2014-01-28

SICKNESS - BASEBALL CAP


GM-BC 009
Sickness baseball cap
Embroided golden white logo
RM30.00 (posdaftar ke seluruh Malaysia)

www.grundar.com
www.facebook.com/grundarproduction

CHELATION INTOXICATION - DISMEMBERMENT (XVIII) T-SHIRT


GM-TS 008
Chelation Intoxication "Dismemberment (XVIII)" t-shirt
S/M/L/XL
tag: Grundar Merch
plastisol ink
RM56 (poslaju semenanjung) / RM60 (poslaju sabah/sarawak)

www.grundar.com
www.facebook.com/grundarproduction

MEDUSSA SAFANNAH - OFFICIAL T-SHIRT


MEDUSSA SAFANNAH OFFICIAL T-SHIRT
RM60 (MALAYSIA) USD23 / EUR18 (WORLD) (postpaid)
MATERIAL: CUSTOM GILDAN COTTON

SIZE:
S=19" CHEST X 25" LENGTH
M=20" CHEST X 26" LENGTH
L=21" CHEST X 27" LENGTH
XL=22" CHEST X 28" LENGTH
XXL=23" CHEST X 29" LENGTH

CONTACT:
www.facebook.com/QalaqasBlackARTProductions
www.facebook.com/medussasafannah666

TORMENTOR - "THRASH ASSAULT" T-SHIRT


OLDGOATCORPSE PRODUCTIONS melancarkan pengeluaran t-shirt untuk band TORMENTOR, Thrash Metal dari Tenom, Sabah. Rekaannya ringkas, dengan logo TORMENTOR dan judul Demo 2013 "Thrash Assault" di bahagian hadapan manakala bahagian belakang tercetak slogan/motto "From Tenom With Thrash".

T-shirt hitam dengan saiz disediakan S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Kuantiti t-shirt dikeluarkan terhad kepada 30 helai sahaja. Tempahan telah mula dibuka oleh pihak OLDGOATCORPSE PRODUCTIONS sehingga 5 Februari 2014. Sesiapa yang berminat sila ajukan pertanyaan dan pesanan di emel oldgoatcorpse@yahoo.com atau laman facebook Oldgoatcorpse Prods.

HARGA (termasuk poslaju):
RM30 - Semenanjung
RM35 - Sabah/Sarawak

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-01-27

05/04/2014 - SABAH DEATHFEST II

TARIKH: 5 APRIL 2014 | TEMPAT: COWBOY BAR, KOTA KINABALU, SABAH | BAND: TENGGOROKAN (Indonesia) / CARDIAC NECROPSY (Singapura) / PURGE THE ARBITRATOR / AKAGRSIH / INSECTIVORE / NECROMATION / MULTICOLOUR SHIT EATER / PENGUASA ANJING / TERSANJUNG 13 / MIND CARNAGE | ANJURAN: EARBLAST RECORDS


INFORMASI:

SINDRAZ - TIBO NANG GENI T-SHIRT


Sehubungan dengan pengeluaran "Tibo Nang Geni" EP (November/Disember 2013), SINDRAZ melancarkan pula t-shirt bagi rilisan tersebut. Tag Orange Sport. Pra-pesanan atau tempahan untuk mendapatkan t-shirt ini telahpun dibuka, di mana hanya 30 helai dicetak. Harga: RM35 termasuk bayaran pos. Bagi yang berminat sila hubungi talian 019-7888251 (Riez) atau 013-7094922 (Indraz) ataupun di laman facebook mereka, seperti berikut:


BERKAITAN:

2014-01-24

SELIPAR MALAYA ZINE - ISSUE #3



Edisi ke-3 SELIPAR MALAYA ZINE telah diterbitkan dan mula beredar di pasaran pada Disember 2013 yang lalu. Keluaran kali ini memuatkan temubual bersama: BOIL, ACO/ABO, 66ROADS, PUNAHRANAH, CARBON 4'TEEN, REHEARSE, CATAGXIAN, REASON TO REASIST, SAUTS ALASTOR, THORNS OF HATE dan AZHAR EMPAYAR DISTRO.

HARGA: RM5 [POS BERDAFTAR +RM3]

HUBUNGI:
017-320 6381 (xatanx)

TRIVIA: FARASU - VOKALIS

Foto: Anggota asal FARASU (9 Mac 2003). Dari kiri: Nahax, Mus, Bull & Kotam

1. KOTAM (2002-2005) & (2006-2007)
Beliau merupakan bekas vokalis Iron Storm (2000-2002) yang kemudiannya menyertai Farasu. Kotam menjadi tarikan kepada crowd kerana aksi lasak dan aktif semasa di pentas. Jika ada 'music metal award' di negara ini, beliau akan merangkul anugerah 'most hyperactive vocal on stage'! Pertengahan tahun 2007, beliau bersama beberapa bekas anggota Farasu telah menubuhkan sebuah band, Cassarah.

2. ARM (2007-2011)
Arm menjadi vokalis Farasu pada penghujung tahun 2007 menggantikan Kotam. Beliau juga merupakan pemain bass dan vokal sebuah band deathmetal dari Nilai iaitu Hinazia. Arm sempat merakamkan suara dalam album pertama Farasu, Menongkah Arus pada 2009 sebelum mengundur diri pada tahun 2011 atas sebab komitmen bersama band lain.

3. SHAH ZAINI (2011-kini)
Shah Zaini merupakan bekas Dj radio Bapakku FM menyertai Farasu pada penghujung 2011. Antara vokalis Farasu yang kreatif dan mempunyai 'attitude' tersendiri ketika persembahan.

INFORMASI

TEKS & FOTO: FIDAIYYIN AL FARASU

2014-01-23

KARAMAH - "YANG DILAKNATI" T-SHIRT


KARAMAH diberitakan bakal mengeluarkan semula MCD "Huraisy" melalui label LUDAH PRODUCTION. Edisi Indonesia ini yang dijangka rilis pada Februari 2014 bukan sahaja tampil dengan cover dan inlay yang baru tetapi juga akan dimuatkan sebuah lagu ekstra. Dalam pada menanti rilisan ini, KARAMAH melalui kerjasama MURDER MERCHANDISE mengeluarkan t-shirt "Yang Dilaknati", mengambil sempena judul lagu trek ke-4 dalam album mini "Huraisy".

Bahagian hadapan tertera gambaran peperangan, sedikit-sebanyak menggambarkan perjuangan muzikal dan lirikal KARAMAH. Di belakang t-shirt pula tercetak judul kesemua 4 buah lagu dalam "Huraisy" versi asal keluaran MARINERS MUSIC.


T-shirt KARAMAH "Yang Dilaknati" adalah keluaran eksklusif dan terhad dari MURDER MERCHANDISE. Tempahan mula dibuka sekarang! Tag: 100% cotton 190 gsm. Saiz yang disediakan dari S hingga XXL. Harga termasuk penghantaran pos: RM50 (Semenanjung) / RM60 (Sabah/Sarawak). Sekiranya berminat untuk mendapatkan t-shirt yang menarik ini, sila hubungi:

2014-01-22

SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN T-SHIRT


"Gerbang Kayangan" adalah album kedua SIL KHANNAZ dirilis pada tahun 1997. Pasti ramai yang teruja dan menggilai album tersebut yang turut memuatkan lagu-lagu mahakarya SIL KHANNAZ antaranya 'Santapan Terakhir Raja Bersiong', 'Merong Mahawangsa' dan sudah tentu lagu judul album 'Gerbang Kayangan'.

KU SERU LANGIT MEMBUKA BIDAI
KU SERU AWAN MENYEMBAH BUMI
MENGALIR PANAS DARAH DI RAGA
DARAH TURUNAN INDERA SAPURBA

Memperingati gemilangnya rilisan album ini, SIL KHANNAZ mengambil langkah mengeluarkan t-shirt eksklusif "Gerbang Kayangan" mempamirkan hiasan kulit album di bahagian hadapan dan petikan lirik 'Gerbang Kayangan' di belakang. 


Kualiti: Fruits of the Loom. Harga: RM60 (termasuk kos poslaju). Saiz (Ukuran): S (17.5") / M (19.5") / L (21") / XL (23") / XXL (24") / XXXL (25"). Pra-pesanan untuk menempah t-shirt ini telah dibuka! Penghantaran akan dibuat pada Februari 2014. Segera dapatkan t-shirt eksklusif ini dan kepada yang berminat, sila hubungi (inbox) capaian berikut:

GRUNDAR DEATH FEST 2014 - OFFICIAL GIG SHIRT

Sempena GRUNDAR DEATH FEST 2014 yang bakal berlangsung pada 1 Mac 2014 di Stopzone Arena, Larkin Idaman, Johor Bahru, pihak penganjurnya GRUNDAR PRODUCTION turut mengeluarkan t-shirt rasmi acara tersebut. 


Presale Grundar Death Fest 2014 official t-shirt dibuka sekarang!!! (percuma sticker untuk 40 pembeli terawal)

material:
gildan premium
plastisol ink

harga presale:
RM40 - byhand di venue GDF14
RM46 - poslaju Semenanjung
RM50 - poslaju Sabah/Sarawak

harga selepas presale:
RM50 - byhand
RM56 - poslaju Semenanjung
RM60 - poslaju Sabah/Sarawak

Pembayaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 31/1/2014

akaun info:
0121 0002669 201 - CIMB Mohamed ZahirulFaiza B Zakaria
1-01192-0016859-3 - RHB Mohamed ZahirulFaiza B Zakaria

SMS 0197754600 (Prop) setelah bank-in dan nyatakan nama, alamat, saiz dan kuantiti. Sekiranya ambil di venue alamat tidak diperlukan. Pesanan melalui pos akan dihantar selepas 1/3/2014.

INFORMASI:

BERKAITAN:

ARKHAYTULMAYT - "CHANT OF ARCHAIC TOMBS" EP 2007


ARKHAYTULMAYT diangkat sebagai sebuah band lagenda Death Metal dari Shah Alam, Selangor. Ditubuhkan pada 1998, mereka merilis demo pertama "Evening Flight" (Demo 1999) di mana line-up ketika itu terdiri daripada Waxs Witchell (vokal), Jai Zaffeerun (gitar), Gorgomieth (gitar), One Nakarazakth (bass) dan Kerry Arkhaytul (dram).

Tercatat di metal-archives.com ARKHAYTULMAYT merilis "Hell Hordes of Darkness" (Demo 2002) namun status rilisan ini agak diragui. Pada tahun tersebut juga (2002), Waxs Witchell dan Gorgomieth membawa haluan menubuhkan DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY, band berkonsepkan War Black/Death Metal. ARKHAYTULMAYT menyepi tanpa berita!

Terkini, ARKHAYTULMAYT tiba-tiba muncul menghebahkan pengeluaran sebuah rilisan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Ia secara rasmi merupakan material kedua band ini, himpunan 4 buah lagu yang dirakam sekitar tahun 2007. Pengeluaran "Chant Of Archaic Tombs" EP bakal direalisasikan pada penghujung Januari 2014. 

ARKHAYTULMAYT - Chant Of Archaic Tombs (EP 2007) akan dicetak terhad kepada 150 unit (handnumbered) sahaja! Harga: RM10 (edaran tangan) / RM15 (melalui pos). Hubungi Kommander Waxs - www.facebook.com/osmantikos666 - untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rilisan ini. Bertindak segera atau anda terlewat!!!

2014-01-21

HELOISA - COLONY OF THE MIRROR T-SHIRT


HELOISA "Colony Of The Mirror" T-SHIRT khabarnya dikeluarkan sebanyak 10 helai sahaja! Untuk mengetahui status terkini pengeluaran t-shirt eksklusif ini, sila hubungi Shah Zuriarts di laman: www.facebook.com/shah.zuriarts

INFORMASI:

AL AZAZHIL - KARAK PUAKARH EP 2014


AL AZAZHIL - Eastern Black Metal dari Kuala Lipis, Pahang - meraikan ulangtahun ke-10 penubuhan dan pergerakan mereka di persada metal underground dengan pengeluaran sebuah EP berformatkan CD berjudul "Karak Puakarh". EP ini mengetengahkan 4 buah lagu serta sebuah outro sepertimana senarai berikut:

01. Thy Greatness
02. Karak Puakarh
03. Ritual ov Pawang Bongok
04. Moonlight Lady of Bentong
05. Outro


Menurut sumber, semua trek yang terkandung dalam EP ini dirakam pada sekitar Julai 2012 hingga Disember 2013 di Wakaf Studio kecuali dram di Zmin Studio, Jerantut. Ahli AL AZAZHIL yang terlibat dalam rakaman terdiri daripada The Deathness (vokal/bass), Syaf Azazhil (gitar/kibod) dan Dharakhdhara (dram).

Produksi "Karak Puakarh" ini dilaksana melalui kolaborasi WAKAF PRODUCTION [Kat#: WKP666-010] dan MTD PRODUCTION [Kat#: MTDPROD24] pada kuantiti terhad 100 unit salinan sahaja dan dipasarkan pada harga RM15 seunit.

INFORMASI:

WRAITH - II


Tidak banyak yang diketahui tentang WRAITH. Mereka cukup berahsia malah berketrampilan misteri! Apa yang boleh dijadikan panduan, sekitar tahun 2009 mereka merilis demo "War Blackthrash Attack!!" dan terbabit dalam split/kompilasi "Petaling Jaya Nationalist Attack Metal". Selepas kali terakhir muncul di pentas KL BLACK FEST 2013 pada 29 Disember tahun lalu, gerombolan Obscure Metal dari Selangor ini muncul dengan rilisan berjudul "II".


"II" dikeluarkan di bawah kerjasama dua label; MTD PRODUCTION [Kat#: MTDPROD23] dan PRODUKSI PURNAMA [Kat#: PP01] dicetak terhad kepada 50 salinan sahaja! Kandungan "II" adalah 4 buah lagu berserta penambahan sebuah intro, sebagaimana senarai berikut:

01. Deathkampf
02. Kapital Punishment
03. Krematory Holokaust
04. Penghapusan Etnik
05. Outroduktion

WRATH - "II" CD diedar pada harga RM11. Hubungi mtd_prod666@yahoo.com sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Demo CD ini.


INFORMASI:

SHITNOISE BASTARDS - "NO LIFE HERE NO PEACE THERE" EP


BROKEN NOISE RECORDS telah merilis material terbaharu dari unit Raw Grind/Noisecore Shah Alam SHITNOISE BASTARDS, berjudul "No Life Here No Peace There". Berikut adalah teks dari Jimbo, pemilik label berkenaan:

Finally! # NOISE057: SHITNOISE BASTARDS - No Life Here No Peace There DIY DIGIPAK CDR. Out now! Limited 44pcs only + hard outdoor stiker. Total noise and ear torture! Contact ladingsatu@gmail.com for your copy. More noise for life!


"No Life Here No Peace There" EP dijual pada harga RM10 edaran tangan. Untuk pesanan pos, sila hubungi pihak label berkaitan kos penghantaran. Emel: ladingsatu@gmail.com. Limited copies for Noise Grind lovers!

INFORMASI:

25/02/2014 - DOOM : LIVE IN KUALA LUMPUR

TARIKH: 25 FEBRUARI 2014 (SELASA) | TEMPAT: BLACKBOX PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS - KUALA LUMPUR | MASA: 8.30MLM | TIKET: RM35 | BAND: DOOM (UK) / THE BOLLOCKS / HELLEXIST / BLOOD LEGION | ANJURAN: KERBAUWORKS / NOT A FEST KUALA LUMPUR 


INFORMASI:

ARGON - PROMO 2014


Sebagaimana yang dihebahkan EKSTRIM dalam artikel Kembali Dengan Perencanaan Baru - ARGON pada awal Januari 2014 secara independen telah meriliskan Promo 2014 mereka, mengandungi dua buah lagu baru beraliran Brutal Death Grind.

TRACKLIST:
1. Slaughter Butcher
2. Eternally Damned


Promo CD ini boleh anda perolehi pada harga RM10 (edaran tangan) atau RM15 (melalui poslaju). Turut diedarkan oleh Grundar Production - http://grundar.com/. Mutakhir: Dimaklumkan oleh pihak band, promo ini telah habis dijual / tiada lagi dalam stok.

INFORMASI:

TERDAHULU:

2014-01-20

TORMENTOR - "THRASH ASSAULT" DEMO 2013


TORMENTOR?? Sepatah perkataan yang agak common untuk dijadikan nama band dalam persada muzik metal. TORMENTOR yang dipaparkan ini adalah dari Tenom, Sabah dan mereka memainkan muzik Thrash Metal. Dianggotai 4 anak muda terdiri daripada JayJay (vokal/bass), Ilham (gitar utama), Reza (gitar) dan Alen (dram), mereka baru sahaja meriliskan material sulung berjudul "Thrash Metal" Demo 2013. Demo ini mempertaruhkan 4 buah lagu, termasuklah sebuah saduran 'Rocking Metalkoholic Demon' lagu asal INSIDE (juga band Sabah).

TRACKLIST
01. Behind The Uglier Faces
02. Fight Or Die 
03. Thrash Assault
04. Rocking Metalkoholic Demon


HARGA: RM5 - edaran di tangan / RM6 - pos biasa / RM8 - pos berdaftar / RM10 - pos laju atau USD6 (incl. registered post) bagi mereka yang berada di luar negara. Hubungi TORMENTOR di alamat: P.O.Box 330, 89908 Tenom, Sabah atau emel: hellarm10@gmail.com. From Tenom with Thrash..


INFORMASI:

ATOMICDEATH - RE-ATOMATION EP 2014


Thrash Metal / Crust Punk ATOMICDEATH kembali dengan rilisan 7" EP berjudul "Re-Atomation" rasminya dikeluarkan pada 3 Januari 2014 oleh NEXRO RECORDS [Cat.No: NR04]. EP ini menghidangkan dua buah lagu baru, dicetak sebanyak 200 salinan sahaja. 

TRACKLIST
Side A: Till the Violence End
Side B: Hell Reign on Earth


Untuk pasaran tempatan, 7" EP ini beredar pada harga RM35 (telah termasuk kos pos). Sekiranya berminat, sila panjangkan pesanan anda di emel: nexrorecords@gmail.com

INFORMASI:

MODAR - DOOM OR BE DOOMED T-SHIRT


Sempena kemunculan MODAR, lagenda Doom Metal tempatan dalam gig DUNGUN DECIMATOR BERAT 666 di Dungun, Terengganu pada 28 Disember 2013 lalu, MODAR telah mengeluarkan t-shirt yang sangat eksklusif dan terhad, digelar "Doom or Be Doomed". Walaubagaimanapun, dilaporkan MODAR tidak sempat beraksi dalam gig tersebut akibat serbuan dan arahan pemberhentian oleh pihak berkuasa. Kurang pasti samada t-shirt ini masih boleh diperolehi atau sebaliknya. Harga cuma RM50 termasuk poslaju.

Hubungi Faizal Ramli - www.facebook.com/mohdfaizal.ramli.12

LARRONG - BEHEADING 'EM ALL T-SHIRT


LARRONG "Beheading 'Em All" Official TS

Saiz: S / M / L / XL / XXL
Water Base Plastisol
Tag: Fruit Of The Loom
Harga: RM40 (Termasuk Kos Pos)

CARA MEMESAN:
Sila sms/whatsapp ke 0111-9834434 atau PM dengan menulis

1. LARRONG Beheading 'Em All
2. Saiz Tshirt
3. Jumlah Pesanan
4. Nama & Alamat Lengkap (termasuk poskod dan No.Telefon)
5. Nama Akaun Bank yang mudah untuk anda bank-in
    Cth: MAYBANK, CIMB, AGRO, RHB dll.

Pesanan anda akan dikirimkan melalui POS LAJU.


INFORMASI:
www.facebook.com/pages/Larrong/204622566219138

SUFFERCATION - PENGUMUMAN AWAL 2014

Sejurus tampil selaku teraju utama dalam BLAST FROM THE PAST yang berlangsung pada 5 Januari 2014 di Black Box Publika Solaris, Kuala Lumpur, SUFFERCATION telah membuat beberapa pengumuman penting di awal tahun 2014 ini.

Foto Ihsan: Mohammad Shahrul

Pertama, Jeff Illias secara rasminya telah keluar meninggalkan SUFFERCATION atas sebab komitmen terhadap keluarganya. Tempat Jeff Illias akan diganti oleh saudara Ijall, vokalis yang bukannya asing kepada SUFFERCATION. 

Kedua, kemasukan semula Ijall di posisi vokal melengkapkan barisan pemuzik SUFFERCATION 2014, di mana turut dianggotai oleh Adly Razak (dram), Rob Razak (gitar), Loli (gitar), Matt (bass) dan Kamal (gitar). Kedudukan Loli, Kamal dan Matt masing-masing akan saling berganti dan mengisi, bergantung kepada situasi. 

Ketiga, SUFFERCATION mengumumkan bakal merilis semula album kedua mereka "Cryptic Existence" dengan penambahan dua buah lagu baru dalam format CD. Selain hiasan kulit yang baharu, kualiti bunyi material asal juga akan diberi penambahbaikan. Dijenamakan semula sebagai "Ancient Visions Disappear.. Then Rise.. Cryptic Existence..", album ini dijangka berada di pasaran pada Mac 2014 nanti melalui terbitan/edaran IGM (Inter Global Music Malaysia).

INFORMASI:

CAKERAWALA - EP 2013 TELAH TERBIT!


Band berpaksikan Death Metal Radikal dan Progresif dari Pulau Pinang, CAKERAWALA akhirnya mengumumkan pengeluaran EP "self-titled" 2013 mereka di mana terkandung di dalamnya sejumlah 4 buah lagu. CAKERAWALA yang dibarisi oleh Az Wie (vokal utama/gitar), Vinoth (gitar/vokal), ChuXian (bass) dan Teng Yi (dram/vokal) baharu sahaja muncul di pentas GOMBONG MONSTER FEST #3 (Jawa Tengah, Indonesia, 12 Januari 2014) dan TRIBUTE TO METALLICA (Kuala Lumpur, 19 Januari 2014).

Tracklist:
1. Ozawa
2. Algorithm
3. Resurrect Thy Nation
4. Defeat The Purpose


KENYATAAN RASMI [Dalam Bahasa Inggeris]:
Behold the final product... the self-titled EP of CAKERAWALA! You can now purchase a copy of our EP. Just PM us at the official CAKERAWALA Facebook Page. The 4-track compact disc comes with a Digipak packaging and is priced at only RM10 (postage fee excluded). Delivery nationwide. Yes, no matter where you are, we can send it to you! For details on the EP and delivery, feel free to enquire us here on our Facebook page, or PM any member of the band as tagged in this post.

This EP was co-produced by Cakerawala and Uprising Studio (KL). All four tracks in this EP are written and performed by us. All artworks in this EP are also self-produced. We have put an immense effort and countless hours to perfect this radical/progressive death metal masterpiece, so make sure you show us some support by buying this CD! Half of the first print of 300 CDs have already been pre-booked, so make sure you make your order fast! 

EP 2013 ini telah mula diedarkan pada harga hanya RM10. Sekiranya berminat, sila berhubung di laman facebook mereka atau emel totalazwi@yahoo.com atau di talian +60193675755 (Az). 

INFORMASI:

TERDAHULU:

09/02/2014 - THE SPIRIT OF MALAYSIAN REBELLING TROOPS 2014

TARIKH: 9 FEBRUARI 2014 | TEMPAT: WATERPLACE CLUB, JALAN DORAISAMY, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG - 10MLM | TIKET: RM25 (PRESALE RM20) | BAND: ACID RAIN / BROWN ATTACK / INSULTOR /  VOICETEROUS OI! / HELDRASIL / REVIVAL 98 / THE SCRUFFY'S / WABAKI / BLOODY BOOTS / TERROR RIOT / JUGRA

2014-01-16

JUGRA - ALBUM SULUNG AKAN DATANG!!

JUGRA merupakan kumpulan muzik pertama di negara ini yang telah menggabungkan irama Oi! Skinhead dan Metal di dalam lagu. Lebih tepat, ia adalah kombinasi RAC dan NSBM, kemudiannya digelar sebagai Patriotik Metal. JUGRA dilaporkan dalam persiapan untuk melahirkan album sulung mereka yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2014 ini.

"Kesemua trek telah selesai dirakamkan dan kini sedang dalam proses mixing / mastering dan produksi kilang. Dapatkan CD ini apabila muncul kelak untuk ketahui sendiri keunikan yang ditonjolkan JUGRA", maklum Daeng Andika selaku pemain gitar dan vokalis. JUGRA turut dianggotai oleh Daeng Kepalang (bass/vokal) dan Daeng Lumania (dram).


Bakal diriliskan oleh HERITAGE NUSANTARA PRODUKTION, album sulung ini memuatkan 8 buah lagu berirama RAC + NSBM acuan JUGRA, sebagaimana senarai berikut:

01. Daulat Jugra
02. Darah & Maruah
03. Kebangkitan Bangsa
04. Bangkit Malaya...
05. ...Dan Rampas Kembali Kedaulatan Kita
06. Patriotik Metal
07. Sumpah Anak Watan
08. K.M.M

PREQUEL ALBUM SULUNG JUGRA
Video ini merupakan prequel promosi album sulung JUGRA yang akan muncul sekitar pertengahan 2014 ini. Trek yang disiarkan di video ini adalah untuk tujuan promosi sahaja. Oleh itu kualiti bunyinya di tahap asal (bukan yang di-mix). Untuk kepuasan audio sebenar album JUGRA, dapatkan yang asli kelak di pasaran!


"Ini adalah RAC bertemu NSBM. Irama patriotik yang asli dan identikal. JUGRA memainkan apa sahaja yang kami rasakan kami suka. Tanpa sebarang kompromi! Asalkan pendengar dan pejuang bangsa dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Mudah-mudahan!", ujar Daeng Andika memperkemaskan maksud muzikal mereka. Lagu-lagu JUGRA turut mengandungi bahagian-bahagian yang menepati kemahuan pendengar Rock Kapak, Power Metal hatta Black Metal pantas.

Nantikan kemunculan album sulung JUGRA. Kumpulan PATRIOTIK METAL pertama di Tanah Melayu! Asli dan tulen.

INFORMASI:

RAVENLORD - "MARTYR, HAIL" T-SHIRT


Masih mengingati RAVENLORD? Satu-satunya rilisan mereka adalah album "Martyr, Hail" dikeluarkan pada tahun 2000. Sebelum itu mereka pernah juga muncul dengan kontribusi sebuah lagu dalam kompilasi INTRUSION OF DARK JOURNEY (1993) menggunakan nama asal mereka MISANTHROPE.

RAVENLORD yang begitu lama menghilang dijadualkan tampil sebagai aksi utama atas pentas MARCH OF AGGRESSION - The Allegiance Of Darkness and Death 2014, berlangsung pada 1 Februari ini di Pennylane Gig Hall, Sunway Mentari. Kembalinya RAVENLORD turut dirai dengan keluaran terhad t-shirt "Martyr, Hail".

Dikeluarkan oleh RENASCENT AXIS PRODUCTION, pra-pesanan telahpun dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki t-shirt ini. Ia terdapat dalam saiz S, M, L, XL dan XXL. Berharga cuma RM35 (belum termasuk kos penghantaran). Tempahan boleh dibuat di emel renascent.axis@gmail.com atau SMS di talian 0102187824.


INFORMASI:

05/04/2014 - SARAWAK METAL REGIME 2014

Tarikh: 5 April 2014 | Tempat: Apollo KTV, Sibu, Sarawak | Masa: 1.00 tgh - 6.00 ptg | Tiket: RM18 | Band: BRAIN DEAD (Taiping) / VOLTAN (Sibu) / MENTALLY MURDERED (Kuching) / LARRONG (Sibu) / CURSE OF GOD (Bintulu) / ERECTUS (Bintulu) / DEMONWAR (Kuching) / BENCANA (Kuching) / TAHI SUCI (Bintulu) UNHOLY SIN (Daro) | Anjuran: MeNJREX NeRTO Productions


22/03/2014 - PURUNISTIC PANZER FEST

TARIKH: 22 MAC 2014 | TEMPAT: AZIMAT STUDIO, BANDAR LAGUNA MERBOK, SUNGAI PETANI, KEDAH | MASA: 2PTG | TIKET: RM30 | BAND: BALBERITH (Singapura) / HELOISA / DARK NIRRAJIM / MORGGORM / ZURIARTS / NOSFERIEL / SANTAU / SINTOXICATE | ANJURAN: METAL THRONE


INFORMASI:

KARAMAH - T-SHIRT KELUARAN PERTAMA


KARAMAH dengan kerjasama OLDGOATCORPSE PRODUCTIONS selaku pencetak dan pengeluar yang dilantik telah mengeluarkan t-shirt pertama mereka, secara eksklusif terhad kepada 40 helai sahaja! Saiz yang disediakan adalah S, M, L, XL dan XXL. Menurut pihak label, sambutan yang diperolehi amat menggalakkan, tempahan dibuka hanya sehingga 5 Januari 2014 yang lalu dan pesanan-pesanan yang telah diterima mula dipos pada 16/1/2014.


Rekaan t-shirt sulung KARAMAH ini agak ringkas tetapi menarik, dengan konsep hijau sebagai tema warnanya. Di bahagian hadapan tertera logo band serta sebilah pedang, seolah-olah menggambarkan jihad atau intifada muzik KARAMAH itu sendiri manakala di belakangnya tercatat slogan IN METAL WE BLAST, IN ISLAM WE TRUST secara langsung memaksudkan perjuangan sebenar KARAMAH.

Rugi kiranya anda terlepas memiliki t-shirt ini. Kemukakan rayuan anda, manalah tahu anda masih bernasib baik dan berkesempatan.

SEBARANG PERTANYAAN:

2014-01-15

PSYCHOTIC SUFFERANCE - SPLIT BERSAMA LAKNAT


Ini unit pemecah kesunyian! Mereka tidak pernah kenal lelah dalam berkarya dan merilis. PSYCHOTIC SUFFERANCE dari Seremban terus aktif dan produktif. Ucapan "Selamat Tahun Baru 2014" mereka disertai dengan pengumuman rilisnya split tape PSYCHOTIC SUFFERANCE bersama sebuah band Grindcore dari Malang (Jawa Timur, Indonesia) iaitu LAKNAT. Split Tape ini berada di bawah kolaborasi produksi dan distribusi dua label dari Indonesia juga, iaitu TARUNG RECORDS dan MOVEMENT RECORDS. Cetakan terhad 50 salinan sahaja!

MAKLUMAT LANJUT:

AL AZAZHIL - "JELAIAN CRUELTY" DIKELUARKAN SEMULA


Band Eastern Black Metal dari Kuala Lipis dikenali dengan nama AL AZAZHIL mendapat tawaran dari WAKAF PRODUCTION untuk mengeluarkan semula Demo 2008 mereka yang berjudul "Jelaian Cruelty". Menurut pihak label, versi rilisan semula ini diberi sentuhan hiasan kulit yang baharu, dizahirkan dalam format DIY slipcase pro-printable CDR dan terhad kepada 55 salinan sahaja. Harga yang perlu dibayar untuk memiliki CD ini adalah RM20 (termasuk kos penghantaran), atau dapatkan secara pertukaran barangan (trade) dan ejen distribusi yang berminat untuk mengedar "Jelaian Cruelty" ini boleh bertanyakan tentang harga pukal (wholesale). Demo ini dianggap 'cult' oleh sesetengah pihak. 

Lagu Terkandung:
1. Intro: Silent Eve
2. Sacred Evilness
3. Jelaian Cruelty
4. The Deathness

HUBUNGI:

OFFICIAL PROMO: SABAH DEATHFEST #2

Untuk makluman mereka-mereka yang menantikan Sabah Deathfest #2, ianya akan berlangsung pada 5 April 2014 ini bertempat di Cowboy Bar, Asia City - Kota Kinabalu. Acara kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran 2 band luar iaitu Cardiac Necropsy dari Singapura serta Tenggorokan dari negara jiran iaitu Indonesia. Sabah Deathfest kali ini turut dimeriahkan dengan band-band lokal seperti Perpetual, Purge The Arbitrator, Akagrish, Penguasa Anjing dan beberapa band lagi. Berikut adalah promo flyer dari komuniti Sabah Deathfest dan mohon sokongan anda semua. Berita oleh: Mahatir Mutalip



INFORMASI:

08/02/2014 - ALOR SETAR METAL FEST 2014

PENGUMUMAN 26/01/2014: A.S METAL FEST 2014 DIBATALKAN.

TARIKH: 8 FEBRUARI 2014 | TEMPAT: SYURGA - ALOR SETAR, KEDAH | MASA: 2PTG - 7 MLM | TIKET: RM30 | BAND: IMPIETY / SILENT DEATH / NEFARIOUS AZARAK / MORGGORM | ORGANISASI: METAL ZONE DISTRO


INFORMASI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...