2014-10-20

PSYCHOTIC ART ZINE - ISU #17 | EDISI OKTOBER HITAM (2014)


Fanzine berorientasikan himpunan ilustrasi, puisi dan cerpen independen PSYCHOTIC ART ZINE kembali dengan penerbitan terbaharu iaitu isu yang ke-17, turut digelar "Edisi Oktober Hitam". Di bawah kendalian, susunan dan suntingan editornya Amir Fadli, keluaran kali ini mengetengahkan karya-karya bebas dari Azie Ixia Pelangi Hati, Mira D Kin, Mior Abdul Muneer, Zakie Azid, Kim Smiley Crow, Anakmanjoi, Uncle Slim River, Farah Lina Daim, Rifki Syarani Fachry, Somluck Sapheantong, Yusth Red Eyes, Aisyah Ibrahim, Aku Napie, Jack Giantkilla dan juga Abu Huzaifah Saharuddin.


Lebih menarik, sesuai dengan gelaran "Edisi Oktober Hitam", isu #17 dengan setebal 72 halaman mukasurat bersaiz A5 ini menampilkan kulit luar yang cukup "gelap" sifatnya. Tanpa prejudis serta di luar belenggu rasisma dan bigotri, PSYCHOTIC ART ZINE #17 amat sesuai untuk mereka yang terbuka menghayati seni melalui karya pelbagai dimensi. 


Edisi Oktober Hitam dilancarkan dan mula dipasarkan secara rasmi pada hari berlangsungnya Kuala Lumpur Zine Fest pada 18 Oktober 2014 di Dataran Undrgrnd, Plaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di mana pihak PSYCHOTIC ART ZINE turut mengambil bahagian. Kepada yang berminat mendapatkan fanzine ini, segera hubungi e-mel: sickscreen_p@yahoo.com atau facebook: Amir Fadli.

INFORMASI:
psychoticartzine.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...