2013-09-30

09/02/2014 - EXTREME NOISE TERROR LIVE IN MALAYSIA

TARIKH: 9 FEBRUARI 2014 | TEMPAT: CITY PLAZA SPORTS BAR AND CAFE, JOHOR BAHRU | MASA: 3:00 PTG | TIKET: RM50.00 | BAND: EXTREME NOISE TERROR / DESECRATION / APPÄRATUS / DAMOKIS / KUKUBESI | ANJURAN: APOCALYPSE NOW PRODUCTION


FEATURING THE LEGENDARY GRIND,CRUST,PUNK BAND EXTREME NOISE TERROR FIRST AND ONLY SHOW IN MALAYSIA TOGETHER WITH DEATHMETAL BASTARDS FROM WALES DESECRATION. SUPPORTING THEM WILL BE JOHORE'S OWN GRINDERS DAMOKIS, APPÄRATUS AND KUKUBESI!!

TICKETS WILL BE ON SALE @RM 50.00 AT THE DOOR ONLY!! NO ONE IS APPOINTED TO BE SELLING TICKETS ON GRINDER'S BALL BEHALF!! TIKET HANYA DIJUAL DI PINTU HARI SHOW SAHAJA!! TIADA SESIAPA DILANTIK UNTUK MEWAKILI GRINDER'S BALL DALAM PERJUALAN TIKET SEBELUM SHOW!!

INFORMASI:

NEKRAD - TELAH TERBIT: "NEKRADVAGANZA" CD 2013


Sebagaimana dihebahkan sebelum ini, band berkonsepkan Extreme Gothic Metal NEKRAD dari Ipoh, Perak NEKRAD akhirnya melancarkan pengeluaran album penuh pertama mereka berjudul "Nekradvaganza". Pelancaran secara rasmi dilaksana pada 28 September 2013 bersempena persembahan mereka di GEGARAN MINDA PART II, Rainhouse Studio, Ipoh.


"Nekradvaganza" menawarkan 11 buah lagu penuh dengan fantasi kelam yang akan membawa anda ke sisi lain dunia ini. Ini adalah rilisan yang patut anda miliki sekiranya anda peminat band-band seperti Dimmu Borgir, ChthoniC dan Cradle Of Filth. 11 buah lagu yang terkandung dalam Pro-CD keluaran NEKRADEMUS ini adalah seperti berikut:

01. When Master And Crow Arises
02. Old Lucifer Had A Farm
03. One Little Two Little Devil
04. Raging War And Despair
05. Twinkle Twinkle Little Scar
06. Itchy Bitchy Demon
07. Baba Black Goat
08. The Gothic Freak!
09. The Scarlet Umbrella
10. Absolute Gaban (bonus)
11. Tranquillity Beyond Disharmony (bonus)

HARGA:
RM20 melalui edaran tangan
RM28 melalui pesanan pos
Label - sila tanyakan harga pukal


INFORMASI Oleh Necro X Studio 

BERITA TERDAHULU/BERKAITAN:

2013-09-28

SPERMATTACK / VAGINA DENTATA - SLUT ALWAYS SLUT 2-WAY SPLIT CD


Telah terbit! Spermattack / Vagina Dentata - "Slut Always Slut" 2-Way Split CD. Rilisan ini adalah kolaborasi dua band; Spermattack dari Sabah (Malaysia) dan Vagina Dentata dari Jakarta Selatan (Indonesia). "Slut Always Slut" adalah untuk pendengar yang benar-benar ekstrim dan matang sahaja! Terdapat 9 trek kesemuanya dalam CD ini dan pengeluarannya terhad kepada 50 salinan sahaja. Dapatkan segera dengan bayaran cuma RM5 atau pertukaran (trade).

Amaran: Ini adalah Pornogrind!

Hubungi Monsopiad Collective Movement / Headhunter Records & Distro:

2013-09-27

KATHGOR & LOBOTOMY - BANISH THE POSERS FEST 2013


Dua buah band tempatan, KATHGOR dan LOBOTOMY dijadualkan melebarkan sayap terbang ke Dhaka, Bangladesh untuk beraksi berkongsi pentas di BANISH THE POSERS FEST 2013 pada 16 November nanti. Konsert Metal yang dianjurkan oleh PRIMITIVE INVOCATION akan turut disertai SAVAGE DEITY (Thailand) dan PURGATION (India) serta dominasi 4 band dari negara Bangladesh sendiri iaitu; ORATOR, NAFARMAAN, WARHOUND san MORBIDITY. Acara ini bakal berlangsung di Russian Cultural Centre, Dhanmondi, Dhaka. Tahniah diucapkan kepada KATHGOR dan LOBOTOMY. Semoga dapat memberikan persembahan terbaik demi martabat Metal Malaysia!

2013-09-26

MALAPETAKA - 2013 DEMO


MALAPETAKA dari Kuala Lumpur yang mahu dikenali dengan genera Nusantara Death Thrash Metal melancarkan pengedaran cetakan kedua Demo CD mereka "2013 Demo" di mana kali ini ianya disediakan dalam format digipak. Turut disertakan helaian lirik dan diberi sticker percuma! 5 lagu yang dimuatkan dalam "2013 Demo" ini adalah seperti senarai berikut:

1. Purity in Calamity
2. Malapetaka
3. Man Made Prophecy
4. Death Desensitized
5. Kejahilan Minda

MALAPETAKA ditunjangi oleh Boon (vokal), Ashok (gitar), Alias (bass) dan Naji (dram). Death/Thrash Metal galasan band ini dikatakan berada di bawah pengaruh Slayer, Metallica, Kreator, Terrorizer, Napalm Death, Death, Cannibal Corpse dan juga Cromok. 

"2013 Demo" mula dijual pada harga RM15 (tambah RM5 untuk kos penghantaran). Wakil penjual yang berminat untuk turut sama mengedar rilisan ini akan ditawarkan diskaun / harga pukal istimewa. Hubungi emel: malapetaka.kl@gmail.com atau talian: 016-6784722 (Ashok).

INFORMASI

MTD PRODUCTION - MTD PROD 19: GODCIDER "6 YEARS IN UNHOLY WAR"


Sebagaimana dilaporkan terdahulu, MTD PRODUCTION secara rasmi mengeluarkan produk terbaharu mereka GODCIDER "6 Years In Unholy War". Ini adalah rilisan dari one-man band berasal Russia dengan muzikal berkonsepkan NSBM. Keseluruhannya mengandungi 10 buah lagu, termasuklah 2 daripadanya versi live sebagai bonus! Dicetak hanya 66 unit dan beredar pada harga RM18. Sila hubungi mtd_prod666@yahoo.com / 017-3204301 (Yunus Azinzan) / www.facebook.com/MTDProduction. Informasi rilisan ini ada di paparan berikut:

LAPORAN TERDAHULU:

DEATHEVOKER - LAGU BARU: THIRST OF THE GUILLOTINE


Death Metal old-fashioned dari Kota Kinabalu, Sabah DEATHEVOKER dilaporkan dalam persiapan untuk projek rilisan terbaharu mereka. Walaubagaimanapun sebagaimana difaham oleh pihak band berkenaan, belum ada yang cukup pasti tentang apakah bentuk rilisan yang bakal dimaterialisasikan. Informasi akan dimaklumkan kelak apabila material sebenar dikeluarkan. Dalam pada proses penyediaan dilaksana, DEATHEVOKER tampil dengan pra-dengar sebuah lagu baru ciptaan mereka berjudul "Thirst of the Guillotine" di laluan: http://youtu.be/m--AHkV4M_M


Lagu "Thirst of the Guillotine" ini pada dasarnya masih dalam versi mentah (raw). Dari pengamatan EKSTRIM, lagu ini memiliki melodi dan struktur yang cukup baik, dengan olahan muzikal, tetapan bunyi dan penyampaian vokal yang menepati citarasa old-fashioned Death Metal. Perisa Swedish old-school Death Metal sebagaimana bawaan Dismember, Entombed dan Grave diadun menjadi inspirasi dalam komposisi "Thirst of the Guillotine". Anda pasti teruja menantikan karya-karya terbaharu DEATHEVOKER. 

DEADSHOT - THRASH NYENTUK KE PARAI (DEMO 2013)


Label underground EASTERN VOICE PRODUCTION yang bergiat cergas di Sarawak kini hadir lagi dengan produksi terbaharu mereka berupa sebuah Demo CD untuk band DEADSHOT berjudul "Thrash Nyentuk ke Parai" [No.Katalog: evpcd17 / Tarikh Rilis: 28 September 2013]

TRACKLIST:
01. Thrash Nyentuk ke Parai (Thrash 'till Death)
02. Demolition
03. Sick Boy (GBH cover)

DEADSHOT adalah band berasaskan muzikal Thrash Metal dari Kuching, Sarawak. "Thrash Nyentuk ke Parai" menghidangkan 3 buah lagu yang dirakam secar profesional dan pengeluarannya terhad sebanyak 150 salinan sahaja! Prebiu rilisan boleh didengari di laluan: http://youtu.be/Dbu-UWi5qLg


Kepada sesiapa di luar sana yang berminat untuk memiliki DEADSHOT "Thrash Nyentuk ke Parai", sila dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi eastern.voiceprod@gmail.com atau +60168765462 (Othman Yusof). 

INFORMASI:

Nota: Thrash Nyentuk ke Parai mean Thrash 'till Death! Hail Sarawak Thrash Metal Assault!!

KAMBING SAKTI - LIVE : SATAN'S APOCALYPSE


MTD PRODUCTION diberitakan merilis produk terbaharu mereka (MTD PROD 18) iaitu KAMBING SAKTI "Live : Satan's Apocalypse". Pro-CDR ini mengandungi 3 buah live track dan sebuah lagi lagu yang diambil dari Demo band tersebut. Kuantiti pengeluaran terhad kepada 44 salinan sahaja dan ianya dijual pada harga RM10. Senarai lagu adalah seperti berikut:

TRACKLIST:
01. Kambing Sakti
02. In The Name Ov Lucifer
03. Demoniacal Possession**
04. Rotten In Hell

KAMBING SAKTI adalah band Melodic Black Metal berasal dari Pending, Kuching, Sarawak. Ditubuhkan pada awal 2009, band ini dianggotai oleh Usop Black (vokal), Kenny Roman (gitar utama), Harzel (gitar kedua), Brian Miller (bass) dan DeDark Jeremy (dram). Rilisan mereka sebelum ini adalah "Rotten in Hell" Demo 2011 dan "Eastern Hell Fire" 4-way split bersama Keruntuk, Ajal dan Antaboga. Muzik KAMBING SAKTI dipengaruhi band-band seperti Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Dark Funeral dan Behexen.

Barangsiapa berminat untuk mendapatkan rilisan KAMBING SAKTI "Live : Satan's Apocalypse" ini, sila hubungi mtd_prod666@yahoo.com atau 017-3204301 (Yunus Azinzan).

INFORMASI:

2013-09-25

LOBOTOMY - SATANIC SPEED METAL RITUAL PATCH


LOBOTOMY mengeluarkan merchandise terbaharu berupa sublimation patch "Satanic Speed Metal Ritual. Kuantiti terhad kepada 100 unit sahaja dan ianya dijual pada harga RM15 (+RM5 pos) / USD5 (+USD3 for international post).

Sila Hubungi:

AFTERLIFE PRODUCTIONS - CFB016: PENTACLE "INTO THE DEPTHS OF MILL"


Attention Pentamaniacs! Afterlife Productions proudly presents PENTACLE's "Into the Depths of Mill" live tape. Quality soundboard recording from 13th March 1993 at De Wissel, Mill, The Netherlands. 9 tracks of nearly an hour ultra heavy madness worship! One of the first early live shows recorded properly by the band ever! Including covers from Celtic Frost's 'The Usurper' and Hellhammer's 'The Reaper'. Sleeve design includes liner notes about the gig by Wannes Gubbels, live photos and an old review from Mortician Mag.

Limited 300 copies professional tape, hand-numbered for Pentacle maniacs! Dedicated sleeve design layered with luxurious Gold pantone ink! A must have for HEAVY fans!!!

Price: 9$ USD (Registered airmail shipping included)

Do What Thou Wilt Against Commercialism.

26/09/2013 - HELL OF FAME


Moshigraph in collaboration with xhambarx presents: HELL OF FAME. Southeast Asia Tour: ARCHAGATHUS (Canada) and VIOLENT GORGE (Canada). Local/Supporting Acts: ALCHEMY OF SICKNESS, INFLICT and GRIND THE SAW. Date: 26 September 2013. Venue: Embrace Hall, Johor Bahru. Time: 9pm. Ticket: RM10. Info: 01127346383 / 0177844790

2013-09-20

AJAL - LIVE AT 'THE MORTAL GATHERING'


Beberapa ketika agak kurang terdengar berita tentang AJAL. Bercorakkan Raw Eastern Black Metal, mereka sedikit menyepi sejak kebelakangan ini. Keresahan terhadap diamnya AJAL akhirnya terjawab bilamana mereka tampil dengan rilisan terbaru sebuah rakaman langsung bergelar Live at 'The Mortal Gathering'. Ia sebenarnya adalah suntingan audio dari persembahan AJAL semasa acara Heart2Hard Chapter 4 'The Mortal Gathering' bertarikh 29 September 2012 di Heartshaped Studio, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Hasil dari suntingan, sebanyak 3 buah lagu dimuatkan dalam rilisan ini, iaitu:

01. Suara Dari Kubur
02. Messiah Palsu
03. Sujaul Aqra

Menariknya, CDR ini akan hanya terhad kepada 15 salinan sahaja dan ia bukan untuk dijual tetapi diedarkan secara PERCUMA! Menurut Rohja'at selaku vokalis AJAL: "Ini adalah sekadar sebuah koleksi rakaman live! Sound yang tampil agak barai! Rilisan ini adalah untuk diberi kepada kawan-kawan yang terus menyokong AJAL selama ini! Paling penting, rilisan ini adalah pemanas badan kepada material dan rilisan terbaru AJAL yang sedang kami usahakan sekarang! Di samping itu kami juga mahu memperkenalkan logo baru AJAL yang akan diguna secara rasmi bermula rilisan ini". 

MAKLUMAT LANJUT:

METAL RECORDS - LOGO BARU, LAMAN SESAWANG & RADIO RASMI


METAL RECORDS yang merupakan divisi ataupun anak syarikat kepada MADRATTS PRODUCTION mengorak langkah lagi! Seiringan dengan misi dan visi mereka untuk bergerak dan bertindak lebih profesional dalam menaikkan darjat dan martabat muzik metal tempatan ke peringkat dunia, terutamanya di benua Eropah, METAL RECORDS telah membuat beberapa penambahbaikan; merangkumi penggunaan logo rasmi yang baharu, pengujudan laman sesawang (website) serta mengadakan kerjasama dengan radio online ROCKAMANIA sebagai rakan penyiaran.


LOGO RASMI METAL RECORDS
Sebagaimana imej tertera di atas, logo baru Metal Records ini mula digunapakai secara rasmi berkuatkuasa 15 September 2013 menggantikan logo (sementara) terdahulu. Logo yang tampak lebih sesuai dengan nama label itu sendiri serta slogan "Kiss The Steel, Feel The Metal" akan ditampilkan pada setiap produksi dan rilisan-rilisan mendatang dari Metal Records! 

LAMAN SESAWANG (WEBSITE)
Sekiranya sebelum ini Metal Records hanya bersandarkan kepada madrattstheboss.blogspot.com sebagai saluran informasi aktiviti dan produksi mereka, kini satu website rasmi yang lebih lengkap untuk mewakili eksistensi dan objektif Metal Records secara menyeluruh telahpun diujudkan dan mula berfungsi di URL metalrecords.webs.com. Layari laman tersebut yang turut meletakkan ruangan forum selain maklumat rilisan dan distribusi produksi. Komunikasi Metal Records adalah seperti berikut:



ROCKAMANIA RADIO RASMI
Bertarikh 19 September 2013, Metal Records telah melancarkan kerjasama bersama ROCKAMANIA sebagai Rakan Radio Rasmi mereka di mana dengan kolaborasi ini, radio online tersebut akan mengudarakan lagu-lagu dari produksi Metal Records. Rockamania FM adalah radio online Heavy Metal pertama di Malaysia beroperasi 24 jam tanpa henti menyiarkan pelbagai genera muzik metal. Untuk menjadi pendengar Rockamania FM, sila ke laman blogspot dan facebook berikut:


Menurut pemilik Metal Records, label ini memikul tanggungjawab yang besar untuk membawa beberapa band metal tempatan yang berbakat dan berkualiti ke peringkat lebih tinggi dengan pasaran di Eropah lanjutan kerjasama mereka bersama beberapa label dari sana seperti Defox Records, Heart Of Steel Records, Invicibel Records, Bubble Blood Records, Eur Records dan beberapa lagi. Selain NUCLEAR STRIKES, band-band seperti BLACKSEED, ORION dan TRIUMPH OV FIRE berada dalam radar Metal Records. 

LAYARI:

INFORMASI TERDAHULU/BERKAITAN:

FLYER: "A BLASTING OF MALAYSIAN DEATHxGRIND COMPANION" CD


"A Blasting of Malaysian DeathXGrind Companion" CD. Compilation of 21 brutal/death/grind/gore bands from Malaysia. RM25ppd/USD10ppd come together with A3 poster. Limited to 1000 copies. This compilation is a co release of Grundar Production and Angka Kematian Production for MYDG (Malaysia DeathxGrind). Contact Grundar Production to order yours now!


INFORMASI BERKAITAN:

BARBALANS - "BLOOD, HATE & WAR" DIRILISKAN!


Maharaja Black Metal Sabah BARBALANS akhirnya mengeluarkan album penuh pertama selepas 20 tahun mereka ditubuhkan. Berasal dari Sandakan, mereka sebelum ini hanya sekadar merilis beberapa buah demo, EP dan split. Berjudul "Blood, Hate & War", album ini memuatkan sebanyak 8 buah lagu (termasuk sebuah intro).

KATALOG: EDP020 | TERBIT: 19/09/2013 

TRACKLIST:
01. Intronomiconian
02. There is no god to be worship beside the devil
03. Your Pray
04. The Goatfather
05. Blood, Hate and War
06. Hell Is Here (Kill Your God)
07. Satanik
08. Sacrifice (Bathory cover)

Menurut EVIL DEAD PRODUCTIONS, label yang bertanggungjawab merilis dan mengedar album "Blood, Hate & War" ini, cetakan pertama adalah dalam format Jewel Case terhad kepada 100 salinan disertakan poster bersaiz A3. Format eksklusif DIGI-CD akan hanya mula dikeluarkan pada Oktober 2013 nanti.

HARGA: RM 35 / USD 16 shipping included
contact: evildeadproduction@yahoo.com 
MAYBANK ACC: 160072435523 (Mohd Firdaus)
PAYPAL: evildeadprod@gmail.com



EVIL DEAD PRODUCTION

BARBALANS

BLACKFIRE - SENGKETA DIBALIK AWAN PATCH


Just arrived!!! BLACKFIRE "Sengketa Dibalik Awan". Spitfire fighterplane / pilot’s jacket patch. Size: 3.7"x5". Limited banzai edition! Price: RM15 (poslaju delivery). Payment: Maybank 112223207413 (Raimi). Paypal: dethcrowned@yahoo.com. Tel: 016-4757931. Email: faithcraftproductions@yahoo.com. Contact Raimi Barbossa.

2013-09-18

CHELATION INTOXICATION - BAKAL RILIS: "DISMEMBERMENT (XVIII)" MCD


Selepas diketengahkan melalui kompilasi "A Blasting of Malaysian DeathXGrind Companion" CD, Chelation Intoxication akan muncul dengan kelahiran sebuah MCD. Mini album pertama mereka ini berjudul "Dismemberment XVIII" akan dikeluarkan tidak lama lagi melalui Grundar Production.

Chelation Intoxication adalah band yang menggalas Slamming Brutal Death Metal dari Jitra, Kedah. Muzikal mereka turut disuntik juga dengan elemen-elemen groovy/downbeat/gore di bawah pengaruh band-band seperti Katalepsy, Devourment, Kraanium, Vulvectomy dan seumpamanya.

"Dismemberment XVIII" bakal menyajikan 3 buah lagu baru serta sebuah lagi lagu bonus. Chelation Intoxication yang dianggotai oleh Fiq (gitar), Shah (bass), Ikram (dram) dan Rxth (vokal) menjanjikan siksaan terhadap pendengaran anda tanpa belas kasihan! 

Dengarkan prebiu salah-satu daripada lagu mereka Kemustahilan Dalam Kekejaman.


INFORMASI:

MORTUARY ANCESTOR - DOCTRINE OF HATRED PATCH

Bersempena dengan rilisan "Doctrine Of Hatred" EP [rujuk info] pada 2012 lalu, MORTUARY ANCESTOR ada juga mengeluarkan patch berkaitan. Dua format patch dikeluarkan untuk anda yang berminat mendapatkannya, sebagaimana di bawah:

MORTUARY ANCESTOR Patch
Limited Quantity
Price: RM8 Byhand

MORTUARY ANCESTOR Waterproof Patch
Limited Quantity
Price: RM15 Byhand

Sekiranya berminat, sila hubungi:

SUCCUBUS - DESCEND UNTO GEHENNA EP 2013


Susulan kepada sambutan dan kejayaan "Sadistic Rites of Evil" Demo 2012 yang dikeluarkan dalam pelbagai format; CD, Tape dan Vinyl, SUCCUBUS kini kembali merealisasikan material terbaharu mereka! Ianya sebuah EP bermuatan 5 buah lagu baru, berformatkan Pro-CD Digipak. Berjudul "Descend unto Gehenna", EP ini dikeluarkan oleh SLAUGHTERHOUSE RECORDS yang berpusat di Salt Lake City, Utah (USA).

Menurut Nafkhatul 'Incubus' Faza selaku vokalis band ini, setiap anggota kumpulan SUCCUBUS telah meletakkan usaha dan sepenuh tenaga dalam memastikan penghasilan yang bermutu dan menepati halatuju SUCCUBUS dari pelbagai aspek; komposisi muzikal, orientasi bunyi serta bahagian lirikal juga diberi penekanan. Malah pendekatan artwork yang digunapakai untuk hiasan kulit hadapan EP ini turut ditetapkan agar melengkapi misi dan visi SUCCUBUS secara menyeluruh. 


"Kami telah lakukan yang terbaik untuk Descend unto Gehenna. EP ini adalah gambaran evolusi muzik SUCCUBUS. Ianya melangkah lebih jauh ke hadapan berbanding demo Sadistic Rites of Evil. Kami bukan sahaja mahu memenuhi kehendak band kami sendiri serta memberi kepuasan maksima kepada pendengar tetapi kami juga mengusahakan keperluan mengangkat martabat Metal Malaysia pada tahap yang seharusnya, memiliki daya saing di mata dunia!", ungkap Nafkhatul Faza.

Berdasarkan promosi SLAUGHTERHOUSE RECORDS: "The darkest death thrash you'll ever hear, from the undisputed underground gods of the Malaysian scene, SUCCUBUS. Take anything early and raw from the likes of Kreator, Destruction and Sodom, and add a slight war metal sensibility, and you have the Succubus sound. Raw, primal, aggressive thrash from these wizards of war that is in your face and unrelenting. Get it now, or pretend you were there when this band is huge!"

"Descend unto Gehenna" adalah untuk penggemar dan penyokong irama old-school Death/Thrash metal. Jika anda meminati MERCILESS, EXMORTIS dan seumpamanya, usah berlengah untuk segera mendapatkan EP ini yang diedarkan pada harga RM20 (tambah RM6 untuk kos penghantaran) melalui Nafkhatul Faza (facebook) atau pembelian secara online di slaughterhouse.bigcartel.com. Bagi mempergiatkan lagi usaha promosi edaran EP ini, sebuah lagu Flame of 1,000 Years turut diperdengarkan: http://youtu.be/9z1LjRxAJMU


INFORMASI:

2013-09-17

FARASU - OFFICIAL LOGO T-SHIRT


Dapatkan T-shirt edisi khas FARASU official logo sekarang! Ready Stock! Gildan Premium Cotton + silver dust plastisol ink. Saiz XS - 2XL (asian size).

Price:
By Hand RM30 (Self Collect at Magenta Screen Merchandising or at gigs)
Postage Semenanjung +RM5
Postage Sabah/Sarawak +RM10
Gildan Ultra Cotton +RM10

Sila bank-in pembayaran Maybank 114012100530 - Mohd Shah bin Mohammad Zaini.

Sila sertakan bukti pembayaran beserta Nama, Alamat, No tel., bilangan & saiz (PM - Nahak ov Farasu

INFORMASI:

BLACKSEED - PRO-TAPE CASSETTE EP 2013


EKSTRIM sebelum ini telah menghebahkan berita berkaitan pengeluaran Demo CD "Let The Thrashing Begins!!" dari band Thrash Sg.Udang, Melaka BLACKSEED melalui produksi TROOPER ART REGIME DISTRO. Terkini, material yang sama dikeluarkan kembali dalam format pro-tape melalui KIMAR RECORDS (Kota Kinabalu, Sabah) dengan penjenamaan semula "Let's The Thrasher Begin" Cassette EP 2013.

Pengeluaran kaset ini adalah terhad kepada 200 unit sahaja dan beredar pada harga RM8 (edaran tangan) / RM10 (pos biasa) / RM12 (pos berdaftar) / RM15 (poslaju). Sila EMEL atau SMS untuk dapatkan nombor akaun bank KIMAR RECORDS.

KIMAR - NORTH BORNEO
Rithzali Nasir
P.O.Box 17159, 88872 Kota Kinabalu, Sabah.
Emel: kimaregiment@ymail.com / HP: 0138722994

KIMAR - SOUTH PENINSULAR
d/a Mutalib
Blok G3-15, Pangsapuri Sri Ilham, Jalan Tasik,
Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.
Emel: kultundead@gmail.com / HP: 0107085643

Berita Terdahulu:
BLACKSEED - LET THE THRASHING BEGINS!!

12/10/2013 - CRASH COURSE IN BRAIN SURGERY

TARIKH: 12 OKTOBER 2013 | TEMPAT: STOPZONE GIG HALL, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 4PTG | TIKET: RM25 | BAND: CRANIUM (MEDAN, INDONESIA DEATH METAL) / WYNKEN DELIRIUM / KUKUBESI / TRIUMPH OV FIRE / MEGALOMANIA / TONGUE TWISTER / ANCHOR LET LET | ANJURAN: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:
http://www.facebook.com/events/472516992844097

HELLSTAGE DIBATALKAN

HELLSTAGE yang dijadualkan berlangsung pada 11 November 2013 di Dewan Chin Woo, Kuala Lumpur terpaksa DIBATALKAN oleh pihak penganjurnya BILIK ANGKER METALTAINMENT atas sebab kegagalan mendapatkan permit. Gig ini telah dirancang sekian lama dan bakal menampilkan persembahan dari band-band seperti TORTURE SQUAD (Brazil), HUMILIATION, DAMOKIS, EPHEMERAL, ATOMICDEATH, KUKUBESI, LAVATORY, HARD ROD RENEGADE dan GORESLUTS. Berikut adalah kenyataan rasmi berkaitan PEMBATALAN gig tersebut:

"Kepada semua yang terlibat, saya mewakili team Bilik Angker Metaltainment dengan dukacitanya mengumumkan event HELLSTAGE terpaksa kami batalkan, ini kerana permit yang kami mohon tidak diluluskan oleh pihak yang berkenaan. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk dapatkan permit tetapi tetap gagal. Mohon jutaan kemaafan kepada semua band-band yang terlibat dari saya selaku wakil Bilik Angker Metaltainment" - Abdul Aziz 

BERITA BERKAITAN:

23/09/2013 - GRIND, CRUSH AND DESTROY PART 3


FOXHOLE, BLACKSUN, REVULSION RECORDS PRESENT:
GRIND, CRUSH AND DESTROY PART 3
DATE: 23 SEPTEMBER 2013 (MONDAY)
TIME: 8PM
TICKET: RM7
VENUE: AUDIOMASS STUDIO SETIAWANGSA

ARCHAGATHUS
Archagathus are a mincecore band from winnipeg, Manitoba, Canada that have managed to make an impact on the mincegore genre almost overnight. Having already released split 7”s with Unholy Grave, Mesrine and the godfathers of Mince, Agathocles, as well as having split 7”s with bands like SMG, Putrescence and many more coming out soon, as well as a series of Cassette splits on the way, they are well on the way to establishing themselves in the mincecore genre. Archagathus played their first show in Summer 2007.

VIOLENT GORGE
Violent Gorge are a noisy 3-piece grindcore / mincecore band from Winnipeg, Manitoba, Canada. 2/3 of the members play also Archagathus, with whom they also share many similar influences. Most of their releases have come out on Aggressive Valley Tapes - a DIY label / distro run by their vocalist.

ALCHEMY OF SICKNESS
One of the most hardworking young grinders from Johor, Malaysia. Playing old school raw grind from the start until now. With lots of split and ep on their belt, this is their first attempt to tour!

GYMNASTIC SKULL WHISTLING 
Sick Powerviolence band from Pahang.

ROTGUT
Grindcore band from Temerloh, Pahang
http://rotgut.bandcamp.com
http://goreinyourface.blogspot.com

UNITED NONSENSE 
Grindcore band from Shah Alam (release party)

UNHOLY SMOKERS 
Grindcore band from Kuantan, Pahang (release party)

ROSYAMxNOR 
Grindcore band from Shah Alam (opening band)

INFORMATION:

06/10/2013 - TRAUMA LIVE IN JOHOR 2013

TARIKH: 6 OKTOBER 2013 | TEMPAT: STOPZONE CAFE LARKIN JOHOR BAHRU | MASA: 3 PTG | TIKET: RM30 | BAND: TRAUMA (Indonesia) / UNVEILED / LARRONG / INSINNER | ANJURAN: MUZIK BOX PRODUCTION & SOUTHERN METAL SQUAD


INFORMASI:
013-7632115 / 012-7756174 / 017-7476408
muzikbox@hotmail.com
http://www.facebook.com/events/234645180023835

2013-09-10

METALLICA - SAD BUT TRUE (LIVE - KUALA LUMPUR, MALAYSIA)


MetOnTour video from the show in Kuala Lumpur, Malaysia (August 21, 2013). Footage includes a long Tuning Room segment and "Sad But True" from the show. Published on September 7, 2013. Source: MetallicaTV

2013-09-09

NONSERVIAM - UMUMKAN HIASAN HADAPAN & SENARAI LAGU ALBUM PERTAMA

Sebagaimana yang telah diberitakan sebelum ini, NONSERVIAM telah hampir selesai proses rakaman untuk penerbitan album pertama mereka yang berjudul "A Spectral Ascension". Menurut Leon (vokal), pada penghujung Julai lepas NONSERVIAM telah selesai melengkapkan bahagian-bahagian dram, gitar (utama & ritma) serta kibod manakala sekitar bulan Ogos telah disempurnakan proses memasukkan bahagian bass dan juga vokal.


NONSERVIAM pada masa yang sama juga telah mengumumkan artwork yang bakal dijadikan hiasan kulit depan album tersebut. Kerja seni ini telah dilakukan sendiri oleh ahli dalam NONSERVIAM. Ianya direka oleh Payden (kibod/synth) dan dibantu oleh Zeon (bass). Turut didedahkan, "A Spectral Ascension" bakal menghidangkan sebanyak 10 buah lagu, sebagaimana senarai berikut: 

01. A Spectral Ascension
02. Portrait Of Despair
03. I Am Eternal
04. Martyrized
05. Amongst The Scorned
06. Shrouds Of Irreverence
07. Faith Devoided
08. Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination
09. Dreamscape : Desolation
10. Dystopia


NONSERVIAM yang berkonsepkan Melodic Death Metal dari Pulau Pinang ini juga telah menjalani sesi fotografi pada awal September 2013 untuk tujuan penerbitan album "A Spectral Ascension" yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. 

INFORMASI LANJUT:

BERITA TERDAHULU:

LIFELORN - LAGU BARU: TORN (FROM THE INSIDE)

Selain FILSUFATIA, anda harus tahu bahawa LIFELORN juga merupakan sebuah lagi projek solo yang bergiat dalam scene minoriti Depressive / Ambient / Post-Black Metal. Kali terakhir LIFELORN merilis adalah sebuah Tape-EP berjudul "Katalis Sebuah Obsesi" melalui label Fragile Branch Recordings. Selepas beberapa ketika menyepi, LIFELORN kembali dengan pra-dengar sebuah lagu terbaharu berjudul "Torn (From The Inside)".



INFORMASI:
http://www.facebook.com/Lifelorn
http://soundcloud.com/lifelorn

PSYCHOTIC SUFFERANCE - SEXUAL INTERCOURSE INSANE PARTY


Penjana kebingitan Noise/Grindcore Seremban PSYCHOTIC SUFFERANCE terus muncul dengan rilisan split di mana kali ini bersama ASSTRAFFIC (Porn/Grindcore dari Thailand). Berjudul "Sexual Intercourse Insane Party", split CDR ini dikeluarkan oleh label Thai, SIX F PRODUCTIONS. 

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.facebook.com/pages/PSYCHOTIC-SUFFERANCE/135981805742
http://www.facebook.com/sixfprods
http://sixfprods.blogspot.com

ULASAN | LOBOTOMY - SATANIC SPEED METAL RITUAL (TAPE)


Ok you guys probably heard this tape already, but if it's a killer, we should spread it around.. especially if it comes from your own buddies!.. This is the full-length of LOBOTOMY from Malaysia titled "Satanic Speed Metal Ritual", which consist of 8 tracks (not in order): Delusion of Sins, Hell's Metal Brigade, Mistress of Ecstasy, Powerthrash, Speed Metal Breakdown, Speed Metal Warfare, Underground Thrash Killer, and my favorite.... "Metal is Religion" !!!... Simple yet interesting lyrics, an extraction of titles from killer bands.. and their music?... ultra speed fucking thrash!!!!!!.... so if anyone still hasn't heard this, do contact Metal Porn Production... *obsessed by cruelty.. die by the sword!!!~... 

METAL PORN PRODUCTION
Email: metalporn666@gmail.com
www.facebook.com/pages/METAL-PORN-PRODUCTION/115254448557692

LOBOTOMY
Email: exorcistor@hotmail.com
www.facebook.com/pages/Lobotomy/269256643104747

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

EPISOD - "MENANTI KEBANGKITAN" EP 2013


Kolaborasi BLOODY BAT PRODUCTION dan EMPAYAR DISTRO & PRODUCTION telah terhasil produksi "Menanti Kebangkitan" EP 2013 dari kugiran bercorak Eastern Melodic Death Metal bergelar EPISOD. EP ini diriliskan pada kuantiti terhad 50 salinan sahaja dan diedar pada harga cuma RM15. Terdapat 6 buah lagu dalam rilisan ini, sebagaimana berikut:

01. Bisikan Akhir
02. Janji
03. Koma
04. Landasan Hidup
05. Menanti Kebangkitan
06. Nyata Gila

EPISOD adalah sebuah kugiran yang berasal dari Shah Alam, Selangor mula ditubuhkan pada 2007 yang dianggotai oleh Sifu (vokal/gitar/bass) dan Lan (dram). Eastern Melodic Death Metal adalah muzik yang diolah mereka di mana lagu lebih kepada ketimuran dan kesemua lagu menggunakan bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu. Hubungi EPISOD di: hasramazir@gmail.com


Pra-dengar untuk sebuah lagu bertajuk 'Janji' telahpun diletakkan di laman YouTube: http://youtu.be/Kfz2u94oJXY. Sekiranya berminat untuk mendapatkan EP "Menanti Kebangkitan" ini, sila hubungi:

BLOODY BAT PRODUCTION
bloodybatproduction@gmail.com
www.facebook.com/BLOODYBATPROD

EMPAYAR DISTRO & PRODUCTION
www.facebook.com/ar.azhar.75

2013-09-08

DETHREVAWAR - NO WAR & POLITICAL-NEGATIVE DEMO CD & T-SHIRT


Band berkonsepkan Experimental/Melodic Death Metal dari Kulai, Johor iaitu DETHREVAWAR baru sahaja meriliskan material mereka sebuah Demo CD berjudul "No War & Political-Negative". Bersempena dengan rilisan demo ini juga turut dikeluarkan t-shirt rasmi tertulis di belakangnya 'Freedom Without Barriers'. 

DETHREVAWAR dikatakan cuba melontarkan satu perasaan baru dalam muzik Death Metal bawaan mereka yang terdiri daripada Nowar (gitar), Revazakh Ery (gitar), Sky (bass), Zhan (vokal) dan Deth (dram/vokal). Band seperti Deicide, Amon Amarth, Soulfly, Absu, Sepultura dan King Diamond adalah inspirasi dalam muzikal mereka. 

DEMO CD dan T-SHIRT diedarkan pada harga RM35 (Semenanjung Malaysia) atau RM40 (Sabah/Sarawak). Harga yang ditawarkan telah termasuk kos penghantaran. Material ini juga boleh diperolehi di HEAVY METAL AREA SHOP.


0127301975 - NOWAR
0127638916 - DETH
0177613166 - REVAZAKH ERY

2013-09-07

EMPAYAR MUSICK PRODUCTION KEMBALI AKTIF!


Setelah sekian lama 'mati', EMPAYAR MUSICK PRODUCTION akan aktif kembali!! Label ini bakal mengeluarkan (mencetak) t-shirt band Beast Petrify (Death/Thrash Metal Singapura) - Injustice Victims. Bagi yang berminat sila dapatkan segera t-shirt ini kerana kuantiti pengeluarannya sangat terhad!

● 100% cotton
● harga RM35 tambah RM5 untuk poslaju
● boleh sms / whatsapp / we chat

Rafiz Azuan +6019 3351731
www.facebook.com/EmpayarMusickProd

14/09/2013 - THE REBEL JOURNAL : 1

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU) | TEMPAT: SOUNDMAKER STUDIOS, WELD QUAY, PULAU PINANG | MASA: 3:30PTG | TIKET: RM16 | PERSEMBAHAN: S*i*N / KAH-ROE-SHI / WEOT SKAM / 13DAS / GHORA / PEREK KASI GEREK / OSMANTIKOS / JALAN SEHALA / COMA


Dont miss out to watch the superb bands from Singapore and our local bands as they will Launch Release Party COMA // WEOT SKAM (Six Pack Tsunami Attack full length Album) // PxKxG & JxS (Split Cassette). See you guys!!!!

Time:
3.30pm till overdose

Ticket Price:
RM16.00 (FREE FOOD AND DRINKS)

Contact Number:
Bryan - 012-672 9867
Ed Lewis - 012-404 1115
Eidan - 017-501 3494
Poit - 017-482 6761

Location:
Soundmaker Studio, Penang

Band List:
S*I*N - exprimental /noise/ambient (Singapore)
GHORA - exprimental /noise/ambient (Singapore)
KAH-ROE-SHI - dark/heavy crust (K.lumpur)
http://kah-roe-shi.blogspot.com/
OSMANTIKOS - dark/heavy crust (K.lumpur)
http://osmantikoscrust.bandcamp.com/
http://myspace.com/osmantikos
JALAN SEHALA - fast/thrashcore (K.lumpur)
COMA - heavy postrock (Penang)
WEOT SKAM - hard/thrashcore (Penang)
http://www.facebook.com/weotskam
PEREK KASI GEREK - comical/thrashcore (S.Petani)
http://www.facebook.com/pages/Perek-Kasi-Gerek/175635472458898
http://www.reverbnation.com/perekkasigerek
13DAS - noise raw punk (S.Petani)

http://www.facebook.com/events/550159585038785

03/11/2013 - KONSERT 2 LAGENDA

TARIKH: 3 NOVEMBER 2013 (AHAD) | TEMPAT: STADIUM CHIN WOO, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR | MASA: 8:30MLM | TIKET: RM70 (300 PEMBELI AWAL RM65) | ARTIS: BROWN ATTACK (BAND PEMBUKAAN) / SYJ/SOFEA / ROCKERS | ANJURAN: ROCK STONE ENTERTAINMENT

2013-09-05

LAVATORY - SENILUKIS KULIT ALBUM & SENARAI LAGU DIDEDAHKAN!


Sebagaimana dilaporkan oleh PULVERISED RECORDS (Singapura), skuad Death Metal Kuala Lumpur LAVATORY telahpun mendedahkan senilukis kulit album berserta senarai lagu untuk album penuh pertama band ini yang bakal diriliskan tidak lama lagi, berjudul "Morbid Terror". 


Senilukis yang dipilih sebagai hiasan hadapan album "Morbid Terror" telah dihasilkan oleh seorang artis berbangsa Sweden iaitu Daniel 'Devilsh' Johnsson (Entrails, Sorcery, Torture Division, dan sebagainya) manakala senarai akhir lagu-lagu yang bakal dimuatkan adalah seperti berikut:

01. Intro (Absorption)
02. Descent Into Madness
03. Death Is Imminent
04. Thousand Roads To Hell
05. Morbid Terror
06. Restless Souls
07. Miserable Life
08. Mask Of Malevolence
09. Summoning In Dun Laoghaire
10. To The End Of The World


LAVATORY terdiri daripada Muntah Darah (vokal), Jahanam (gitar), Musibath (bass) dan AD (dram). Terdahulu, sekitar Jun 2012 mereka pernah merilis sebuah EP berjudul "Transgression" di bawah Slaughterhouse Records dan EP dengan kandungan 5 buah lagu tersebut telah mendapat respon yang amat menggalakkan. 

INFORMASI:

VIDEO: SYJ - ORANG TIMUR (MERDEKA EVE NITE 2013)


Video yang dipertontonkan di atas ini adalah sedutan persembahan SYJ (Lagenda Hard Rock / Heavy Metal Perak) pada malam 30 Ogos 2013 - Merdeka Eve Nite di Malai Rock Station, Ipoh. Kita kongsi sini dan layan aje lah video lagu Orang Timur ni...

Jepun pandang ke barat untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan Malaysia
Pandangannya ke mana di mana arahmu
Sedar bangunlah besar dan majukan negerimu

Orang Timur..
Bangunlah..
Besar dan majukan negerimu

Apakah warna kulitmu
Adakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arahmu..

Orang Timur..
Bangunlah..
Besar dan majukan negerimu

Marilah kita bangunkan
Untuk kepentingan kita bersama
Tegaklah langkahmu ke hadapan
Berhenti kejayaan

FACEBOOK: SOFEA KEMBALI (THE OFFICIAL SITES)
VIDEO: MELIEE FRANKENSTEIN
PHOTO: SYJ@SOFEA FAN CLUB
EVENT: SYJ MERDEKA EVE NITE

15/09/2013 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #5

TARIKH: 15 SEPTEMBER 2013 | TEMPAT: THE WALL, BATU PAHAT, JOHOR | MASA: 4:00 PTG | TIKET: RM 15.00 | BAND: KEBULUR / SNAGGLETOOTH / UNVEILED / BERANTAKAN / PSYCHOTIC SUFFERANCE / BLACK DEMON / NIGHTWOLF / TXT | PENAMPILAN KHAS: TURTLES.JR (D-BEAT BANDDUNG, INDONESIA) | ANJURAN: THE WALL


INFORMASI:
http://www.facebook.com/thewallbp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...