2013-07-30

LYING KISSES - DEMO 2013

LYING KISSES adalah satu nama baru yang muncul dalam scene Metal tempatan, dan mereka berasal dari Rawang, Selangor. Terdahulu, band ini mengeluarkan sebuah demo berjudul "Lahirnya Kehancuran" pada 2009 tetapi pada masa itu mereka masih menggunakan nama lama iaitu AKSANITAKWIN. Mereka yang kini terdiri daripada Fathi (vokal), Qayyum (gitar), Atan Rocktone (gitar), Acai (bass) dan Mantap Rocky (dram) sepakat untuk menukar nama kepada LYING KISSES pada sekitar 2010.

LYING KISSES secara muzikal mahu dikenali sebagai band yang menggalas Progressive Death Metal, dengan pengaruh dari band-band seperti Children Of Bodom, In Flames, Black Dahlia Murder, Lamb Of God, Trivium, Killswitch Engage, Arch Enemy, Dimmu Borgir, Rotting Christ, Therion, Cromok, Sil-Khannaz, Langsuyr, Betrayer, As-Sahar, Cradle Of Filth, Athotorgh, Aradia, Rator, Blackfire, Herriot dan seumpamanya. 

LYING KISSES akhirnya dengan semangat nama baru ini telah mengeluarkan Demo 2013, menghidangkan 4 buah lagu Death Metal progresif dengan elemen-elemen riffing gaya Metal Amerika! Demo CD ini mula diedarkan pada harga RM10 (tambah RM5 untuk kos penghantaran) sahaja. Senarai lagu yang terkandung adalah sebagaimana berikut:

01. Devilroses - 4:21
02. Ending Ov Empire - 4:01
03. Lying Kisses - 3:33
04. Tragic Humanity - 4:56

Hubungi:
www.facebook.com/fathi.ismail.9
www.facebook.com/pages/Lying-kisses/145437182169699

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...