2013-11-11

TRIVIA: FARASU - KERIS SONGSANG


Trivia Lagu Farasu: Keris Songsang

Sebuah hasil karya sepenuhnya Fidaiyyin dengan beberapa susunan riff ditambah oleh bekas gitaris Farasu - Faizal Fauzi (2006-2007). Lirik juga adalah nukilan oleh Fidaiyyin.

Lagu ini telah dihasilkan pada tahun 2007 yang terilham daripada lagu Liquid Tension. Namun begitu tidak berlaku cedokan riff dan melodi. Segala yang terhasil untuk lagu ini adalah karya tersendiri lagi asli.

Rakaman awal lagu ini telah dibuat pada pertengahan 2007 secara 'track by track' di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Namun begitu projek tersebut tergendala ekoran seluruh anggota Farasu ketika itu meninggalkan band. Hanya Fidaiyyin kekal menunjangi Farasu.

Keris Songsang kemudiannya berjaya dirakam semula pada September 2009 untuk dimuatkan dalam album Menoangkah Arus. Hasil rakamannya cukup berbeza dengan kualiti, sound dan vokal yang lebih tersusun.

Keris Songsang melalui revolusinya apabila kembali dirakam semula pada September 2013 lalu dengan penampilan vokal yang lebih bertenaga daripada Shah Zaini dan dikuasai sound gitar yang lebih berat daripada Nahax & Yohand. Skala bass juga turut diprogresifkan oleh Apai!

Keris Songsang merupakan sebuah lagu yang menampilkan gaya riff 'rock & roll' bergabung dengan melodic + sound berat 'drop-tune D minor'.

Lagu ini berkisahkan kerakusan politik yang menguasai pemikiran segelintir politikus mendapatkan kuasa dengan seni politik yang kejam!

Nota: Klip muzik di atas adalah lagu Keris Songsang versi yang dipetik dari "Menongkah Arus" CD 2010.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...