2013-09-20

AJAL - LIVE AT 'THE MORTAL GATHERING'


Beberapa ketika agak kurang terdengar berita tentang AJAL. Bercorakkan Raw Eastern Black Metal, mereka sedikit menyepi sejak kebelakangan ini. Keresahan terhadap diamnya AJAL akhirnya terjawab bilamana mereka tampil dengan rilisan terbaru sebuah rakaman langsung bergelar Live at 'The Mortal Gathering'. Ia sebenarnya adalah suntingan audio dari persembahan AJAL semasa acara Heart2Hard Chapter 4 'The Mortal Gathering' bertarikh 29 September 2012 di Heartshaped Studio, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Hasil dari suntingan, sebanyak 3 buah lagu dimuatkan dalam rilisan ini, iaitu:

01. Suara Dari Kubur
02. Messiah Palsu
03. Sujaul Aqra

Menariknya, CDR ini akan hanya terhad kepada 15 salinan sahaja dan ia bukan untuk dijual tetapi diedarkan secara PERCUMA! Menurut Rohja'at selaku vokalis AJAL: "Ini adalah sekadar sebuah koleksi rakaman live! Sound yang tampil agak barai! Rilisan ini adalah untuk diberi kepada kawan-kawan yang terus menyokong AJAL selama ini! Paling penting, rilisan ini adalah pemanas badan kepada material dan rilisan terbaru AJAL yang sedang kami usahakan sekarang! Di samping itu kami juga mahu memperkenalkan logo baru AJAL yang akan diguna secara rasmi bermula rilisan ini". 

MAKLUMAT LANJUT:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...