2014-09-11

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.03/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: WYNKEN DELIRIUM, AL AZAZHIL, MHOURONG, AIRCRAFT, CELESTIAL FREQUENCY, TOOLS OF THE TRADE, KURASAKUASA, LIFELORN, DELUSI dan EVERLASTING TALES.

WYNKEN DELIRIUM
Tanggal 18 Ogos 2014, band Sludge/Metal/Nusantara Johor Bahru WYNKEN DELIRIUM melancar single pertama "Old Man Spicy", salah satu lagu yang bakal dimuatkan dalam album "Ticketless Travel Is Social Evil". Lagu ini diterbitkan oleh Tony Iskandar Alberto dan Zaihas Amrizad Hasfar, diadun di TUNE Studios, Klang (oleh Hafiz Ahmad) dan mastering di Crystal Mastering, Melbourne, Australia (oleh Joseph Carra). "Old Man Spicy" boleh diperolehi secara muat-turun berbayar di amazon.com, streaming di spotify.com dan turut boleh didengari melalui video berlirik di youtube.com.
facebook.com/WynkenDeliriumOfficial
facebook.com/wynken.delirium
facebook.com/wynken.delirium.9

AL AZAZHIL
Di sebalik pengeluaran EP "Karak Puakarh" yang masih hangat di pasaran, Eastern Black Metal Kuala Lipis AL AZAZHIL dilaporkan dalam persiapan tampil dalam sebuah rilisan split bersama sebuah lagi band Black Metal tempatan iaitu NEFTARAKA dari Ipoh. Split dua hala ini dijangka memuatkan 5 buah lagu dari setiap band dan ianya berkemungkinan rilis penghujung Oktober 2014 ini. EP "Karak Puakarh" keluaran MTD PRODUCTION awal tahun ini masih boleh diperolehi pada harga RM20 termasuk kos pengeposan.
facebook.com/pages/AL-AZAZHIL/475088460625


MHOURONG
Kreativiti Deep tidak hanya setakat FILSUFATIA. Sedikit mengecewakan tatkala beliau mengumumkan tiada demo dari projek tersebut bagi tahun 2014. Namun pembekuan sementara FILSUFATIA dijawab oleh keujudan sebuah lagi projek iaitu MHOURONG. Di bawah nama MHOURONG baru-baru ini dilancar prebiu lagu berjudul "Regret And The Fog That Follows". Di samping mengekalkan elemen atmosferik/melankolik FILSUFATIA, muzikal MHOURONG kedengaran sedikit keras dan berat dengan adanya suntikan melodi Heavy/Death Metal. Harapnya ada sesuatu dari MHOURONG sebelum berakhirnya tahun 2014 ini.

facebook.com/Filsufatia

AIRCRAFT
Sebuah nama yang sedikit asing, AIRCRAFT sebenarnya sebuah band projek terbaharu dalam persada Metal Malaysia. Band yang hanya dianggotai oleh Bathurox (vokal) dan Azgrex (gitar/muzik) ini menggalas muzikal Traditional Heavy Metal dan material mereka akan dikeluarkan dalam format kaset Pro-Tape dijadualkan pada 12 Disember 2014 melalui label berpengkalan di Port Dickson, BASEMENT RECORDS. Prebiu salah-sebuah lagu AIRCRAFT bertajuk Stranger Behind telah mula dilancar dan diperdengarkan!

facebook.com/BasementRekordz
basementrecordz.bandcamp.com

CELESTIAL FREQUENCY
CELESTIAL FREQUENCY adalah nama sebuah label independen yang beralamat di Subang Jaya, Selangor. Setelah merilis EP berjudul "The Sword Without Eyes" dari VISITANT pada Februari 2012, CELESTIAL FREQUENCY kembali dengan beberapa rilisan di dalam perencanaan terbaharu mereka. September 2014 ini bakal menyaksikan terbitnya album debut dari SUFFER REMAIN "Impaled Humanity" (Brutal Death dari Terengganu) diikuti pengeluaran kompilasi GRANDEUR OF THE EAST (menampilkan antaranya ANGUISH, BLACK ABYSS, DEAD, IMPERIAL, NOSFERIEL, SUFFER REMAIN, TAHANNUS, TASYIM, VISITANT dan beberapa lagi) dijadualkan sekitar November nanti.
facebook.com/celestialfrequency


TOOLS OF THE TRADE
3-piece Grindcore berpengalaman, TOOLS OF THE TRADE kian menghampiri tarikh rasminya rilis full-length "Proclamation" dalam format piringhitam 12" LP melalui kolaborasi bersepadu 3 buah label; CACTUS RECORDS, STRAIN EYES PRODUCTIONS dan KUSOTTARE RECORDS. "Proclamation" menjalani proses rakaman di Greenhouse & Kerbau Works Studio di bawah kendalian saudara Tom (The Bollocks) dan melalui proses pengemasan di Mammoth Sound Mastering, California. Realisasi "Proclamation" bakal diisytiharkan  pada 3 Oktober 2014 ini dalam sebuah acara Release Party yang akan turut disertai oleh OSMANTIKOS, DAIGHILA dan SARJAN HASSAN sebagai band undangan.
facebook.com/tools.o.trade
facebook.com/pages/Tools-OfThe-Trade/152545688121794
facebook.com/events/909977359030637


KURASAKUASA
Kisaran Grindcore melalui "Conspiracy Shapes Life" oleh KURASAKUASA (asalnya dalam format CD rilisan band sendiri pada April 2014) kini tersedia pula dalam bentuk pro-tape di bawah produksi BROKEN NOISE RECORDS. Jika anda mahu merasai penangan 13 trek muzik bising buatan band asal Kuching (Sarawak) ini, silalah hubungi label pengeluar di e-mel ladingsatu@gmail.com di mana setiap unit kaset dijual pada harga cuma RM8 (tidak termasuk kos pengeposan).
facebook.com/pages/kurasakuasa/348507372027

LIFELORN
Tidak berapa lama dahulu, A. yang merupakan individu di sebalik LIFELORN ada menyatakan yang projek solo beliau ini telah tiba di titik noktahnya. Akan tetapi kenyataan tersebut seakan tidak lagi terpakai bilamana LIFELORN diumumkan bakal merilis di bawah GSP, sebuah label berpengkalan di Russia. Dengarkan lagu baru "In Asylum" dari LIFELORN yang berkemungkinan dimuatkan dalam rilisan fizikal tersebut.

facebook.com/Lifelorn


DELUSI
Senario Dark Ambient agak kecil dan terpencil di mukabumi Malaysia ini. DELUSI muncul mewakili genera muzik tersebut. Diasaskan oleh Jiwa (semua gubahan dan rakaman) sekitar April/Mei 2014, DELUSI mengeluarkan Single 2014 berjudul "Fatamorgana". Rilisan CDR tersebut memuatkan 2 buah lagu di mana selain lagu judul utama single turut diselitkan lagu Gelita (gubahan berasaskan lagu Dunkelheit oleh Burzum). "Fatamorgana" Single 2014 diriliskan pada 1 Jun 2014 diedarkan secara percuma. Fatamorgana sebelum itu terlebih dahulu diperdengarkan secara digital pada 8 Mei 2014.

facebook.com/delusiproject
youtube.com/user/delusiproject

EVERLASTING TALES
Ini mungkin sebuah laporan yang agak mengejutkan! Masih ingat dengan nama EVERLASTING TALES? Band berkonsepkan Symphonic Epic Metal ini yang pernah suatu ketika menggegar dengan "And the Tales Begin..." Demo 2005 serta penampilan dalam beberapa rilisan kompilasi dilaporkan bakal kembali menerjah persada Metal Malaysia dengan pengeluaran single berjudul "Ironheart". Menurut sumber band berkenaan, single tersebut masih dalam proses awal pembikinannya. Penghasilan ini bakal menjadi pengubat rindu kepada mereka yang pernah menyokong kewujudan EVERLASTING TALES dan sudah tentu suatu petanda kepada bermulanya era baru band ini untuk rilisan-rilisan akan datang. Nantikan berita selanjutnya!

Kepada mana-mana pihak band, label, zine dan sebagainya yang ingin memuatkan maklumat terbaharu dalam dokumentasi BULETIN METAL MALAYSIA BIL.04  akan datang, sila emel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground buatan tempatan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...