2014-10-28

PERPETUAL - "GRIND OVER BORNEO" SPECIAL TOUR EDITION CD


Jagoan Harsh Grindcore Sabah PERPETUAL telahpun selesai menjayakan siri GRIND OVER BORNEO TOUR 2014 mereka sekitar September lalu. Sepanjang persinggahan mereka di beberapa destinasi dalam siri jelajah tersebut, PERPETUAL turut mengedarkan CD edisi khas istimewa tour tersebut "Grind Over Borneo". CD tersebut masih tersedia dan masih boleh diperolehi dari pihak PERPETUAL dipasarkan pada harga RM15 sahaja (telah termasuk kos pengeposan). 


"Grind Over Borneo" Special Tour Edition CD ini mengandungi satu seleksi lagu-lagu PERPETUAL dirakam antara tahun 2000 hingga 2013 yang pernah dimuatkan dalam beberapa keluaran Split Tape dan CD sebelum-sebelum ini. Album sulung PERPETUAL "Grind Your Mind" CD berharga RM20 juga masih ada lagi jika anda belum memilikinya. Hubungi PERPETUAL di laman facebook mereka atau terus SMS ke talian 013-8724406 (Zam) sekiranya berminat, sebelum kehabisan stok!

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...