2013-07-03

NIRRAJIM RILIS "BISIKAN TALKIN" DEMO 2013


JANGAN terkeliru dengan Dark Nirrajim berasal Pulau Pinang yang anda kenali sebelum ini. NIRRAJIM yang diketengahkan ini adalah dari komuniti Gerakan Amalan Hitam Muar. Setelah setahun ditubuhkan, Nirrajim akhirnya menghasilkan sebuah Demo 2013 berjudul “Bisikan Talkin” menampilkan 6 buah lagu ciptaan Haniff Anuar dan ahli-ahli band. 

EKSTRIM berpeluang menghubungi Haniff Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Anep, bercakap mengenai genera Black Metal yang dimainkan. “Nirrajim membawakan konsep Eastern Black Metal, bermaksud keseluruhan melodi, riff dan solo lagu lebih kepada kemelayuan. Antara band yang mempengaruhi corak muzik Nirrajim adalah As Sahar, Batu Nisan, Tanah Kubur dan tidak lupa band yang menjadi mentor aku yang juga kawan aku sendiri dari Muar iaitu PENANGGALS, sebab muzik mereka lebih kepada kemelayuan”, kata Anep mengenai muzik bawaan Nirrajim dalam rilisan “Bisikan Talkin” Demo 2013.

NIRRAJIM yang ditubuhkan pada awal tahun 2012 dianggotai oleh 3 ahli pemuzik; Anep selaku vokalis dan gitaris, Mambang Siamang bermain gitar bass dan Awen di bahagian dram. “Tapi sebelum line-up Nirrajim 3 orang ni, Awen pernah hold dalam setengah tahun atas sebab komitmen kerja. Dia diganti sementara oleh Boy sebelum tertangguhnya proses rakaman hampir dua bulan.. Selepas itu, Awen kembali semula dalam Nirrajim dan kami terus ke studio untuk rakaman demo Nirrajim ni”, kata Anep berhubung keanggotaan Nirrajim. 


MENURUT Anep, lirik-lirik Nirrajim kebanyakannya berkisarkan alam kematian dan alam mistik. Beliau menegaskan tiada langsung lirik yang berunsurkan negatif dalam lagu-lagu Nirrajim. Demo “Bisikan Talkin” mempertaruhkan 6 buah lagu, termasuk sebuah instrumental dijual pada harga RM10 (edaran tangan) atau RM15 (melalui pos). Lagu-lagu yang terkandung dalam demo tersebut adalah seperti tracklist berikut:
1. Intro
2. Nirrajim
3. Bisikan Talkin
4. Cinta Sari Dewi
5. Hijjab
6. Atas Nama Nirrajim

DALAM usaha menghasilkan demo pertama Nirrajim ini, kaedah rakaman langsung dijalankan di sebuah studio di Melaka. “Rakaman asalnya sepatutnya di studio Doushce Muar (owner bassist Nirrajim) tapi disebabkan ada masalah teknikal dan recorder rosak, demo tu sempat rakam 2 lagu sahaja. Kemudian, demo tu tertanguh hampir 2 bulan lepas dan sepatutnya diriliskan pada bulan Mei di MKB Bangi semasa Nirrajim perform di sana. Lastly, kitaorang ambil keputusan rekod tempat lain di Adam Studio Cheng Melaka (owner Dak Andy). Kaedah rakaman sepenuhnya Live rekod + mixing... memang kitaorang taknak buat track by track.. kami nak yang original”, kata Anep merujuk kepada proses rakaman untuk Demo 2013 ini.

BAGI menyemarakkan lagi usaha mempromosi kelahiran “Bisikan Talkin”, sebuah promo video telah dihasilkan, boleh disaksikan di: http://youtu.be/n97hVef1PVw


NIRRAJIM mengharapkan mereka dan “Bisikan Talkin” dapat diterima dengan baik dan diberi sambutan yang menggalakkan. “Harapan Nirrajim, agar semua orang boleh terima Nirrajim dalam dunia scene Black Metal dan boleh terima muzik yang lahir dari kami sendiri. Pada masa yang sama, kami nak naikkan nama Muar (Gerakan Amalan Hitam Muar) di dalam scene Black Metal. Tak lupa juga, harapan dan hasrat aku (Anep), Mambang Siamang dan Awen... teringin sangat lagu instrumental bertajuk Atas Nama Nirrajim jadi cover atau background siri drama Melayu Malaysia.. hehe.. sebab lagu tu sentuhan instrumental dari solo lagu Bisikan Talkin + Cinta Sari Dewi digabungkan dengan rhytm melodi gitar + bass dan diakhiri dengan pukulan dram yang cukup sentimental,hehe... Lastly, harapan kitaorang juga dapat perform dengan band yang otai-otai di satu stage yang sama samada di dalam Malaysia ataupun luarnegara, hehe..” akhir kata saudara Haniff Anuar menyatakan harapan Nirrajim dari penghasilan demo ini.

Hubungi FB: Haniff Anuar atau emel: nirrajimmuar@gmail.com

BERITA TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...