2014-10-08

VINIIR - "THE STORY CHAPTER II" CD 2014


Dari Ipoh, Perak mereka layarkan Viking Metal. VINIIR pada 4 Oktober 2014 akhirnya melabuhkan album penuh pertama mereka "The Story Chapter II" setelah genap setahun berita mengenai pembikinan album ini dilaporkan. "The Story Chapter II" seakan menjadi kesinambungan yang tepat kepada rilisan demo "The Story Chapter 1" sekitar 2011 dahulu. Album debut ini mempertaruhkan 8 buah lagu keseluruhannya. 

Senarai-Lagu:
1. Thor
2. The Story
3. Edda War
4. Glory
5. No Reason For Surrender
6. Viniir
7. Viking
8. Your Time (Tribute to Silent Death)


VINIIR dalam rakaman album ini dibarisi oleh Zul (bass/vokal), Sham (gitar), Shah (gitar) dan Jac (dram). Kepada anda yang menghargai muzikal epik Viking Metal seperti AMON AMARTH, ENSIFERUM, EINHERJER dan seumpamanya haruslah bersegera mendapatkan album "The Story Chapter II" ini.





Pengeluaran "The Story Chapter II" mendapat kerjasama label-label seperti FLYING AXE PRODUCTIONS dan METAL PORN PRODUCTION serta mendapat sokongan penyiaran online dari BY'U' FM. Hubungi saudara Zul (bass/vokal) a.k.a. Narraka Asyura di facebook beliau: facebook.com/narraka.asyura untuk urusan pembelian dan maklumat lanjut.

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...