2013-07-23

MUNTAH DARAH - BAKAL RILIS MCD "FROM BASTARD TO BASTARD"


Sekumpulan 4 remaja dari Beaufort, Sabah yang menggelarkan diri mereka sebagai MUNTAH DARAH bakal merilis sebuah MCD di bawah produksi GRUNDAR PRODUCTION. Berjudul "From Bastard To Bastard", MCD ini dirancang untuk rilisan semasa siri Borneo Tour mereka; iaitu 14/09/2013 di Kuching, Sarawak dan 15/09/2013 di Kota Kinabalu, Sabah. 

Muntah Darah adalah generasi baru yang memilih untuk memainkan muzik Grindcore, di mana stail mereka berpandukan band-band seperti Magrudegrind, Necro Torture, Napalm Death, Diseksa, Nasum, Terrorizer, Hellcore, Excreted Torture, Wormrot, Nashgul, Raja Singa, Damokis dan seumpamanya. Muntah Darah mula menunjukkan taring mereka pada Grundar Death Fest 2013, Damokis/Sickness "Necrosymphonies Of Mother Whoring" Tour 2013 dan Sabah Death Fest 2013.

Sebelum ini Muntah Darah pernah merilis sebuah demo berjudul "Pemimpin Durjana" pada 2011 dan sebuah Split CD bersama BAHAJANG (Grindcore dari Ipoh)  bertajuk "Operasi Bangkai" di sekitar 2012. Muntah Darah adalah satu bakat baru yang perlu diberi perhatian. Nantikan kemunculan "From Bastard To Bastard" MCD 2013.

http://www.facebook.com/muntahdarahgrind
http://www.grundar.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...