Post-Black Metal Kuala Lumpur LIFELORN kembali menghasilkan karya terbaharu, sebuah album digital berjudul "Memoirs". Tafsiran muzikal LIFELORN boleh juga dikategorikan sebagai Depressive Rock mahupun Ambient Black Metal, mengambil BURZUM (old) dan HAPPY DAYS sebagai inspirasi. "Memoirs" mempertaruhkan 8 buah lagu, mula diletakkan di laman bandcamp.com (muat-turun berbayar) semenjak 18 September 2014.
Menurut A, individu di belakang tirai LIFELORN: "Memoirs" ditujukan kepada mereka yang pernah melalui pengalaman-pengalaman traumatik, memaksa mereka mengimbau kembali detik-detik tersebut sambil memujuk mereka untuk memaafkan mereka yang pernah menyakiti mereka, atau sekurang-kurangnya mengajak mereka untuk meletakkan ego mereka ketepi untuk melihat kehadapan dengan harapan untuk masa depan yang lebih cerah. "Memoirs" boleh dikatakan sebuah album 'unblack' memandangkan pengarangnya juga seorang penganut agama tauhid. Tetapi setiap pendengar boleh menterjemah isi album tersebut dalam konteks mereka sendiri tanpa mengira batasan kaum atau pegangan.
INFORMASI:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan