2014-10-15

CASUS LUCIFERI - CLR001-14: AS SAHAR "LIVE MYSTIKAL EXALTATION" CD


13 Oktober 2014 tercatat sebagai tarikh terpenting buat label baru tempatan CASUS LUCIFERI RECORDS (berpusat di Kuala Lumpur) bilamana rilisan pertama label ini AS SAHAR "Live Mystikal Exaltation" CD [Kat#: CLR001-14] dikeluarkan. Rilisan Pro-CD format jewelcase ini hanya dikeluarkan pada kuantiti 500 keping sahaja, tiada cetakan semula kecuali dalam format audio selain CD. 

Senarai-Lagu:
1. The Devil Bandit
2. Silumanial Dansacration
3. Tinggam
4. Stroll In Kafan
5. Meditasi Embun Pagi
6. Rejoice In Funeral
7. Stroll In Kafan (bonus)

Deskripsi: Track 1 merupakan Single 2014 iaitu lagu terbaharu AS SAHAR. Track 2 - 6 adalah lagu-lagu live dirakam semasa persembahan AS SAHAR di Silumanial Asian Tour 2013. Track 7 yang diletakkan sebagai bonus adalah lagu klasik AS SAHAR menampilkan vokal oleh Hanael.



AS SAHAR "Live Mystikal Exaltation" CD dipasarkan pada harga RM20 / USD10 / EUR8 (harga tidak termasuk pembungkusan dan pengeposan) boleh dipesan daripada orders.casusluciferi@yahoo.com.my ataupun di facebook Casus Luciferi

Selain pihak label pengeluar, pengedaran CD ini turut dijayakan oleh: NECROPAPIC ELITE, WAKAF PRODUCTION, RDL DISTRO, NECRO X STUDIO dan BLACKWINDS PRODUCTION (Singapura). Dalam perancangan AS SAHAR, t-shirt eksklusif berhubung rilisan CD ini bakal dikeluarkan JINN MERCHANDISE sedikit masa lagi.

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...