2014-10-21

INSACRED - PROMO 2014


Kali terakhir INSACRED menghasilkan material adalah pada April 2010 di mana mereka merilis "Evocation Of The Great Abyss" EP, selain terlebih dahulu melahirkan demo "The False God" sekitar Oktober 2009. Setelah lebihkurang 4 tahun membisu (dalam ertikata rakaman & rilisan), band Death Metal asal Kuching, Sarawak ini akhirnya tampil dengan sebuah promo-CD tanpa judul, hanya diberi nama "Promo 2014". Tiga buah lagu baru dijadikan pertaruhan INSACRED dalam promo ringkas ini, lagu-lagunya adalah:

1. The Great Narakas – 4:05
2. Heralds of Evil God – 4:35
3. Eyes of Heresy – 3:44



Promo CD berdurasi keseluruhan 12:24 minit ini dikeluarkan terhad 50 salinan sahaja! Ketiga-tiga lagu dirakamkan secara live di MOCKINGBIRD STUDIO oleh band yang ketika ini dibarisi oleh Ben  (vokal), Dwin (gitar), Sai (bass) dan Voon (dram). Untuk urusan pembelian atau sebarang koresponden, sila e-mel kepada: greatnaraka@gmail.com (Voon Ching Han) atau deformity1@gmail.com (Baldwin).

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...