2013-11-15

ULASAN | VOLTAN - EP 2010


4 buah lagu bercorak Unholy Dark Metal, didatangkan dari Sarawak. Lagu pertama mereka "Hell Prevails" terus menjadi pilihan kegemaran saya. Ia bermula dengan kelajuan hentaman dram berserta asakan riff-riff gitar dan vokal melaungkan "hell command..6..6..6", kemudian berterusan dengan "violence! violence! violence!" melalui lagu kedua mereka "Violence Reputation" diikuti bunyian tiupan angin seumpamanya seolah-olah gempita tanpa penghujung di trek ketiga "Chaos Generator". Disusuli lagu terakhir "Blasphemous Mantra" melengkapi serangan hampir 30 minit ibarat mengakibatkan kemusnahan dunia secara total melalui muzikal ciptaan mereka. VOLTAN pada pandangan saya kedengaran seakan Hellhammer, Bathory… Saya juga lebih beruntung kerana pernah menyaksikan persembahan 'live' mereka yang mana sememangnya mereka menakjubkan! Aksi-aksi yang penuh dengan headbanging dan bertenaga! Muzik mereka jahat. Vokal mengingatkan saya kepada mendiang Quorthon dan kepada pemain dram mereka yang masih muda, saya berikan 9/10 di atas showmanship yang dahsyat! Secara keseluruhan, VOLTAN sebuah band yang hebat, berkuasa penuh dan mereka boleh pergi lebih jauh jika diberi peluang. Apa lagi mahu ditunggu, segera dapatkan EP 2010 ini!!

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...