2013-07-26

NEKRAD - "NEKRADVAGANZA" ALBUM 2013


NEKRAD mula menonjol di persada metal tanahair pada 2012 apabila mereka merilis sebuah split bersama Vociferation Eternity berjudul "Dragonia Pegaso" sekitar Februari 2012. Kumpulan pemuzik berasal Ipoh, Perak ini sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1999 lagi dan pada tahun yang sama penubuhan mereka telah dikeluarkan sebuah demo "The Realm of Darkness" menampilkan 4 buah lagu dan sebuah intro. Nekrad muncul membuat persembahan pentas buat kali pertama pada tahun 2000 dalam gig Ipoh Loudblast Anthem part II bersama Bazzah, Necrotic Chaos, Sauts Alastor, Tandus and Eibon. Selepas itu aktiviti Nekrad agak terencat ekoran permasalahan komitmen dalam barisan keanggotaan band ini. Mereka kembali bersatu sekitar 2007 dan akhirnya tampil dalam split bersama Vociferation Eternity.

Susulan kejayaan rilisan split "Dragonia Pegaso" tersebut, Nekrad dilihat tidak lagi mahu menoleh kebelakang. Berkonsepkan Extreme Gothic Metal, Nekrad yang ketika ini dibarisi oleh Lufias NekraD (vokal), Belial NekraD (gitar), Judas Nekrad (bass), Raven Dragonia (kibod), Akhyenue Majestic (dram) dan Miryam Nekrad (vokal) bakal merilis album penuh pertama mereka berjudul "Nekradvaganza" tidak lama lagi. Dilaporkan CD ini pada masa ini sedang dalam proses cetakan. "Nekradvaganza" mempertaruhkan 11 buah lagu, termasuk dua buah lagu bonus. Senarai-lagu adalah sebagaimana berikut:

01. When Master And Crow Arises
02. Old Lucifer Had A Farm
03. One Little Two Little Devil
04. Raging War And Despair
05. Twinkle Twinkle Little Scar
06. Itchy Bitchy Demon
07. Baba Black Goat
08. The Gothic Freak!
09. The Scarlet Umbrella
10. Absolute Gaban (bonus)
11. Tranquillity Beyond Disharmony (bonus)

Sekiranya anda teruja dengan muzikal bawaan Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Agathodaimon, Old Man's Child dan Children Of Bodom, di Malaysia Nekrad adalah jawabannya. Nantikan perkembangan semasa kelahiran "Nekradvaganza", album penuh pertama dari Nekrad. 

http://www.facebook.com/pages/NekraD/225978044103122
http://www.nekrademus.com/

INFORMASI Oleh Lufias Nekrad

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...