2013-07-05

CORONATION - SELFTITLED DEMO 2013

CORONATION telah ditubuhkan sekitar Februari 2012, berpengkalan di negeri Selangor. Mereka dibarisi oleh Unblessed Molestator selaku pemain gitar, Invocator Necromagus sebagai vokalis dan juga pasangan adik-beradik iaitu R.Impaler di bahagian dram serta Nunwhore Fornicator di posisi bass. Tanpa diduga, CORONATION yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini telah merilis material sulung mereka selftitled Demo 2013. 

Menurut pihak CORONATION, mereka mendukung muzikal genre Black Death Metal era 90an berinspirasikan kumpulan-kumpulan seperti Beherit, Archgoat, Abhorer dan juga Carcass lama. Demo “Coronation” telah dirakam secara live di Mayhem Studio pada 27 Januari 2013, mengandungi 6 track seperti berikut:

01. Coronation Of Temple Below (intro)
02. Ceremonial Crucifixion Blood
03. Lord Of Hidden Knowledge
04. Prophecies
05. Occultus Templi
06. Moonblood Perversion


Pengeluaran demo ini dibiayai sepenuhnya oleh anggota CORONATION sendiri dan ianya diriliskan dalam bentuk Pro-Tape. Setiap unit hanya berharga RM10 samada edaran di tangan ataupun melalui pos. Sebarang pertanyaan serta pembelian, sila hubungi CORONATION di emel: Rois.Baufumez@gmail.com

http://coronations.bandcamp.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...