2013-07-23

REPLIC VOID - DALAM PROSES REFORMASI

REPLIC VOID adalah sebuah grup Death Groove Metal dari Alor Star ditubuhkan pada 1993. Mereka adalah salah satu band yang datang dari generasi kedua gerakan underground Metal di Kedah. Replic Void ditubuhkan oleh vokalis dan pemain gitar Sean Valdry serta pemain bass mereka Nuno Apache. Tidak lama selepas itu, dua orang ahli tambahan, Achun dan Arn menyertai keanggotaan sebagai pemain drum jemputan. Band ini sempat merekod sebuah demotape berjudul "Comes With A Million Souls", kemudiannya bergerak dalam keadaan line-up yang silih berganti, dan akhirnya dibubarkan pada tahun 2004. Pada Februari 2010, hasil perbincangan antara Sean Valdry dan Nuno Apache, persetujuan dicapai untuk menubuhkan semula dan menghidupkan kembali Replic Void. Walaubagaimanapun ketiga-tiga bekas pemain dram mereka sebelum ini tidak mungkin dipanggil untuk menyertai reformasi Replic Void disebabkan masalah-masalah sikap, kesihatan dan keluarga. Sementara menanti informasi lanjut berkaitan reformasi Replic Void, di sini disertakan dua video muzik lagu terdahulu Replic Void. Layan...

Replic Void - Comes with Million Soul

Replic Void - AdDari

Informasi:
Sean Valdry - www.facebook.com/paklon.badri
Nuno Apache - www.facebook.com/nuno.apache.7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...