2014-10-31

CENTRAL DISPOSAL - OFFICIAL T-SHIRT 2014 | KEMASKINI


CENTRAL DISPOSAL melaporkan proses penghantaran poslaju t-shirt yang telah ditempah melalui pra-pesanan batch pertama dibuat secara berperingkat dalam tempoh 31/10/2014 hingga 9 November 2014. Ini bagi membolehkan pembeli mengenakan t-shirt tersebut semasa KL Metalcamp: Thrash & Burn 2014 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 16 November nanti di mana CENTRAL DISPOSAL dijadualkan berkongsi pentas bersama MUNICIPAL WASTE.


Bagi yang belum memiliki t-shirt CENTRAL DISPOSAL dan ingin mendapatkannya, pra-pesanan batch kedua kini dibuka di mana tempahan bermula dari 31/10/2014 hingga 30 November 2014. Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, t-shirt boleh dipilih samada tag GILDAN ULTRA ataupun FRUIT OF THE LOOM dan samada design HITAM ataupun PUTIH. Setiap helai t-shirt berharga RM50 (tidak termasuk kos poslaju). Hubungi Jeff Disposal untuk tempahan dan pembayaran.

Debut self-titled full-length CENTRAL DISPOSAL masih ada diedarkan pada harga RM20. Pihak band turut menawarkan sistem diskaun pembelian secara combo diberikan sebagai penghargaan mereka terhadap anda!

Combo 1: CD + Tee = RM65 (jimat RM5)
Combo 2: 2 Tee (Black & White) = RM90 (jimat RM10)
Combo 3: CD + 2 Tee (Black & White) = RM105 (jimat RM15)

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...