Perpetual, sebuah band lama bertapak di Sabah, ditubuhkan pada 1995 di Sandakan dilaporkan telah selesai menjalani proses rakaman untuk pengeluaran album sulung mereka. Dimaklumkan ianya pada ketika ini di peringkat mastering. Bagi anggota Perpetual sendiri, mereka amat teruja menanti kelahiran album penuh pertama mereka selepas 18 tahun mencurahkan keringat memperjuangkan muzik Grindcore. Album CD Perpetual ini akan diriliskan pada September 2013 melalui The Noise Production. Sementara menanti kemunculan album tersebut, pihak Perpetual telah memperdengarkan salah sebuah lagu dari album tersebut. 'The Downfall Of Human Kind' ditujukan khas kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menyokong muzik dan semangat Perpetual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan