2013-07-29

SAUTS ALASTOR - KELUARKAN SEMULA "SAUTS MONASTERY" DEMO 1997


SAUTS ALASTOR merencana untuk merilis semula demotape 1997 mereka berjudul "Sauts Monastery" dalam format CD dan juga kaset. Menurut Wil Astagoth selaku vokalis dan gitaris band Black Metal ini, rilisan semula ini akan dikeluarkan dalam kuantiti yang mungkin terhad, mengekalkan kualiti material audio dan senireka asal. Demo "Sauts Monastery" mengandungi 4 buah lagu dirakam di Black Widow Petaling Jaya dan Sunset Beat Subang Jaya sekitar 1996-1997. 

Tracklist:
01. Devouring The Purity of Holliness  
02. Sauts Monastery  
03. Midnight Ville  
04. Zarach Ba'al Taragh

Pada tahun lalu 2012, SAUTS ALASTOR telah merilis sebuah Single CD berjudul "Infernvs Daemonvm" melalui label Eastern Voice Production. Band ini pada masa ini dibarisi oleh Wil Astagoth (vokal/gitar), Shaharoth (gitar), Meeroth (bass), Razi Blasphemy (dram) dan Nick (kibod). Untuk makumat lanjut sila ke www.sautsalastor.com


BERITA Oleh Wil Alastor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...