamina, adalah diakui setiap anggota Disgorge kelihatan bertenaga dan aktif dalam persembahan khususnya drummer dan vokalisnya.

Mereka punya gaya tersendiri dalam menampilkan watak persembahan di pentas. Walaupun kurang berinteraksi dengan crowd, cara bersahaja vokalis Disgorge cukup menyakinkan. Aku tidak berapa faham muzik Disgorge tetapi sound mereka agak kemas dan seimbang walaupun bingit! Biar bingit asal sound seimbang dan dapat didengar!


Outro

Secara keseluruhan gig ini berjaya dan mendapat sambutan meriah daripada crowd walaupun beberapa hari lagi Metallica bakal membuat persembahan di Stadium Merdeka. Usaha penganjur menghadirkan Disgorge sangat positif khususnya dari perspektif menilai persembahan secara langsung dan keupayaan serta teknologi band luar mengimbangi bunyi untuk persembahan langsung!

Ada tiga perkara utama yang aku lihat yang mampu diteladani dan dipelajari daripada Disgorge adalah stamina persembahan, kawalan & keseimbangan bunyi dan kemahiran muzik.

Ada juga teguran jujur yang perlu aku sampaikan buat pasukan jentera bunyi gig ini. Sedikit mengecewakan walaupun telah melalui 'soundcheck' tetapi pasukan ini gagal mengimbangi bunyi ketika band-band beraksi di pentas.

Ketidakseimbangan kawalan bunyi itu menyebabkan sound snare, bass drum, lead guitar dan bass guitar tenggelam timbul dan kemudian hilang dalam kebingitan sound gitar. Aku sendiri tidak begitu jelas mendengar sound bass dan gitar walaupun ada monitor disediakan belakang drum. Jika 'single-sound' memang kedengaran tetapi apabila kesemua sound peralatan bergabung, secara keseluruhannya sound itu menjadi samar-samar untuk didengar...hanya kebisingan yang terkeluar. Namun sekali lagi, itu bukan penghalang untuk Farasu membuat persembahan. Aku yakin band-band lain turut mengalami keadaan yang serupa.


METAL-EVENT:
18/08/2013 - DISGORGE LIVE IN KUALA LUMPUR

28/09/2013 - KUCHING RITUAL DEFAMATION II

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2013 | TEMPAT: FLYING ROCK STUDIO, MATANG JAYA,KUCHING, SARAWAK | MASA: 1:00 PTG | TIKET: RM15 | MENAMPILKAN: BARBALANS (SABAH) / IRON SKULL (SABAH) / MENTALLY MURDERED (SARAWAK) / SAUTS ALASTOR (SELANGOR) / NAVRATHOS (N.SEMBILAN) / FARASU (KUALA LUMPUR) / KAMBING SAKTI (SARAWAK) / IMMOLATE (SARAWAK) / KAMARUSUK | ANJURAN: SADISTIC NIGHTMARE PRODUCTION


INFORMASI
www.facebook.com/pages/Sadistic-Nightmare-Production/120013484740504

2013-08-25

TWISTED METAL 2013 - GIG BERTARIKH 5 OKTOBER DIPINDA

MAKLUMAN: Gig TWISTED METAL yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober 2013 di Liwah Hotel, Kuching, Sarawak telah dibatalkan dan dipinda pada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian oleh pihak penganjurnya Groove Republic. Rujuk berita terdahulu: 05/10/2013 - Twisted Metal


Pemberitahuan mengenai tarikh baru dan lokasi TWISTED METAL akan diumumkan oleh pihak berkenaan sedikit masa lagi. 

NEW OFFICIAL EVENT PAGE!
BY GROOVE REPUBLIC AND CREWS.
www.facebook.com/events/218260511661893

BRINGING YOU A TOTAL NON-STOP EXTREME MUSIC!
TWISTED METAL 2013 PRESENTS:

VORMIT (GRINDCORE)
www.myspace.com/vormit
KHEROW (METAL)
www.facebook.com/pages/kHEROW/224488302806
MENTALLY MURDERED (DEATH METAL)
www.facebook.com/pages/Mentally-Murdered/233022266468
KURASAKUASA (GRINDCORE)
www.facebook.com/pages/kurasakuasa/348507372027
DEATH INFERNAL (DEATH METAL)
www.facebook.com/deathinfernalband
FOXHOLE (THRASH METAL)
www.facebook.com/foxholethrashmetal
KAMBING SAKTI (MELODIC BLACK METAL)
www.facebook.com/pages/Kambing-Sakti/202595779813025
MAVIS DIRTY PROJECT (STREET PUNK ROCK)
www.facebook.com/MavisDirtyProject
SATISFACTORY (METAL HARDCORE)
www.facebook.com/Satisfact0ry
COUSIN OF DEATH (EXPERIMENTAL DEATHCORE)
www.facebook.com/Cousin0fDeath
SEARCH AND DESTROY (HARDCORE/METAL/PROGRESSIVE)
www.facebook.com/SearchNDestr0y
BENCANA (METAL)
www.facebook.com/pages/Bencana/258458167548143

VENUE AND DATE TO BE ANNOUNCED SOON.
FOR ANY INQUIRIES, PLEASE CONTACT US AT:
AZIZ: 0128873678
RITCHIE: 0168744782

2013-08-23

VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA 2013




Kuala Lumpur: Mimpi peminat kumpulan heavy metal legenda dunia, Metallica di negara ini untuk menonton persembahan kumpulan itu di depan mata akhirnya menjadi kenyataan apabila Metallica mengadakan konsert di Stadium Merdeka, di sini, pada 21 Ogos ini jam 9 malam.

"Selepas mengadakan konsert di seluruh dunia sejak 30 tahun lalu, ada beberapa tempat belum kami kunjungi dan antaranya Kuala Lumpur. Kami sangat teruja untuk mengadakan konsert kami yang pertama di Kuala Lumpur" - Metallica

Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dianjurkan Galaxy Group dengan kerjasama LAMC Productions dan Rockstar Touring. Ia turut mendapat sokongan Malaysia Major Events sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

TEKS & VIDEO: 3AJ STUDIOS & ENTERTAINMENT
www.youtube.com/channel/UCiu3K7O-2TttoLuyhInrV8g
www.facebook.com/3AJStudiosEntertainment

PAPARAN BERKAITAN:
VIDEO: METALLICA - KUALA LUMPUR 2013
SOROTAN VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA!
■ 21/08/2013 - METALLICA LIVE IN MALAYSIA

2013-08-22

VIDEO: METALLICA - KUALA LUMPUR 2013

METALLICA - LIVE IN MALAYSIA!
21/08/2013, STADIUM MERDEKA, KL

Metallica lagi! Jika sebelum ini EKSTRIM menyiarkan rencana SOROTAN VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA! berdasarkan rangkuman video saudara Syed Azman, kali ini beberapa video lagi untuk tontonan, hasil rakaman saudara Iskandar Othman pula. Rakaman ini dibuat lebih dekat, berhadapan dengan pentas utama! Motif: Untuk mereka yang tidak ke sana, seperti saya, hehe! - Pian Kvlt 

HARVESTER OF SORROW - http://youtu.be/q1LOyQfV5uc
Ciptaan: Hetfield/Ulrich
Album: ...And Justice For All (1988)

Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Burton/Hammett
Album: Ride the Lightning (1984)

Ciptaan: Hetfield/Ulrich
Album: ...And Justice For All (1988)


SOROTAN VIDEO: METALLICA - LIVE IN MALAYSIA!


Keghairahan warga metal tempatan untuk menyaksikan Metallica memijakkan kali di bumi Malaysia akhirnya terjawab pada malam 21 Ogos 2013. Ia bukan lagi mimpi berpanjangan buat sebahagian besar penggemar-penggemar muzik metal tanahair, khususnya peminat Metallica yang begitu lama menanti saat dan ketika band tersohor ini bermain live di depan mata sendiri. Ia impian yang akhirnya menjadi kenyataan! Metallica yang tergolong dalam darjat The Big Four (bersama Slayer, Megadeth dan Anthrax) buat julung kalinya mengadakan persembahan di Malaysia di lokasi keramat Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Aksi-aksi thrashing speed metal dari James Hetfield (vokal/gitar), Kirk Hammett (gitar), Lars Ulrich (dram) dan Robert Trujillo (bass) diabadikan dalam koleksi 7 buah video oleh saudara Syed Azman dan disiarkan di EKSTRIM untuk tontonan mereka yang tidak berkesempatan menjadi saksi kepada sejarah Metallica Live in Malaysia, termasuklah saya sendiri, hahaha! - PIAN KVLT




SETLIST

MAIN SET
01. Hit the Lights
02. Master of Puppets
03. Fuel
04. Harvester of Sorrow
05. Fade to Black
06. Ride the Lightning
07. Cyanide
08. Welcome Home (Sanitarium)
09. Sad But True
10. Orion
11. One
12. For Whom the Bell Tolls
13. Blackened
14. Nothing Else Matters
15. Enter Sandman
ENCORE
16. Creeping Death
17. Battery
18. Seek & Destroy

SETLIST/PHOTOS: METALLICA.COM


Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Hammett
Album: ReLoad (1997)

RIDE THE LIGHTNING - http://youtu.be/jNIzsBF6k_E
Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Burton/Mustaine
Album: Ride the Lightning (1984)

Ciptaan: Hetfield/Ulrich
Album: Metallica (1991)

Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Burton
Album: Master of Puppets (1986)

Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Hammett
Album: Metallica (1991)

CREEPING DEATH - http://youtu.be/EwAtDTjHmcc
Ciptaan: Hetfield/Ulrich/Burton/Hammett
Album: Ride the Lightning (1984)

SEEK & DESTROY - http://youtu.be/80809K44tE8
Ciptaan: Hetfield/Ulrich
Album: Kill 'Em All (1983)




CREDIT | VIDEOS: SYED AZMAN | HEADTAG: MAX SAYUTHIPOSTER

PENGUASA ANJING - "KISAH SI ANJING KURAP" EP


Duo Grind/Crustcore dari Inanam/Penampang, Sabah dikenali sebagai PENGUASA ANJING telahpun merilis EP kedua mereka "Kisah Si Anjing Kurap" mengandungi 5 buah lagu dan turut diselitkan sebuah klip video. PENGUASA ANJING yang lebih senang menggelarkan muzikal mereka sebagai Anjingcore hanya dianggotai oleh Ben (vokal/gitar) dan Arnold (dram). Ben dilaporkan berkata, "Warning! Material kali ini penuh dengan kritikan dan kecaman! Fahami maksud sesebuah lagu itu baru buat rumusan!" merujuk kepada teras utama tema dalam EP kedua mereka ini. 

Edaran "Kisah Si Anjing Kurap" ini hanya pada harga RM5 (melalui tangan) / RM10 (melalui Pos Berdaftar). Pertukaran barangan dialu-alukan. Harga borong juga disediakan untuk distro. Hubungi FB Benny Pangazou atau talian 0145712696.

Setakat ini semenjak dikeluarkan pada akhir Julai 2013, edaran "Kisah Si Anjing Kurap" adalah menggalakkan. "Alhamdulillah terima kasih pada kawan-kawan yang sudah membeli.  Support la kami dengan membeli record kami untuk membantu kami membiayai perjalanan untuk tour ke Jakarta tahun depan pada bulan Julai. Sementara itu EP pertama kami Bangsat Durjana (cetakan kedua) masih lagi boleh didapati cuma RM5 sahaja. Sokongan kawan-kawan akan menjadikan impian kami untuk tour akan menjadi kenyataan insya-Allah. Support our local band and scene!!", kata Ben.

"Kalau suka band ini support, kalau tidak suka sila biarkan kami... Kami main muzik bukan kerana nama dan populariti kami bermain muzik kerana minat dan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat dan ketidakpuashatian kepada keadaan sekeliling!", tambah beliau menyatakan pendirian muzikal PENGUASA ANJING.


Emel: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
http://www.facebook.com/pages/Penguasa-anjing-dare-to-say-no/455136474528847
http://www.reverbnation.com/penguasanjing

INSECTIVORE - SELFTITLED DEMO CDR


Unit Deathgrind Kota Kinabalu INSECTIVORE yang didokongi Vic (vokal), Din (gitar), Acong (gitar), Poi (bass) dan Iman (dram) telah mengeluar dan mengedar sebuah demo "Insectivore" pada harga cuma RM5. Muzikal mereka dipengaruhi band-band seperti Sepultura, Nasum, Napalm Death dan seumpamanya. Harga pukal yang cukup rendah juga ditawarkan kepada mana-mana distro dan record/production label yang berminat untuk turut sama menyokong edaran Demo CDR ini. Kuantiti pengeluaran terhad kepada 100 salinan sahaja, oleh itu bertindak segera sebelum kehabisan stok! This is deathgrind! Destroy your fucking enemies!

Hubungi: 0146557713 (Din) / 0136075384 (Iman)
www.facebook.com/pages/Insectivore/327460430668196

BERITA Oleh: BENNY PANGAZOU

ROTTEN DISEASE - TERLIBAT DALAM "LOOKING FOR LIFE" 3-WAY SPLIT


ROTTEN DISEASE, sebuah trio berkonsepkan Blasting Grindcore/ Noise dari daerah Penampang, Sabah telah turut serta menjayakan sebuah rilisan 3-way split berjudul "Looking For Life" bersama FATAL MORALITY (Malang, Indonesia) dan FECTUS (Bekasi, Indonesia). Ditubuhkan pada awal 2011, ROTTEN DISEASE dibarisi oleh Dyeo (vocal), Adrian (gitar) dan Alan (dram). "Looking For Life" boleh diperolehi pada harga cuma RM5 sahaja!! Pertukaran barangan juga turut dialu-alukan!!

Emel: rottendiseasegrind@gmail.com
www.facebook.com/rottendisease

BERITA Oleh: BENNY PANGAZOU

2013-08-21

UXORIUS TYRANT - TRIAD BLACK METAL T-SHIRT


Black Metal solo kendalian Lord Nahtiayhs Nirrojhim melancarkan pengeluaran t-shirt Triad Black Metal. T-shirt eksklusif ini terhad kepada 15 helai sahaja. Menurut Lord Nahtiayhs Nirrojhim: "Ramai tertanya-tanya tulisan cina yang Uxorius Tyrant letakkan. Ianya simbolik kepada Triad Black Metal. Tiada isu politik. Hellcome to my Triad Black Metal World. Unite As One!". Dapatkan segera t-shirt ini dengan membuat tempahan sekarang!!

HARGA: Pos Berdaftar
RM35 - saiz S/M/L/XL/XXL/XXXL
RM45 - saiz 4XL/5XL/6XL

EDARAN: Empayar Distro
012-3673303 (Azhar) / www.facebook.com/ar.azhar.75

CETAKAN: Maarof Silkscreen Khidmat Percetakan
www.facebook.com/maarof.ruslan

www.facebook.com/pages/Uxorius-Tyrant/176941585680992
www.facebook.com/uxoriustyrant666
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...