2014-10-25

KAZANNA - UMUM KEANGGOTAAN TERBAHARU


KAZANNA baru sahaja (pada 23 Oktober 2014) melalui laman rasmi facebook mereka mengumumkan kemasukan dua ahli baru iaitu Zamir di bahagian bass dan Amy mengambil tempat menggantikan vokalis lama, Feeza.

Dengan yang demikian, band berpaksikan Symphonic Metal ini secara lengkapnya dibarisi oleh Amar Hakim (gitar/kibod), Zamir (bass), Reezal (dram) dan Amy (vokal). Line-up ini bakal membuat penampilan sulung di acara BURN IN FLAME 3 pada 21 Disember 2014 di Insider Space, Cheras.

Di samping itu mereka juga khabarnya masih di studio dalam persiapan merilis EP terbaharu.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...