2014-09-23

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.04/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: HUMILIATION, DEATH INFERNAL, PSYCHOTIC SUFFERANCE, BEHIND THE DEATH, KAZANNA, DIRE CROWN, MALAPETAKA, BLOOD LEGION, RESURRECTION dan DICKTRACY.


HUMILIATION
Full-length kelima HUMILIATION "Battalion" CD 2014 keluaran DEEPSEND RECORDS kini boleh diperolehi di pasaran tempatan pada harga RM30 (tidak termasuk kos pengeposan) hanya dari vokalisnya Bear Bee [facebook.com/bear.bee.7]. Sepertimana deskripsi label pengeluar, dalam album ini HUMILIATION kembali kepada akarumbi asal muzikal berinspirasikan BOLT THROWER berbanding " Turbulence From The Deep" (2013) yang agak dipengaruhi ASPHYX.


DEATH INFERNAL
Death Metal dari Kuching, DEATH INFERNAL melancarkan Promo CD 2014 pada 9 September lepas. Dianggotai oleh Thomas (vokal), Ritchie (gitar/vokal), Gary (bass) dan Bryan (dram), DEATH INFERNAL mempertaruhkan 5 buah lagu dalam promo tersebut (mengikut susunan); Entering The Era Of Domination, Chaos Upon Mankind, Age Of Extinction, Dark Betrayal dan Death Threat.

facebook.com/deathinfernalband
deathinfernal.bandcamp.com
soundcloud.com/death-infernal


PSYCHOTIC SUFFERANCE
Noisegrind PSYCHOTIC SUFFERANCE akan terbabit dalam satu rilisan 2-way split bersama Grindgore SHITFUCKINGSHIT dari Trieste, Italy. Split dalam format tape ini dirilis oleh gabungan dua label; JESBOLIGAKURAC RECORDS (Serbia) dan NARCOTICA DISTROZINE (Itali) manakala ilustrasi pada muka hadapan sampul kaset dibuat oleh Massimiliano Zinnanti - 0rgan.deviantart.com.
facebook.com/pages/PSYCHOTIC-SUFFERANCE/135981805742


BEHIND THE DEATH
Deathcore BEHIND THE DEATH telah meriliskan sebuah demo self-titled, dilancarkan semasa kemunculan mereka di Uprising Music Fest di Menara Kementerian Belia & Sukan, Presint 4, Putrajaya pada 13 September lalu. Kira-kira setahun yang lalu (7 Ogos 2013), mereka juga telah melancarkan single berjudul Abominable Zionisme.
facebook.com/pages/Behind-The-Death/203443873013620
reverbnation.com/behindthedeath
twitter.com/BehindtheDeath


KAZANNA
Symphonic/Gothic Metal KAZANNA dilaporkan bakal kembali setelah lebih dua tahun menyepi. Sekitar Mei 2011 mereka pernah mengeluarkan sebuah EP berjudul "Will Of Heroes". Kini mereka merancang untuk merilis sebuah lagi EP di mana secara tentatif diberi judul "The Final Dimension". Salah sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam EP tersebut adalah Angel Of The Heaven. Nantikan sesuatu yang baru dan segar dari KAZANNA jika anda meminati band-band seperti Nightwish, Epica, Within Temptation dan Kamelot.
facebook.com/kazannaofficial
reverbnation.com/kazanna

DIRE CROWN
Thrash/Death Metal DIRE CROWN terpilih sebagai salah-satu band sessi pembukaan BORNEO EXTREME FEST 2014 yang menampilkan CARCASS sebagai headline pada 13 Oktober ini. Dalam pada itu, band asal Miri, Sarawak ini dalam persiapan untuk merilis debut EP di mana beberapa lagu dalam senarai mereka adalah Avenging the Defeat, Arced Heresy, Witchery Retribution, dan [Red]volution II.
facebook.com/pages/Dire-Crown/198656263522114


MALAPETAKA
Death/Thrash MALAPETAKA akan menjelajahi Asia Selatan pada Januari 2015. Setakat ini, dua tarikh dan lokasi telahpun disahkan; 9 Januari di NEPAL DEATHFEST, Kathmandu - Nepal dan 11 Januari di ENTOMBED METAL FEST, Mumbai - India. MALAPETAKA turut diberitakan menerima anggota baru dan kini mereka terdiri daripada Boon (vokal), Ashok (gitar), Raja (gitar), Alias (bass) dan Naji (dram).
facebook.com/malapetaka.kl
facebook.com/NEPAL.DEATHFEST
facebook.com/entombedfest


BLOOD LEGION
Death Metal BLOOD LEGION dari Kuala Lumpur telah merilis sebuah EP, dikeluarkan pada 26 Ogos 2014. EP berjudul "Dawn Of The Pariahs" ini hanya tersedia dalam format analog tape (kaset). Menariknya, EP ini turut memuatkan sebuah lagu cover dari kumpulan DEATH iaitu Zombie Ritual.

facebook.com/bloodlegion666
reverbnation.com/bloodlegion666


RESURRECTION
Heavy/Power Metal Kuching RESURRECTION yang diasaskan/dianggotai oleh Andy (bekas ahli SENSELESS) baru sahaja merilis single kedua mereka "I Kill Again" awal September 2014, susulan kepada single pertama "Dark Maya" (rilis penghujung Julai 2011). "I Kill Again" dalam format Pro-CDR menampilkan 2 buah lagu, termasuklah sebuah instrumental/outro. Dapatkan single ini, dijual pada harga cuma RM10 (edaran di tangan / tidak termasuk kos pengeposan) samada dari pihak band mahupun wakil pengedar rasmi mereka, EASTERN VOICE PRODUCTION. [Foto ehsan EVP]
facebook.com/andy.b.sapawi
facebook.com/eastern.voice.production


DICKTRACY
Modern/Hardcore Metal DICK TRACY melancarkan pre-order untuk pakej rilisan EP 2014 mereka berjudul "[Reboot]". EP berkandungan 6 buah lagu disekalikan dengan t-shirt (berkualiti FOTL Heavy - UK) dan sticker diedar pada harga RM45 (tambahan RM5 lagi untuk pengeposan). Pre-order ini terhad kepada 50 unit sahaja dan tawaran berakhir pada 29 September 2014. Hubungi dicktracymy@gmail.com sekiranya berminat!
facebook.com/DICKTRACY.MY
youtube.com/DICKTRACYTV

Kepada mana-mana pihak band, label, zine dan sebagainya yang ingin memuatkan maklumat terbaharu dalam dokumentasi BULETIN METAL MALAYSIA edisi akan datang, sila e-mel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground buatan tempatan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...