2014-09-13

PRA-PESANAN | TOOLS OF THE TRADE - "PROCLAMATION" LP


Yang dinanti kian hampir dimiliki! PRA-PESANAN atau dalam ertikata lain 'penempahan awal' album terbaharu TOOLS OF THE TRADE "Proclamation" kini telahpun dibuka! Ini adalah full-length ketiga dari unit Grindcore berkenaan, selepas "Inmate Consumption" (2007) dan "Defy" (2012). "Proclamation" dikeluarkan dalam format 12" LP melalui kerjasama Cactus Records, Kusottare Records dan Straineyes Productions.



Sebagaimana sedia maklum "Proclamation" dijadualkan rilis secara rasmi pada 3 Oktober 2014. Tempahan awal ini akan membolehkan anda yang telah lama menanti album ini dapat memilikinya sebaik sahaja ianya diriliskan. Barang diingat, cetakan pertama cukup terhad kepada 300 unit sahaja, berharga RM60 + kos pengeposan. Semua pra-pesanan diambil tindakan penghantaran pada 4 Oktober 2014. Hubungi label-label berikut:

CACTUS RECORDS - cactusdistro@gmail.com

KUSOTTARE RECORDS - kusottare_punkrec@yahoo.com

STRAINEYES PRODUCTIONS - straineyes@gmail.com


"Proclamation" keseluruhannya menghidangkan 18 buah lagu baru karya TOOLS OF THE TRADE. 12" LP ini didatangkan dalam kemasan Gatefold Jacket dan turut diberi poster bersaiz 18" x 24" secara percuma! Artwork oleh Rozarina. Dirakam di Kerbauworks di bawah kendalian dan adunan Tom Bollocks selaku jurutera bunyi. Proses mastering oleh Dan Randall di Mammoth Sound Mastering, California. Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan:

SIDE A
01. Conviction
02. Consumed
03. Mass Indoctrination
04. Blemish
05. Seeking Of Affiliation
06. Crisis
07. Suffer Now!
08. Final Awake
09. A Silent Loss
10. Vault
SIDE B
01. Bestial Ancestors
02. Empathy
03. Mankind's To Blame
04. Stagnant Culture
05. Reprisal
06. Isolation
07. Dominion Of Evil
08. Benefit & Control


Bersempena tarikh rasmi rilisan "Proclamation" ini, sebuah Release Party dinamakan PENGISYTIHARAN bakal berlangsung di Beatnik, Pandan Indah pada 3 Oktober nanti. Selain persembahan TOOLS OF THE TRADE sebagai headline, majlis turut dimeriahkan oleh aksi-aksi undangan dari OSMANTIKOS, DAIGHILA dan SARJAN HASSAN. Kemasukan percuma!!!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...