2014-10-21

DAMAQ - "Nafs..." ALBUM YANG TERTUNDA!


Satu demi persatu ruh lama kembali bernyawa! DAMAQ salah-satu darinya yang bangkit dari tidur yang panjang! Tiada siapa menyangka band asal Kulim, Kedah ini yang dilapor terbubar di luar jangka mengumumkan bakal rilisnya album debut mereka diberi judul "Nafs...". Satu-satunya anugerah yang lahir dari lubuk DAMAQ yang ditubuh sekitar 1994 adalah "Whisper of the Night Winds" Demo 1998 terbitan/edaran NORTH POEM RECORDS.


"Nafs..." adalah hadiah kehadiran DAMAQ yang meniti semula liku perjalanan Metal Malaysia. Ia sebuah album penuh yang cukup lama tertangguh! Masanya telah hampir tiba! Album ini dijadualkan rilis pada bila-bila masa sahaja melalui label NORTHERN ASTRUM PRODUCTION. "Nafs..." menghidangkan 9 buah lagu keseluruhannya melebihi 30 minit dalam skala Symphonic Black/Dark Metal, sebagaimana senarai berikut:

01. Hevn
02. Tears of Need
03. Coming for Revenge
04. Consecration in Resurrection
05. Ylham
06. Nafs
07. Onursuz Asil
08. Beware of the Last (Just Another Sin)
09. I'm the One with The Old Name


Pengumuman mutlak berkaitan rasminya rilisan dan edaran "Nafs..." yang dikeluarkan dalam format Pro-CD digipak 3-panel akan diberitahu sedikit masa lagi. Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke e-mel: damaqnafs@gmail.com atau terus ke laman facebook mereka. DAMAQ adalah Zarmth (vokal), S.S.V (gitar kedua), Uthwyez (gitar utama), Armeenx (bass), dan Stygian (kibod).

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...