2013-07-03

FAITHCRAFT PRODUCTIONS TIDAK MENYOKONG AKTIVITI DOWNLOAD


Faithcraft tidak menyokong sebarang aktiviti download mp3 dari kumpulan-kumpulan muzik arus perdana atau bawah tanah. Kegiatan ini walaupun sekadar berkongsi karya sebenarnya telah membunuh karya itu sendiri, membawa kepada bankrupsi dan mengkebumikan kumpulan-kumpulan yang anda minati itu secara perlahan. Lebih-lebih lagi pada kumpulan-kumpulan muzik kelas pekerjaan yang menerbitkan karya mereka dengan menggunakan keringat sendiri. Hakikatnya anda tidak menghargai karya itu. 

Hak terletak pada seseorang itu samada dia rela dirompak demi menyebarkan karyanya jika ia menganggap ia sebagai situasi ‘menang-menang’. Dan menggangap bermuzik atau berkarya itu sebagai satu hobi. Namun bagi mereka yang berpadukan dari sokongan tunai dan modal untuk menjana sesuatu karya baru. Pasti ia membebankan dan merugikan.

Kumpulan-kumpulan muzik dan label yang berpendapat yang sama boleh menggunakan logo yang dibuat Faithcraft sebagaimana di atas pada material-material anda jika mahu. Tiada hakcipta.

http://faithcraftmobile.blogspot.com
http://www.facebook.com/Faithcraftproductions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...