2014-09-27

AHMAD RA1M1 "ELEKTRO QALBU PENDOSA" DEMO CD


Sebelum ini nama Ahmad Raimi hanya dikenali sebagai tulang belakang kepada band-band seperti AU REVOIR dan juga WRECKÄR namun tak ramai yang menyangka insan seni ini juga memiliki projek solo yang muzikalnya bersifat non-metal. Projek bergelar atas nama sendiri ini, AHMAD RA1M1 menyalurkan karya-karya bernuansakan Ambient dan Darkwave. 

Hari ini, 27 September 2014, AHMAD RA1M1 telah mengeluarkan sebuah Demo CD berjudul "Elektro Qalbu Pendosa" yang mana menghidangkan 6 buah lagu baru ciptaan beliau, dirakam dan diadun di Faithcraft Studio serta turut dimuatkan sebuah lagi lagu bonus. 

01. Dia
02. Gering
03. Hampa
04. Virus
05. Tempat Yang Tiada Tangis
06. Pari-Pari
07. Aku Rindu Kematian (bonus)

Lagu bonus Aku Rindu Kematian sebenarnya sebuah lagu yang telah dicipta sekitar tahun 2008 lagi dan hanya diperdengarkan di laman myspace, juga diketengahkan dalam sebuah split 3-way "Pengukir Nada dari Makam" bersama DELUSI dan SIAL diriliskan baru-baru ini.

"Elektro Qalbu Pendosa" Demo CD dikeluarkan melalui label FAITHCRAFT PRODUCTIONS [Kat#: FP0013], dicetak profesional (Pro-CD) sebanyak 100 salinan sahaja! Harga: RM16 (Malaysia) termasuk kos pembungkusan & pengeposan. Pembayaran boleh dibuat secara pindahan wang ke akaun Bank Islam bernombor 0901 0010048495 (Faithcraft Productions). Sila hubungi faithcraftproductions@yahoo.com atau talian +60192281979 untuk maklumat lanjut dan pembelian. 

Demo ini juga dikeluarkan dalam format kaset audio cukup terhad kepada 17 unit sahaja bersempena Cassette Store Day. Juga dijual pada harga RM16 termasuk poslaju. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua versi, harganya adalah RM26 (termasuk pos) akan tetapi harus menghubungi pihak AHMAD RA1M1 atau FAITHCRAFT PRODUCTIONS terlebih dahulu bagi memastikan adanya stok versi kaset ini. 

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...