2014-04-10

RAKAN MEDIA: BAWAHTANAH


BAWAHTANAH - MALAYSIAN METAL BLOGZINE dikendalikan oleh Awie atau nama penanya Wira Irama. BAWAHTANAH ini sebuah lagi blog yang mana pengisiannya dedikasi kepada scene muzik metal tempatan (Malaysia). Ia mula beroperasi pada 12 Januari 2013 apabila Wira Irama menulis sebuah nota Bermulanya BawahTanah Blogzine!:

Suatu ketika dahulu aku sering mengimpikan untuk merealisasi satu fanzine bercetak (masa zaman cut & paste serta fotostat lagi). Macam-macam nama fanzine ada dalam kepala aku, antaranya BERAT, BESIMATI, MANIFESTASI KELULI dan beberapa lagi lah yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat. Memang dari mula aku nak bikin fanzine yang sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bulan bertukar bulan, tahun berubah tahun, impian-impian itu semua tenggelam timbul, akhirnya pudar dan berkubur. Untuk yang tidak mengenali aku (tak mengapa kalau tak kenal pun sebab aku lebih suka dengan status low-profile aku ni), aku ni sebenarnya datang dari generasi era pertengahan 90-an. Masa tu scene kat Malaysia ni tengah bom dengan trend Eastern Black Metal yang asalnya dimulakan oleh Langsuir/Langsuyr dan As-Sahar kemudian keluar bermacam-macam kumpulan dengan tema muzik yang serupa/hampir serupa, contohnya Hayagriva, Purnamwulan, Tasyim, Zubirun, errr... byk lagi lah.. sedikit sahaja yang benar-benar memberi impak yang baik tetapi yang kebanyakannya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan agak merepek dan entah apa-apa... 

Media online sejak akhir-akhir ini banyak mempengaruhi perkembangan muzik / scene metal di seluruh dunia. Situasi ini turut menjalar dan tersebar di negara sendiri Malaysia. Fanzine fotokopi macam zaman dulu-dulu dah susah nak dicari. Aku sendiri agak terpikat dengan beberapa blog / webzine seperti Dissecting The Euphony, Random, Ekstrim, Faithcraft Productions dan The Bullet Belt Press. Lantaran itu, aku fikir tiada salahnya aku realisasikan impian aku yang dulu cuma ianya dalam bentuk online iaitu atas talian yang boleh diakses melalui internet. Susah juga nak memilih nama yang sesuai akhirnya aku mengambil jalan mudah, menamakannya sebagai BAWAHTANAH. Ia blog peribadi aku, sebuah Malaysian Metal Blogzine! Aku hanya mahu dikenali dengan nama Wira Irama dan aku boleh dihubungi melalui emel wirama75@gmail.com.

LAYARI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...