2014-10-20

PURNAMWULAN - KEMBALI KE STUDIO RAKAMAN


Begitu lama arena muzik metal tanahair sepi dari perkhabaran tentang PURNAMWULAN. Mereka suatu ketika memperhangatkan fenomena Eastern Metal mengikut acuan yang sedikit berbeza dan dimensi yang mereka perkenalkan melalui "The Fullmoon over the Kliwon" Demo 1996 (rilis pada 1 Jun 1996) didefinasikan sebagai Java Celestial Ethos Metal. Dek kerana kelainan yang dipaparkan telah menarik sambutan yang begitu menggalakkan, "The Fullmoon over the Kliwon" kemudiannya berada di bawah urusan edaran oleh MEMORIES RECORDS pada 1 April 1997. Selepas itu, cerita tentang perancangan tampil dengan rilisan baru di penghujung tahun 1998 hanya tinggal khabar angin sehinggalah adanya laporan bahawa band ini telah berpecah.

Terkini, angin perkhabaran bertiup kencang membawa berita PURNAMWULAN kembali berkarya dan dilapor berada di studio rakaman. Bersandarkan kepada sedikit maklumat yang diterima, EKSTRIM berkesempatan berkomunikasi dengan Sanghyang Wulan, gitaris merangkap vokalis band asal Perak Darul Ridzuan ini. "Rakaman ini adalah untuk kompilasi sebenarnya yang akan diterbitkan oleh Akey Mistik. Lagu kami ini akan dimuatkan dalam sebuah kompilasi band Black/Death Metal sebahagian dari Malaysia dan Indonesia, akan dipasarkan secara serius di Indonesia selain pasaran tempatan", ujar beliau yang turut melaporkan status kemajuan rakaman (pada 20/10/2014) telah mencapai 70% siap.


Sanghyang Wulan juga memaklumkan bahawa kerja-kerja rakaman telah/sedang giat dijalankan di NECRO X STUDIO, di mana studio ini juga yang sama digunakan untuk rakaman band seperti NEKRAD dan VOCIFERATION ETERNITY. Tatkala ditanya apakah masih kekal dengan muzik lama atau adanya sebarang evolusi berbanding demo terdahulu, jawaban diberi: "Konsep muzik lebih kepada technical rasanya kot sebab bukan aku yang tulis lagu. Konsep lirik pun dah lain, lebih ke arah divine intervention. Purnamwulan sekarang berbeza dari segi sound dan konsep demo dulu dah takde", kata Sanghyang Wulan menggambarkan bentuk muzik terbaharu PURNAMWULAN. Kenyataan ini mungkin mengundang sedikit rasa hampa di kalangan peminat dan penyokong band ini terutamanya mereka yang merindui keasyikan Java Celestial Ethos Metal terdahulu. Namun, dari sudut positif, ini harus dilihat sebagai satu anjakan kepada kematangan PURNAMWULAN yang kembali selepas 18 tahun.

Keanggotaan PURNAMWULAN dalam kerja rakaman ini dibarisi oleh ex-UNDEAD, ex-ASTAROTH, line-up asal dan juga dua orang ahli baru menurut kata Sanghyang Wulan yang juga dikenali dengan nama Aavimarga, vokal dalam HAYAGRIVA. Rakaman terkini ini adalah petanda kepada kepulangan PURNAMWULAN yang dinanti, juga saksi kepada era baru sebuah band yang telah ujud di peta Metal Malaysia semenjak 1993.

INFORMASI:

1 ulasan:

  1. Our first single "The Hidden Of The Mystical Path" are available on iTunes, Amazon, Spotify and more..

    Get it now!!!

    iTunes - http://itunes.apple.com/album/id986542140

    Amazon - http://www.amazon.com/The-Hidden-Mystical-Path-Purnamwulan/dp/B00W8HVLG0

    Spotify - http://open.spotify.com/track/4a0uw9qnI8qEyTFJt0cOGW

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...