2013-10-04

NEFTARAKA - LAGU BARU: LUSKT

Belumpun reda dengan kehangatan rilisan-rilisan seperti "Macabre : The Demo", "The Blissful Deliverance" EP 2013 dan "Unlight" 7" EP, NEFTARAKA terus menghasilkan karya-karya terbaharu menandakan institusi band ini terus teguh dan progresi-nya seakan tidak pernah terhenti. Tanpa amaran, band aliran Black Metal yang berpengkalan di Ipoh ini tampil dengan prebiu sebuah lagu baru diberi judul 'Luskt'. Mari kita dengar bagaimana hitamnya pertaruhan ini:


Ekoran pradengar 'Luskt' ini, EKSTRIM telah berkesempatan menghubungi Xxxull selaku teraju utama Neftaraka dan beliau sedikit-sebanyak memperjelaskan definasi 'Luskt' serta situasi Neftaraka dengan agenda-agenda mutakhir mereka!

'Luskt' – satu perkataan yang kedengaran agak unik! Apa pengertian di sebalik judul dan lirik lagu ini?
Luskt tidak mempunyai apa-apa maksud. Ianya lebih kepada ekspresi kami semasa proses recording lagu tersebut di mana ianya terhasil dalam keadaan atau situasi yang agak agresif akibat keadaan sekeliling.

Black Metal bawaan Neftaraka dilihat kian menyerlah kehitamannya! Apakah inspirasi kepada evolusi muzikal Neftaraka hari ini secara menyeluruh?
Kami bereksperimen dengan track ini tanpa merubah konsep asal kami. Ianya masih dengan acuan muzik kami cuma cara pembawakannya agak berbeza dengan track-track sebelum ini.

Dalam 'Luskt' itu sendiri, bagaimana definasi khusus yang harus diberi kepada garapan muzikalnya?
Masih dengan konsep muzik kami yang sama.. cuma ianya agak agresif dari material-material kami sebelum ini.

"Unlight" 7" EP akhirnya dikeluarkan setelah agak lama tertunda. Berikan komen Neftaraka?
Akhirnya rilisan pertama kami dalam 7" EP. Bertahun juga kami menunggu rilisan yang sangat bermakna dalam karier kami selama ini. Masih menunggu ianya selamat sampai di sini.

Apakah petanda kepada 'Luskt': Mungkinkah ada rilisan-rilisan terbaharu yang kini dalam perancangan?
Luskt adalah unreleased track dari kami, dan ianya akan digunakan dalam beberapa release kami yang akan datang. Buat masa ini kami sedang berkerja untuk album penuh ketiga kelak.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...