2013-11-11

TRIVIA: FARASU - BAYANGAN KEHIDUPAN


Trivia Lagu Farasu: Bayangan Kehidupan

Inilah satu-satunya lagu daripada demo pertama Farasu (Millenium of Madness, 2003) yang dirakam semula. Versi asal lagu ini bertajuk 'Shadow of Life' ciptaan penuh Nahax bersama Bul. 

Versi asal lagu ini liriknya telah dinukilkan Nahax dan Bull dalam bahasa Inggeris. Sound asal lebih kedengaran raw death-thrash. Manakala vokal ketika itu telah 'disumbangkan' oleh Kotam.

Revolusi turut dialami lagu ini dengan melalui proses rakaman semula pada Julai-September 2009 dengan susunan semula riff, melodi & 'aggression' oleh Nahax.

Versi baru ini telah ditukar tajuk menjadi Bayangan Kehidupan dengan lirik nukilan oleh Fidaiyyin.

Sound lagu menjadi lebih kemas & berat dengan rentak death-thrash.

Slayer & Metallica menjadi inspirasi kepada penciptaan lagu ini.

Nota: Video di atas adalah lagu Bayangan Kehidupan yang dipersembahkan secara 'live' semasa Dredging The Sludge Tour 2010 (Johor Bharu).

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...