2009-07-08

[BERITA] ATHOTORGH : Promaster Dieyana 12" Black Vinyl (2009)


Morbid Invasion Rex dan GEMPITA Records telah bekerjasama untuk mengeluarkan semula ATHOTORGH “Promaster Dieyana” EP tetapi kali in dalam format 12" LP Black Vinyl (Piring Hitam). Rilisan album klasik ini turut memuatkan sebuah lagu ekstra bonus yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. “Promaster Dieyana” yang asalnya diterbitkan dalam format kaset oleh Ultra Hingax Production untuk versi LP ini menawarkan 6 buah lagu dengan durasi 25 minit Thrash Metal yang pastinya akan mengkacau-bilaukan minda dan jiwa anda tanpa bleas kasihan! Ini adalah khazanah penting untuk kalian semua yang menggelarkan diri sebagai old school thrashers!!! Berharga RM75 (pos biasa) dan terhad kepada 250 salinan sahaja!!! THRASH TILL DEATH!

Hubungi: morbidxinvasion@yahoo.com


2009-07-07

[WAWANCARA] IMPERIAL : KEMBALI BERSAMA SEBUAH DENDAM

THE IMPERIAL NAGA DIVISION

Assalamualaikum Zarim, IMPERIAL dihidupkan kembali setelah beberapa tahun menempuhi musim hibernasi… apa yang mendorong kepada reformasi band ini?
W'salam Pian... Setelah 10 tahun menyepi, aku yakin inilah masanya untuk kami bangkit dan aktif semula bagi menyambung misi yang telah sekian lama terbengkalai. Kali ini dengan semangat dan azam yang lebih kuat dari sebelumnya.

Ceritakan latarbelakang kem IMPERIAL pada hari ini? Kemana perginya anggota-anggota lama; Isa dan Mizi? Apakah situasi masakini yang terbaik untuk mengenengahkan konsepsi terbaru janaan IMPERIAL?
IMPERIAL kembali dengan muka & format baru, Isa & Mizi tidak lagi bersama dengan band ini kerana masing2 sibuk dengan kerjaya & keluarga. Lineup IMPERIAL sekarang dibarisi oleh Zarim (All Guitars/Synthz), Zam (Vox/Bass), Jon (Bass/2nd Guitar) dan G-Knight (Drums & Percussion). Zam & Jon adalah ahli baru dalam kem IMPERIAL, Zam juga bermain dengan band lain iaitu MG34 & INSULTOR, manakala Jon pula bekas anggota RAVENLORD. G-Knight juga bekas anggota kumpulan RAVENLORD & CRYPTIC MALEDICTION, dia sememangnya telah lama bersama dengan IMPERIAL yang pada mulanya hanya sebagai Session Drummer sejak tahun 1996 lagi tetapi sekarang bermain tetap dengan IMPERIAL.

“The Conquering” dilihat sebagai satu santapan awal yang cukup membanggakan sebagai tanda kebangkitan semula IMPERIAL. Apakah ramuan-ramuan yang menjadi rencah kepada jauhnya langkah kematangan band ini dalam mencipta, menggubah & menyusun lagu?
Secara jujurnya aku mengatakan bahawa kami amat berbangga dengan single pertama ini. Maklumlah, material pertama kami sejak demo "Emperor Of The Hordes" yang dihasilkan pada tahun 1995. "The Conquering" lahir dari idea yang aku wujudkan sekitar tahun 1998, cuma tidak dapat direalisasikan pada waktu itu. Lagu ini telah melalui pelbagai perubahan dari segi gubahan & susunan. Sememangnya aku memang suka mengeksperimen sesuatu karya sehingga aku rasa betul2 berpuas hati dengan hasilnya dan akhirnya terciptalah "The Conquering".

Bagaimana secara keseuluruhan IMPERIAL mendefinasikan muzikalnya pada hari ini kalau mahu dibandingkan dengan kemunculan unit ini sekitar pertengahan 90’an dahulu? Apa rujukannya dan kemana halatujunya?
IMPERIAL yang baru ini membawa konsep EXTREME PROGRESSIVE METAL, kami tidak mahu lagi terikat dengan konsep BLACKDEATHMETAL kerana kami mahukan kelainan & kebebasan berkarya dan akan sentiasa bereksperimen dengan muzik kami. Kami menjadikan band2 dari dalam dan luar negara sebagai rujukan & inspirasi kami. IMPERIAL tidak mahu dilabel sebagai band klon. Aku harap usaha & idea kami ini akan diterima oleh peminat muzik metal dari dalam maupun diluar negara.

Cuba ceritakan apa yang menarik di sebalik “The Conquering”; penulisannya, rakamannya, hasilnya?
Aku mula mencipta lagu2 baru untuk IMPERIAL sekitar tahun 1998 kalau tak silap, ada 5 lagu kesemuanya termasuk lagu "The Conquering". Lagu2 itu sepatutnya dimuatkan dalam EP pertama IMPERIAL, proses rakaman dibuat di Tricastle Studio pada tahun 1999-2000 rasanya. Berlaku masalah dalaman semasa rakaman EP itu, aku hanya sempat rakam 2 lagu dan selepas itu projek itu terbengkalai...sayang. Untuk single pertama ini, agak memenatkan juga proses pada awal rakaman. Bermula dari proses rakaman sehinggalah ke proses mixing & mastering, semuanya mengambil masa hampir sebulan untuk diselesaikan. Boleh dikatakan 40 peratus idea baru timbul secara spontan semasa proses rakaman ini. Aku akan pastikan semua proses dilakukan dengan teliti dan mencapai target yang kami kehendaki.

Single CD tersebut turut memuatkan “Emperor Of The Hordes” Demo 1995 sebagai bonus. Bagaimana perasaan IMPERIAL hari ini terhadap demo lama tersebut? Apa kenangan yang terpalit di sebaliknya?
Memang banyak kenangan semasa membuat demo itu dulu, masa itu aku , Isa & Mizi masih lagi bersekolah dan tak ada modal untuk merakam demo...jadi kami bertiga terpaksa bekerja dikilang secara sambilan untuk mendapatkan modal...hahaha. Demo "Emperor Of The Hordes" itu kami rakam di Hellion Studio dan aku tak nafikan style muzik kami pada masa itu dipengaruhi oleh band2 dari Greece...kau pun tahu band mana yang aku maksudkan...haha. Tapi itu semua hanya tinggal sejarah & IMPERIAL yang akan datang akan lebih technical, progressive & eksperimental. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mencari style muzik IMPERIAL yang tersendiri..itu yang pasti.

Apa pula keistimewaan tentang rehearsal ‘The Conquering’ sehingga layak turut serta dijadikan bonus?
Tujuan aku muatkan rehearsal track dalam single itu adalah untuk mendengarkan perbezaan lagu "The Conquering" sebelum dirakam secara profesional. Kalau didengar dengan teliti memang ada perbezaan dari segi gubahan & susunan dalam lagu itu.

Bagaimana keluarnya idea Single CD ini dikeluarkan melalui Astral Lore Productions? Pendapat IMPERIAL tentang hasilkerja mereka?
Astral Lore Productions sebenarnya adalah milik Zam, vocalist aku. Dia yang mencadangkan single "The Conquering" itu dikeluarkan bawah ALP. Pada pendapat aku, ALP adalah salah satu label yang walaupun tidak besar tetapi sangat aktif untuk mengetengahkan band2 baru & juga lama. Itu yang menariknya tentang label ini.

Difahamkan “The Conquering” Single CD ini bukan sahaja menjadi bukti masih hidupnya IMPERIAL tetapi turut menjadi saksi kepada satu rakaman & penerbitan sebuah album penuh sedikit masa lagi… Sebaik mungkin diceritakan tentang penghasilan albuim tersebut?

Aku rasa masih terlalu awal untuk aku bercerita tentang album itu. Tapi yang pasti IMPERIAL akan merakam 8 lagu baru untuk album itu nanti. Proses rakaman mungkin akan bermula dalam bulan 8...hanya masa yang akan menentukan...insyallah.

Tiadakah hasrat yang beraksi di pentas-pentas gig sempena pernafasan semula IMPERIAL ini? Akhiri intebiu ini dengan sepatah dua kata-kata provokasi & promosi…
Memang ada tawaran untuk IMPERIAL beraksi digig, mungkin hujung tahun ini. Yang penting bagi aku sekarang ialah untuk memberi tumpuan penuh untuk album IMPERIAL. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pian dan EKSTRIM kerana sudi menemuramah IMPERIAL. Tak lupa juga kepada peminat yang telah membeli single "The Conquering" kami, sokongan anda semua amat kami hargai. Terima Kasih!


[BERITA] BLOODY ANATOMIES : Promo 2009 & Rilisan Akan Datang


BLOODY ANATOMIES adalah band projek yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007 yang pada masa itu menggunakan nama BURIAL POLES dengan line up asal dianggotai oleh Adik (vocal), Nwar (gitar), Am (bass) dan Faixal (drum). Selepas itu mereka merekruit pula Acap dari INCARCERATE untuk mengisi posisi 2nd guitar bagi memantapkan lagi permainan. Selepas beberapa bulan jam dan praktis bersama, Adik dan Am menarik diri di atas komitmen kerja. Tetapi ini tidak mematahkan semangat line up yang lain dan terus menghasilkan lagu dan pada masa yang sama nama BURIAL POLES telah di ubah kepada BLOODY ANATOMIES. Beberapa bulan selepas itu ADIB dari SICK SOCIETY telah diajak menyertai BLOODY ANATOMIES bagi mengisi posisi vocal yang telah lama di tinggalkan. Seterusnya Kema dari IN TORMENT pula dipanggil untuk membantu mengisi kekosongan di bahagian bass dan dengan itu lengkaplah line up band ini sehingga sekarang. Dengan menjadikan KRISIUN, BEHEMOTH, VITAL REMAINS, DECREPIT BIRTH dan VORNARGAR sebagai idola utama mereka terus bereksperimen dalam menghasilkan lagu dan pada awal tahun 2009 BLOODY ANATOMIES telah mengeluarkan PROMO 2009 pertama mereka dan telah berjaya dijual sebanyak 100 salinan. Sehingga kini BLOODY ANATOMIES aktif bermain sekitar gig di dalam dan juga luar K.L. Selain itu, BLOODY ANATOMIES bakal mengeluarkan 3 WAY SPLIT ALBUM bersama dengan band dari FINLAND dan FRANCE pada bulan Disember dan akan meriliskan EP pada tahun 2010.

LINE UP
ADIBEAST – VOCAL
DHOMFARYSA – GUITAR
NWAR – GUITAR
KEMAHARDY – BASS
FAIXAL – DRUM

CONTACT INFO
Email : bloody_anatomies@yahoo.com
Myspace : www.myspace.com/bloodyanatomies
For gig please contact : 012-2403462

[BERITA] DECRYPTORY : Rilisan Promo & Lagu Baru



DECRYPTORY diasaskan oleh REZA-gitar (ex-TORTURE INCIDENT) dan DANI-drummer (DISCRUSHER) pada penghujung tahun 2008. Selepas beberapa bulan jamming dan praktis, AUS masuk untuk mengisi posisi di bahagian bass diikuti oleh ACAP(INCARCERATE) sebagai 2nd gitar dan akhir sekali SYAFIK (AKAREN) di bahagian vocal. Pada April 2009 DECRYPTORY telah meriliskan mini promo bertajuk MOTHERF**CKING PROMO 2009. Kini DECRYPTORY sedang sibuk menghasilkan lagu baru di mana konsep nya lebih kepada Guttural Brutal Slamming Death Metal dan aktif bermain gig di sekitar KL.

INFLUENCE
- VOMIT REMNANTS
- WHITECHAPEL
- DISGORGE
- GUTTURAL SECRETE

LINE-UP
Syafiq – vocal
Reza – guitar
Acap – guitar
Aus – bass
Dani - drum



[BERITA] AKAREN : Bertapa Siapkan Lagu-Lagu Baru!


AKAREN yang menggalas muzikal Brutal Death Metal kini dalam proses penyediaan lagu-lagu baru mereka. “Insya-Allah kalau tiada aral melintang lepas raya kita rekod untuk EP dalam 4 hingga 6 lagu. Kita pun dah tinggal bertiga sekarang”, ujar vokalis Syafeg. Line-up AKAREN sekarang adalah Syafeg (vokal), Rezza (gitar) dan Aharein (dram).

www.myspace.com/akarendm

2009-06-24

[BERITA] VIRUS ZINE : Isu #5 Jun 2009

OUT NOW... MALAYSIAN VIRUS ZINE #5 (JUNE 2009) with FREE CD SAMPLER!!!

VIRUS fanzine ‘curse’ bakk in 2009!! Now #5 out with more and more zygoatikal freezing slaughter!! The best ever issue from this 666HauntedAxe fanzine. Find ‘graveless’ interview with As Sahar (Sin), Black Abyss (Mal), Shackles (Aus), Inferis (Chi), Spearhead (UK), Hellghast (Sing), Witchcurse (Gre), Enshadowed/Burial Hordes (Gre), Maniak (Phi), Necrolisis (Costa Rica), Grave Desecrator (Bra)… pure long and informative conversation by each bands. The black/death beast Abhorer’s intie also included here which permission from Frank Stover. Not enough, three sexyrigalust articles/essay from the maniAXE name Adam of Necroscope metalzine!! All exorcist here done with seraphim artwork ++ REAL cut n’ paste!! Others are fresh freezing news, goat’s bios, reviews.. All things about METAL underground!! As bonus, this ferox came with CD sampler each bands VIRUS interview. A4 xerox 64 pages English written. Price only RM 10 (Mal), USD 4 (Asia), USD 6 (Europe), USD 6 (America & South America). HIDE YOUR CASH CAREFULLY.. Distributors, labels ask for moronic WHOREsale price!! Trade ask first!! Orders or inquiries, write to:

MOHAMMAD FAUZI BIN ALI,
JHEOA NS/MELAKA, TKT 4, WISMA PERSEKUTUAN,
70000 SEREMBAN, N.SEMBILAN – MALAYSIA.
virus_zine@yahoo.com

Next issue #6 hellishly working now. Labels, bands, send your stuff now for intensive review.

2009-06-22

[BERITA] BRABAZOM : "Beast Of Mortality" Promo EP 2009


[ULASAN] IMPERIAL - The Conquering (Single 2009)




IMPERIAL... satu nama yang mungkin tak begitu ramai yang mengenalinya, tetapi ini bukan sebuah band baru sebenarnya. Mereka saya kenali sejak Demo 1995 "Emperor Of The Hordes". Setelah beberapa tahun dalam hibernasi, kini mereka kembali dengan sebuah dendam dan single "The Conquering" adalah hasilnya. Lagu 'The Conquering' yang kemudiannya diikuti outro 'March of Agression' menunjukkan betapa jauhnya mereka melangkah dalam kematangan mencipta, menggubah dan menyusun lagu kalau mahu dibandingkan dengan muzikal mereka 14 atau 15 tahun yang lalu. Saya begitu teruja dengan penghasilan lagu baru mereka ini. Masih dalam lingkungan kategori Atmospheric Extreme/Black Metal yang mereka gunakan untuk definasi lagu-lagu mereka terdahulu tetapi kali ini definasinya jauh lebih mendalam dan mengesankan! Mungkin kali ini lebih banyak merujuk kepada band-band seperti Emperor, Dimmu Borgir dan seumpamanya.


Single CD ini bukan sahaja memaparkan sebuah lagu baru sebagai pengenalan untuk penerbitan sebuah album penuh tidak lama lagi tetapi turut memuatkan 3 lagu Demo 1995 dan rakaman rehearsal lagu The Conquering itu sendiri sebagai bonus. Dikeluarkan oleh Astral Lore Productions, single berharga RM6 ini cukup baik untuk anda miliki!


[BERITA] UNLIGHT DAWN MCD 2009


[PROFIL] RIWAYAT : Sejarah & Perkembangan Black Doom Sri Mayang Kala




Black Doom Sri Mayang Kala

Atas permintaan Black Doom, beliau ingin membuat announcement, Black Doom sekarang adalah officially drummer terbaru Samartary, band yg tidaklah asing bagi dirinya kerana beliau sendiri adalah bekas drummer Samartary sekitar tahun 2002-2003. Sedikit profil mengenai beliau;

Black Doom memulakan perjalanan di alam fana muzik rock keras dan metal di sekitar tahun 1990 di mana beliau adalah peminat setia band-band rock tempatan seperti Rajawali, SAXO, SYJ, Crossfire, Rusty Blade, BPR, Scandals, Wings, May dan antarabangsa seperti Iron Maiden, WASP, Scorpion, Cinderella, Poison, Loudness. Minat beliau untuk menjadi sebagai seorang pemain drum bermula apabila beliau menyertai pancaragam sekolah sebagai pemain gong pada tahun 1996. Dari situ beliau mula berjinak-jinak dgn instrument drum dan mula memikirkan untuk menubuhkan band pertama beliau bergelar "TRAVUM" yg berkonsepkan Norwegian Black Metal, ditubuhkan bersama rakan-rakan sekolahnya dan pada masa tersebut adalah demam black metal yg semakin rancak, namun perjuangan band pertamanya tidak lama, selepas SPM, masing-masing membawa haluan masing-masing, dan TRAVUM berkubur begitu sahaja.

Demi melanjutkan pelaran, Black Doom berhijrah ke Matrik KPM di Kolej ITTAR Langkawi, dan pada tahun tersebut, tahun 2000 beliau menubuhkan pula sebuah band bernama "Metaphors" bersama rakan-rakan dari kepulauan Langkawi yg berkonsepkan Speed/Thrashmetal. Antaranya ahli band tersebut adalah Chylon(Bass) yg sehingga hari ini masih bermain muzik bersamanya (M.A.K.A.M). Perjalanan Metaphors juga tidak lama, sejurus selepas gig pertama di awana dan sempat merekodkan demo yg pertama dan juga yg terakhir , Metaphors berpecah kerana perbezaan hala tuju muzik di kalangan ahli-ahli band. Setelah gagal dengan Metaphor, beliau tidak hanya berhenti di situ malah menubuhkan pula band "SACRIFICED" yg berkonsepkan "HEAVY/DEATH METAL" dan pernah dijemput untuk bermain gig di CityBayviewHotel, Langkawi pada tahun 2002.

Selepas 2 tahun bertapak di Langkawi, Black Doom berhijrah pula ke Alor Setar untuk melajutkan pelajaran di Akedemi Infotech Mara Alor Setar. Ketika di Alor Setar jugalah beliau terbabit sebagai drummer Samartary di sekitar tahun 2002-2003 dan ketika itu beliau adalah drummer ketiga dalam sejarah Samartary. Pada masa yg sama beliau menubuhkan bandnya sendiri "Dark Abyss" bersama seorang gitarist berbakat bernama "Yo" yg mempunyai riffing yg gore dan rare menurut beliau. Pada tahun 2004, Dark Abyss djemput untuk bermain gig yg dianjurkan oleh SoundMaster Entertainment di Alor Star dan kemudian hala tujunya sekali lagi berubah apabila beliau berjaya mendapat pekerjaan di Putrajaya sebagai kakitangan kerajaan.

Selama 2 tahun beliau di Putrajaya, aktiviti muzik beliau terpaksa dihentikan menyebabkan beliau sangat-sangat dahagakan untuk jamming atau lebih tepat,bermain muzik secara serius. Peluang untuk beliau bergiat aktif semula tercetus kembali apabila beliau ditukarkan ke Perlis. Tanpa melengahkan masa, Black Doom mengorak langkah dengan menubuhkan "RIWAYAT" pada Januari 2007 bersama bapa saudaranya yg lebih dikenali sebagai Bro D. Sound RIWAYAT banyak dipengaruhi "Venom","Celtic Frost","Possessed" dan "Blackfire". Di samping itu beliau juga menubuhkan kembali "SACRIFICED"(RIP), dengan nama baru "M.A.K.A.M". RIWAYAT berjaya merekodkan satu lagu promo bertajuk "Riwayat (The Remains)" (2007) dan "A Return To The Last Episode"( 2007) di studio (EROSI Studio) dan mixing olehnya sendiri dengan bantuan Koriyking dari kumpulan Kherrandha (Perlis).

Tahun 2009, merupakan tahun yg sangat bertuah buat beliau, apabila perjuangannya di dunia metal mula menampakkan hasil yg memberansangkan apablia RIWAYAT berjaya mengeluarkan demo 2007 bertajuk Malay Harbinger Of Death dengan 3 lagu 1.Riwayat (The Remains) 2.A Return To The Last Episode 3.Perhiasan Terakhir(Erosi). Beliau dan ahli2 RIWAYAT yg lain berasa sangat teruja apabila diterima untuk beraksi bersama gig TEROKA MINDA04042009 di Dewan Institut Taman Kuari Bukit Mertajam Penang bersama-sama dengan band-band yg mempunyai nama besar dalam scene metal tempatan seperti Sil-Khannaz, Brain Dead, Hayagriva, Mistik, Bilharzia, Dawn Phenomenon, Vociferation Eternity dan Predicated Not Defined.

Dan sepertimana yg diumumkan sebelum ini, beliau dijemput untuk mengisi kekosongan sebagai drummer Samartary yg amat memerlukan khidmatnya memandangkan mereka adalah kawan rapat dan beliau juga pernah menganggotai Samartary sebelum ini. Kehadiran beliau amat dinantikan oleh peminat Samartary, yg amat dahagakan persembahan live dari band Black/Thrash metal yg berasal dari kepulauan Mahsuri itu. Meskipun tugasnya semakin berat dan mencabar, beliau yakin kehadiran beliau untuk Samartary akan menyuntik kembali semangat Samartary dan melonjakkan kariernya sebagai drummer metal tempatan.

www.myspace.com/riwayat
www.purevolume.com/riwayat
http://riwayat.metalhordes.com
www.audiostreet.com/riwayat
www.myspace.com/makamofficial

[EDITORIAL] Kenapa Senyap?!?!!!...

alamak, dah la tak update! kenapa?
1. aku hilang password daa...
2. aku pindah tempatkerja, so huruhara sikit!
3. kadang2 aku rasa aku ni MALAS giler...

2009-02-08

[BERITA] EKSTRIM TERRORISM (07.03.2009)


Extremely supported by EKSTRIM
Be there! Kill Yahudi!! Save Gaza!!
(klik imej untuk lihat saiz sebenar)

[BERITA] CHAOS COLONY (01.03.2009)


2009-02-05

[BERITA] HIDDEN SILENCE : "Black Hearted Spiritual" CD 2008


HIDDEN SILENCE telah merilis cd pertama mereka sekitar April 2008 berjudul "Black Hearted Spiritual" menampilkan 7 lagu berkonsep Atmospheric Death Metal, disulami riffing-riffing yang menarik, melodi-melodi yang manis serta solo-solo berapi dari gitaris mereka. Muzikal band ini dikatakan dipengaruhi Judas Priest, Benediction, Manowar, Hypocrisy, Dissection dan seumpamanya. Harganya cuma RM25.

[BERITA] SIL KHANNAZ : Live in Sibu 08.03.2009


Raja Death Metal kita SIL KHANNAZ bakal beraksi di Sibu, Sarawak yang mana turut disertai wira-wira metal Bumi Kenyalang iaitu Larrong, Shamanic Rites, Kherow, Shadowsins, Masterpiece dan Drawing The Devil. Show ini dijadualkan berlangsung pada 8 Mac 2009 di Hijau Pub & Lounge, RH Hotel. Info lanjut & perkembangan semasa, sila ke talian 014-3913666.

[BERITA] BLOOD LEGION : "Exsanguination" EP


BLOOD LEGION, band Old School Death/Thrash dari Kuala Lumpur telah mengeluarkan EP sulung yang bertajuk "Exsanguination", mempunyai 5 buah lagu. Anda boleh mendengar keseluruhan lagu di MySpace mereka (www.myspace.com/bloodlegion666) atau segera dapatkan EP ini di Campbell Complex.

Nota dari Myspace Blood Legion: In December of 2008, the band entered a studio in Ampang to record the first 5 original BLOOD LEGION tracks, namely Seven, God Of Lies, Blood Legion, Plague and M.M.F.H. The resulting recording, which was entitled EXSANGUINATION (which means ‘fatal blood loss’), stands as a demo/EP hybrid for the band, as it is sold at the low price of a demo CD whilst featuring the recording quality and artwork of a self-released EP. The much-anticipated EP, which proved to be a crowning glory in the band’s career thus far, continues to exceed all expectations set by the band. Apart from receiving positive feedback from Metalheads all over the country, including from several elder statesmen of the local scene, the first 100 copies of EXSANGUINATION were successfully distributed in less than a month from the date of its release – an admirable feat by any measure. Contact us to get your copy now!

[BERITA] SANGWITOK 'ZINE : Terbit Isu #7


Info:
sangwitok@yahoo.com
www.sangwitok.stop.to
www.myspace.com/sangwitokzine

2009-02-04

[BERITA] MODAR - Rilis Album ke-3 "Lost Firdausy"


Satu-satunya Doom Metal tempatan iaitu MODAR nampaknya terus aktif dan giat merilis sejak mereka muncul kembali ke persada metal tanahair bersama album "In My Meditation Time" pada 2007 lalu. Kini mereka keluar lagi dengan album baru berjudul "Lost Firdausy" (2008), sebuah album yang dikatakan membawa muzikal mereka kembali kepada Traditional Doom Metal.

Anda boleh mendapatkan album ini sebagaimana maklumat berikut:
Lost Firdausy Album - RM8
Lost Firdausy Tshirt - RM25
Combo CD + Album - RM30
Kos tambahan:
a) Pos Biasa RM1
b) Pos Berdaftar RM3
c) Pos Laju RM6

Jika berminat, boleh bank-in ke akaun Maybank Afiq Akmar 114197122334 (sila sms 017-2441537 selepas bank-in).

Info: www.myspace.com/modarband

[BERITA] AS SAHAR Promo Tour 2009


Muzik Box Production & Rookies Entertainment dengan bangganya mempersembahkan "AS SAHAR Promo Tour 2009" di Pasir Gudang, Johor Bahru nanti pada 15 Februari 2009. Selain AS SAHAR sebagai 'headline', gig ini turut dijayakan oleh Wynken Delirium, Sindraz, Black Abyss, Soul Devour dan Black Territory. Jumpa di sana dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan album terbaru AS SAHAR "Tir".

Info: muzikbox@hotmail.com (019-7632115 - Fadzil)

[BERITA] SUFFERCATION : Kemungkinan Album Baru 2009?


Difahamkan bahawa baru-baru ini di awal Januari 2009, band otai deathmetal SUFFERCATION menjalani proses rakaman untuk sebuah lagu baru di studio Oney (MAY) sebagai permulaan kepada sebuah projek terbaru mereka. Apakah ini menjadi petanda bahawa akan ada sebuah lagi album baru dari mereka susulan kepada kejayaan menggalakkan album "...As We Breathe" di tahun 2007 dahulu. Kita nantikan sahaja kemungkinan ini...