2014-09-10

SIAL - SPLIT BERSAMA NECROSADIK


Selain split bersama NICROTEK (band Indonesia) yang dijadualkan berada di pasaran pada bila-bila masa sahaja, gelombang Black Metal depresif/ambien tempatan SIAL turut berada di landasan tampil dalam satu lagi projek split dua-hala di mana kali ini bersama NECROSADIK (Black Metal sadistik dari Mexico).

Split yang masih belum bertajuk tersebut bakal diriliskan oleh DROP OF BLOOD, label yang dikendalikan oleh pihak NECROSADIK sendiri. Rilisan ini dijangka dikeluarkan sekitar pertengahan atau penghujung Oktober 2014 dalam format Tape atau Pro-CDR ataupun berkemungkinan kedua-dua format tersebut. Sumber label mengatakan split ini akan mengetengahkan 1 atau 2 lagu dari setiap band.

SIAL ketika dihubungi turut mengakui perancangan dan perbincangan mengenai split ini sedang berjalan dan ada kemungkinan juga menyelitkan sebuah lagu rare iaitu Tangisan Gelap (versi penuh). Nantikan!!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...