2015-11-28

VINYL PASSION PRESENTS: A COLLECTION OF MALAYSIAN UNDERGROUND MUSIC (VOL.1)


VINYL PASSION adalah satu komuniti (group) Malaysia berasaskan laman sosial Facebook terdiri dari peminat dan pengumpul rilisan berformatkan piringhitam (vinyl). Hasil diskusi dan persepakatan mereka dalam grup ini, VINYL PASSION pada 23 November 2015 telah merilis sebuah kompilasi khusus buat band metal/bawahtanah tempatan dan ianya dinamakan "A COLLECTION OF MALAYSIAN UNDERGROUND MUSIC (VOL.1)". Kandungannya adalah sebagaimana berikut:

Side A
1. Central Disposal - Thrash or be Thrashed
2. Dissectomy - An Ancient Treachery
3. Farasu - Blame it All
4. Gorb - Pleasant at First
5. Goresluts - Karma Pussy
6. Humiliation - Fastkill
7. Infernal Void - Scream

Side B
1. Insanhak - All for Revenge
2. Mind Vibes - Dark Politics
3. Necrotic Chaos - Cataclysmmical Enlightment
4. Nightwolf - Be Ready to Roll
5. Putrefied Remains - Abandoned in a Grave
6. Spermblast - Gore troopers/Cock grinder
7. Vociferation Eternity - Vociferation Eternity


Kompilasi berformat 12" vinyl LP ini dikeluarkan hanya 300 salinan dan akan tiada ulang-cetak! Ia diedarkan pada harga RM90 (tidak termasuk kos pengeposan) dan hanya boleh diperolehi melalui thread VINYL PASSION: facebook.com/groups/185712021613408

2015-11-26

PEDAL TO THE METAL ZINE - ISU #1 (DISEMBER 2015)


Menampilkan 4 repot kayuhan ke Soundmaker (Pulau Pinang), Hard and Heavy Metal shop (Alor Setar), Stopzone Hall (Johor Bahru) dan NWT Tag Shop (Hatyai). Wawancara bersama Anita Yusof dan Nizang DUM DUM TAK, Tips ke Koh Lipe, Satun, Ulasan album, ilustrasi dari Nayyir (vokal HIDING FEAR), Biografi ABBATH, artikel mengenai muzik Ambient dan banyak lagi. Semuanya dimuatkan padat (font saiz 8) dalam 50 mukasurat dan kulit cetakan berwarna. Dapatkan media rasmi Pedal to the Metal ini dengan harga RM10 (termasuk pos Semenanjung Malaysia), RM12 (Borneo). Ditulis dalam Bahasa Melayu.

WhatsApp: 019-2281979

INFORMASI:

2015-11-21

28/11/2015 - SARAWAK BLACK DEATH FEST

TARIKH: 28 NOVEMBER 2015 | LOKASI: APOLLO KTV, SIBU | MASA: 1PTG | TIKET: RM20 [PRESALE RM15] | BAND: TULAH / DEADLY EPIDEMIC / ERECTUS / KAFAN OV AZAZIL / DIRE CROWN / NERAIZZ / UNHOLY SIN / KEBES | ANJURAN: MUKAH METAL LEGIONS




INFORMASI:
014-6938034 (DELL ZAINI)

28/11/2015 - THE SPIRIT OF MALAYSIAN REBELLING TROOPS 2015

TARIKH: 28 NOVEMBER 2015 | LOKASI: DUSUN LAZIM JANDA BAIK | MASA: 12TGH | TIKET: RM35 | BAND: SPIDERWAR / VOICETEROUS OI! / JUGRA / EXORCIST / FILOFORCE / OBNOXIOUS / OI! COMPLOTS! / B.I.C / BALD SYNDICATE / BOOT AXE / ELGRANADE / DAN LAIN-LAIN.


NOTA: Tiket RM35 termasuk sarapan, makan tengahari, BBQ, tapak perkhemahan dan live band | Tiket Pra-Jualan RM30 | Hubungi: 016-2584405

INFORMASI:

2015-11-20

INHUMAN - TELAH TERBIT: AWAKENED AT WORLD'S END


Sepertimana dihebahkan sebelum ini, INHUMAN akhirnya melunaskan janji mereka mengeluar rilisan pertama mereka (selepas 2 dekad band ini ditubuhkan). Ia sebuah EP 4-lagu dalam format pro CD-R dirilis sendiri oleh pihak band pada 19 November 2015. Helaian lirik turut disertakan untuk pendengar memahami lebih jelas setiap mesej yang mahu INHUMAN sampaikan.

Senarai-Lagu:
1. Breathing Fire
2. Show No Remorse
3. Awakening
4. At World's End


Segera dapatkan EP ini kiranya anda mahu nikmati citarasa sebenar old-school Death/Thrash buatan band yang lahir di tahun 90-an! Harga tidak termasuk kos pengeposan: RM25 (Semenanjung) / RM30 (Borneo). WhatsApp: Fen Malique - 017-7964810 / Ishan Yusoff - 016-9413762 / Hazry Plet - 012-7227512. Cari juga nama-nama tersebut di laman sosial Facebook. Hail!

INFORMASI:
facebook.com/pages/InHuman/1041762769172824
reverbnation.com/inhuman7

BERKAITAN:
INHUMAN - MAHU RILIS "AWAKENED AT WORLD'S END" EP

2015-11-12

AFTERLIFE PRODUCTIONS - cfb-020: NECROFIST “Demo 1” 7"


Afterlife Productions is proud to unearth one of Malaysia’s best kept secrets...

NECROFIST “Demo 1” seven inches (cfb-020)

Afterlife Productions collaborates with Nocturnal Belial (band founder) to re-unleash and re-glorify one of the most sought demos ever in the Malaysian underground Metal scene, his old band: NECROFIST “Demo 1”. The one and only release by them. A band that broke up too soon and later changed their moniker to NEBIRAS (that became a notorious Black Metal acts)! The demo 7 vinyl format is out now for real! First time on vinyl! Originally released 24 years ago in 1991, this demo represented what old Malaysian Death Metal demo all about, crude sounds, straight forward riffs and raw edges. Recorded at Amerah Studio with a limited studio equipment. Hear these 2 lengthy tracks on this demo and get a clear picture! NECROFIST introduced their theme “Grinding Death Metal” (outtakes from Horror films) during their short life period which was completely a new phenomenon at that time to local scene. This style was immensely copied by other local acts since then. Cover sleeve features various classic NECROFIST photos (most of them are unseen until now) and gig flyers of shows they performed. Brief history about NECROFIST and stories of the late great Yong Altazor written by Nocturnal Belial himself who once used to edit one of the most important zines for the growth of local underground scene from the late 80’s to mid 90’s here (the most fertile period) called Vortex From The East Fanzine! This 7” featured the original band logo that was not featured anywhere before. Cover printed in luxurious gold pantone inks!

This release is dedicated to Yong Altazor (NECROFIST/NEBIRAS founder) who died in a tragic accident in 1993.




Price:
RM 35 (Retail RM30 + registered postage RM5)
7$ USD (Retail without airmail postage)

RM is strictly for Malaysian resident. Buy 2 copies get free poslaju postage!
Maybank account:  1143 - 7401 - 5840 (Wan)

Overseas customers please order here:

Registered airmail shipping added at our bigcartel/webshop.

Strictly NO trades accepted.
Distributors please contact us for wholesale! Email to: afterlifeprod@yahoo.com

WhatsApp: +19497500625

INFORMATION:

2015-11-02

22/11/2015 - BURN IN FLAMES 4

TARIKH: 22 NOVEMBER 2015 | LOKASI: KL VENUE | MASA: 2PTG | TIKET: RM40 | BAND: UNVEILED / BRAIN SUCK (Indonesia) / HUMULIATION / ORION / SMALLPOX AROMA (Thailand) / EXOTHERMIX / WYNKEN DELIRIUM / ERECTILE / ANTABOGA / INFERNAL VOID / CHELATION INTOXICATION | ANJURAN: INDONESIAN METALHEAD KUALA LUMPUR


INFORMASI:
facebook.com/BurnInFlameEvent
facebook.com/imklbrutalsquad
facebook.com/groups/211018239003922

21/11/2015 - BRAIN SUCK: DETERMINASI TINGGI SOUTH EAST ASIA TOUR 2015

TARIKH: 21 NOVEMBER 2015 | LOKASI: EMBRACE HALL, JOHOR BAHRU | MASA: 4PTG | TIKET: RM30 | BAND: BRAIN SUCK (Indonesia) / UNVEILED / WYNKEN DELIRIUM / SMALLPOX AROMA (Thailand) / CHELATION INTOXICATION / DETH MODE | ANJURAN: JOHOR BAHRU DEATH METAL


INFORMASI:
facebook.com/JOHORBAHRUDEATHMETAL

FILOFORCE - "REMEMBER" DEMO 2015


FILOFORCE adalah salah-satu pendatang baru dalam arena muzik berat domestik. Mereka ditubuhkan pada awal tahun 2015 ini dianggotai 3 pemuzik muda iaitu Fifi (gitar/vokal), Mat Rejab (dram) dan Azmer (bass). Beberapa bulan selepas ditubuhkan, FILOFORCE pada 20 Oktober 2015 telah melancarkan penerbitan demo pertama mereka berjudul "Remember" mempertaruhkan 3 buah lagu, seperti berikut:

1. War
2. Remember
3. Fire (Reality of Satan)

“Genre kami Death Thrash Metal.. band kami banyak terpengaruh dari MERCILESS dan band-band old-school Death Metal”, kata Fifi memperjelaskan aliran muzik serta apa yang dihidangkan melalui demo mereka. Tambah beliau lagi: “Demo ini DIY sahaja dan hasil sepenuhnya dari FILOFORCE. Rakaman telah dijalankan di Metalorg Studio dan Sound X Studio di mana saya sendiri selaku sound engineer sepanjang proses rakaman ini”.


FILOFORCE "Remember" Demo 2015 diedarkan pada harga cuma RM10 dan boleh diperolehi dari pihak band serta di Sound X Studio (Jalan Reko, Kajang). Sila hantarkan private message ke facebook pihak-pihak berkenaan untuk urusan pembelian ataupun maklumat lain. “Setakat ini kami berpuashati kerana semua hasil dari kami sendiri. Saya mengharapkan para penggemar muzik metal semua boleh terima FILOFORCE kerana kami masih baru”, ujar Fifi mengakhiri perbualan.

INFORMASI:
facebook.com/filoforce
facebook.com/soundxstudio

14/11/2015 - KAJANG GATHERING 2015

TARIKH: 14 NOVEMBER 2015 | LOKASI: SOUND X STUDIO, JALAN REKO, KAJANG | MASA: 5PTG | TIKET: RM15 | BAND: ROSEWOOD / 66ROADS / ANTACID / THE PAPAS / STREET SOLDIER / THE FREEDOM / W.A.R / FADED FACE / MINORITY / THE ASYURIANZ / DEEP SPEED / SARJAN N THE SUPERSONICA | ANJURAN: TAXI STAND CREW


INFORMASI:
018-2161699 (FUZZ)

WARMASTER PRODUCTIONS: KALABANGANZ - Xumandakapolypse Black 'n' Roll


November ini dijangka menyaksi kehadiran semula KALABANGANZ diiringi pengeluaran album penuh kedua berjudul "Xumandakapolypse Black 'n' Roll". KALABANGANZ adalah penjana muzik keras Metal Punk / Black & Roll dari Kota Kinabalu, Sabah yang mana ahlinya terdiri daripada penyatuan pemuzik-pemuzik berpengalaman antaranya Mantak, Foetal Carnage, Deathevoker, Sir You Die dan Tenomizer. "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" dijadualkan rilis melalui sebuah label setempat WARMASTER PRODUCTIONS bakal meneruskan impak yang telah KALABANGANZ terjemahkan melalui album pertama "Beer Sex & Black 'n' Rollust" keluaran Blackwinds Productions (Singapura) pada Julai 2012 dahulu.


Menerusi album kedua ini, KALABANGANZ turut memuatkan dua lagu saduran masing-masing dari Ramones dan Misfits di mana sedikit-sebanyak memberi gambaran awal aliran muzik dan isi kandungan album tersebut. "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" secara keseluruhan menghidangkan 11 buah lagu seperti disenaraikan di bawah:

01. Nekroeidz Ironfistri
02. Metalpunkblasphm666r
03. Bastardose
04. Poison Lihingz
05. The Bluesakration Shredfukk
06. Tapai Diabolique
07. The Dogs Eat The Striper
08. Methopsyko 666
09. The Psykodelikz Kalabanganz
10. Somebody Put Something In My Drinks (Ramones cover)
11. Dig Up Her Bones (Misfits cover)


Menurut WARMASTER PRODUCTIONS, album "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" ini akan berada di pasaran bila-bila masa sahaja sekitar November 2015 dan setiap pemilikan CD ini akan turut menerima sekeping poster KALABANGANZ. Tarikh rasmi pengeluaran akan diumumkan sedikit masa sahaja lagi. Hubungi warmasterprods@gmail.com atau kalabanganz@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut ataupun tempahan.

INFORMASI:
facebook.com/WarmasteR-Productions-867881753279822
facebook.com/Kalabanganz
kalabanganz.blogspot.com

2015-11-01

04/11/2015 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #12

TARIKH: 4 NOVEMBER 2015 | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 8MLM | TIKET: RM10 | BAND: VAPAHTAJA (Finland) / ACID DISTORTION / FLUSH | ANJURAN: BP DRUNKARD


INFORMASI:
facebook.com/thewallbp

DIABOLICURST PRODUCTIONS - DP03: THORNS OF HATE "Heretical Dawn of Apocalypse" TAPE


Telahpun terbit dan mula dipasarkan! Keluaran terbaharu dari DIABOLICURST PRODUCTIONS, berupa Pro-Tape "Heretical Dawn of Apocalypse" EP dari pembawa bencana Black/Death Metal Sungai Petani, Kedah iaitu THORNS OF HATE. Kaset EP ini pada asalnya adalah dalam format piringhitam 7" keluaran sebuah label di Malmö, Sweden iaitu BLOOD HARVEST pada 14 Jun 2011. Senarai lagu adalah seperti berikut:

Side A - Side Abominable
1. Intromancy - 1:48
2. Doom Annihilation - 4:33

Side B - Side Desolate
3. Angel of Abomination and Desolation - 3:11
4. Outromancy - 0:41


Versi Pro-Tape keluaran DIABOLICURST PRODUCTIONS rilis secara rasmi pada 30 Oktober 2015 [Kat#: DP03] diedarkan pada harga hanya RM15. Bagi pesanan pos, sila tambahkan kos poslaju RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah/Sarawak). Hubungi Ruyzal (facebook.com/ruyzal.romli) atau terus di laman facebook label ini untuk urusan pertanyaan dan pembelian.

INFORMASI:
facebook.com/Diabolicurst-Production-555404547907652
facebook.com/thornsofhate
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...