2013-07-04

KRASICK 666 - KIBARAN PANJI BLACK METAL


"KRASICK 666 ditubuhkan di daerah Membakut, Kota Kinabalu semasa di era persekolahan iaitu pada tahun 2002 (era samseng) oleh 4 orang anak muda yang gemarkan muzik Black Metal. Line-up pada masa itu Mathie (gitar utama), Suprie Teo (gitar kedua), Sharthzwie (bass), Zaanth (vokal) dan Zam Gurumon (dram). Faktor mendorong kami dalam penubuhan band ini adalah untuk mengibarkan muzik-muzik Black Metal. Sepanjang kewujudan band ini banyak suka duka yang kami lalui dan masalah yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa membekukan pergerakan band ini sementara waktu, pada ketika itu kami telah merekod demo pertama "Kebangkitan Ilmu Kebatinan" yang dibantu oleh Azmie (Deathrobe) terhenti seketika. Pada tahun 2008 apabila Suprie Teo (gitar kedua) membuat keputusan menghidupkan semula band ini dan telah berbincang dengan rakan-rakannya dan persetujuan sebulat suara dan secara rasmi band ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan demo pertama yang telah pun rilis dikeluarkan oleh Derangement Project Production dirakam di Ballabak Record yang turut membantu dalam pembikinan demo ini ialah C-Dinth dan Naminth (Majestic East), Bataris Sangpi dan Joad (Manggas)", bicara Sharthzwie memulakan cerita penubuhan dan perjalanan Krasick 666. 

MENURUT Sharthzwie lagi, line-up asal Krasick 666 adalah sebagaimana yang dinyatakan lebih awal iaitu; Mathie (gitar utama), Suprie Teo (gitar kedua), Sharthzwie (bass), Zaanth (vokal) dan Zam Gurumon (dram). Walaubagaimanapun mereka terpaksa menggunakan khidmat beberapa pemuzik lain untuk rakaman demo pertama mereka. "Mathie, Zaanth dan Zam Gurumon tidak dapat memberikan komitmen mereka untuk rakaman demo pertama "Mystic Satan Of Krasick" atas sebab-sebab tertentu. Mereka akan hanya support apabila ada live gig. Suprie Teo dan Sharthzwie terpaksa meminta bantuan daripada Dinth dan Naminth (dari kumpulan Majestic East) untuk merakam demo pertama yang kami ambil dari demo "Kebangkitan Ilmu Kebatinan" dan telah siap seperti yang dirancang", ujar beliau menjelaskan status dan kedudukan ahli-ahli dalam Krasick 666.

DALAM konteks muzikal, Krasick 666 adalah Black Metal. "Ya, kami memainkan dan memperjuangkan muzik Black Metal dan kami tidak peduli apa orang kata tentang muzik kami perjuangkan. Ada yang kata muzik ini tidak sesuai di zaman sekarang, itu terpulang dengan pendengar sendiri. Pengaruh muzik kami dari band-band seperti Manggas, Majestic East, Marzum, As Sahar, Immolate, Mistik, Dark Nirrajim, Mantak, Langsuyr, Crown Ov Horn, As Sirat dan Barbalans", kata Sharthzwie yang turut memaklumkan lagu 'Mystic Satan of Krasick' digubah olehnya bersama Suprie Teo manakala 'Runggau' pula hasil ciptaan beliau bersama Dinth.


DARI aspek lirikal pula, diberitahu bahawa kebanyakan senikata dalam lagu-lagu Krasick 666 adalah berkisarkan atau menceritakan tentang ilmu hitam, mistik alam ghaib yang menceritakan kepercayaan orang dulu-dulu yang menguji kekuatan masing-masing dan sebagainya. Sharthzwie menjelaskan bahawa apa yang mereka mahu sampaikan kepada pendengar (melalui senikata tulisan mereka) hanya pendengar sahaja yang dapat menjawab (menafsir atau menterjemahkan maksudnya) kerana (bagi Krasick 666) citarasa masing-masing (pendengar) adalah tidak sama.

RILISAN Krasick 666 "Mystic Satan Of Krasick" yang diedarkan oleh Derangement Project Production adalah dalam format CD dan ianya terhad hanya 50 salinan sahaja. "Bagi mereka ingin mendapatkan rilisan demo kami boleh hubungi Shairul Derangement Project Production (0109560562). Demo ini kami rakam semula dari demo terawal yang kami tidak sempat rilis. Di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Shairul (Derangement Project Production), Dinth dan Naminth (Majestic East) kerana telah menjayakan demo ini", kata Sharthzwie merujuk kepada pengeluaran demo pertama mereka.

PENYERTAAN dalam gig merupakan agenda penting dalam pergerakan sesebuah band underground. Tatkala diajukan persoalan ini, Sharthzwie menjawab: "Bagi aku sendiri persembahan live itu penting kerana sesebuah band bermain live membolehkan muzik yang disampaikan kepada pendengar akan lebih dekat dan pendengar boleh menghayati karya sesebuah band itu. Dari persembahan live itulah para pendengar dapat menjuri samada band itu sudah cukup matang dari segi persembahan live, showmanship dan sebagainya... ditanya tentang live/gig ini, Krasick 666 tidak pernah membuat persembahan mana-mana gig.. kami live di atas pentas semasa Battle Of The Band pada tahun 2004 tak silap aku.. masa tu pihak pengurusan menjemput band legend dari Kota Kinabalu iaitu Demizer untuk membuat persembahan".


KRASICK 666 dilaporkan pada masa ini dalam perancangan untuk rilisan demo kedua mereka tetapi masih belum ada kepastian tentang bila ianya dapat dimaterialisasikan atas alasan masing-masing (ahli dalam band ini) ada kerjaya dan agak sukar untuk berkumpul bersama untuk memasuki studio rakaman. EKSTRIM mengucapkan selamat berjaya untuk Krasick 666. "Kita tunggu dan lihat sajalah nanti kemunculannya!!!", kata Sharthzwie berhubung perancangan demo kedua tersebut dan beliau seterusnya mengakhiri perbualan dengan ucapan: "Kata-kata terakhir dari aku terima kasih kau Pian Kvlt kerana sudi interview band ini. Semoga segala kerjaya kau sentiasa berjalan dengan lancar dan happy selalu.. hehehe.. dan kepada anggota-anggota yang membantu iaitu Dinth, Sham666 dan Namin (Majestic East), Bataris Sangpi, Andi Laiho (Viraqvinaz), Fadhill (samseng marotai tawau) yang membantu support cuti aku, Membakut Metalhead.. Thankss you all support local underground Malaysia". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...