2013-11-11

TRIVIA: FARASU - TANGISAN MALAM


Trivia Lagu Farasu: Tangisan Malam.

Lagu ini merupakan ciptaan bersama Fidaiyyin & Nahax yang dihasilkan pada sekitar pertengahan tahun 2003 lalu. Lirik sepenuhnya ditulis oleh Fidaiyyin.

Tajuk asal lagu ini adalah 'Midnight Evil Spirit' dan kemudiannya dialih dalam bahasa Melayu menjadi Tangisan Malam.

Lagu ini merupakan hasil karya Farasu yang paling kerap dirakam. Kali pertama ia dirakam secara 'track by track' di Atoi Studio, Seremban pada tahun 2005 tetapi hasil rakaman tersebut tidak begitu memuaskan kerana ketidakseimbangan 'sound' dan trek.

Kemudian pada tahun 2006, ia sekali lagi dirakam secara langsung (live) di Kajang untuk dimuatkan dalam MCD "Blackmoon Eclipse". 

Selepas kemasukan semula anggota asal Farasu (Nahax & Bul) pada tahun 2007-2008, Midnight Evil Spirit sekali lagi melalui proses rakaman yang lebih baik. Antara bulan Julai-September 2009, Farasu telah melalui proses rakaman untuk album "Menongkah Arus"...

Rakaman tahun 2009 itu telah menampilkan perubahan dari segi sound dan susunan riff dalam lagu ini. Ketika ini jugalah tajuk dan liriknya ditukar dalam bahasa Melayu menjadi Tangisan Malam dengan penampilan istimewa Aca Vermillion sebagai vokal. 

Sekali lagi ia kembali dirakam-semula dengan sound yang lebih berat, vokal yang penuh aura kejahatan dan ketajaman alunan lead guitar pada awal September 2013.

Maka genaplah usia 10 tahun lagu ini dan menjadi lagu asli Farasu yang kekal diikuti dan didengari oleh pengikut-pengikut muzik metal tanahair.

Midnight Evil Spirit @ Tangisan Malam merupakan sebuah karya yang menggabungkan elemen-elemen melodic & eastern Nusantara, thrash dan death metal yang disulami dengan lirik bertema mistik menghasilkan mood darkness, tidak ada cedokan atau peniruan riff daripada mana-mana melodi & riff band-band idola.

Namun begitu, album Children of Bodom "Something Wild" telah memberi inspirasi dan cetusan ilham kepada penghasilan lagu Tangisan Malam.

Nota: Klip muzik di atas adalah lagu Tangisan Malam versi yang dipetik dari "Menongkah Arus" CD 2010.

INFORMASI:

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...