2013-11-11

PSYCHOTIC ART ZINE - DALAM PROSES PEMBUKUAN


PSYCHOTIC ART ZINE yang pernah memeriahkan scene zine underground tanahair sekitar 1997 - 2001 adalah hasilkerja saudara Amir Fadli dari band Noise Grind PSYCHOTIC SUFFERANCE. Dilaporkan hasil seni psiko beliau dari isu-isu keluaran beliau terdahulu bakal dibukukan dan diriliskan sedikit masa sahaja lagi. Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari laman zine tersebut:

Psychotic Art Zine akan dibukukan dalam tempoh terdekat ni. Cuma beri saya sedikit masa untuk saya mencari semula, menyusun, memilih dan juga merencanakan beberapa perkara mengenai rancangan membukukan zine ini.

Secara jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk membukukan semua artworks dalam fanzine yang pernah saya terbitkan pada bermula dari akhir tahun 1997 hingga 2001. Ini semuanya adalah idea Wan Scuba aka Irwan Abdul Halim yang masih lagi sibuk menghasilkan Schizophernic Zine. Yeah ada logiknya kata-katanya tempohari, "daripada dok berabuk kat dalam almari tu baik kau publish-kan saja dalam bentuk buku Mir. Lagi pun kita boleh hidupkan semula scene zine ni".

Untuk mengetahui perkembangan semasa proses pembukuan PSYCHOTIC ART ZINE ini, sila layari: http://psychoticartzine.blogspot.com/

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...