2014-09-11

MORTUARY ANCESTOR - KL HELLBANGER II T-SHIRT


Skuad Death Metal Sabah MORTUARY ANCESTOR dijadualkan turut serta beraksi di pentas KL HELLBANGERS PART II (Kuala Lumpur Headbangers Metalfest pada 15 November 2014 nanti. Bersempena penampilan tersebut, band asal Sandakan ini melancarkan pengeluaran t-shirt khas berkaitannya, khusus untuk penyokong tegar mereka.

T-shirt eksklusif ini cukup terhad, hanya 15 helai akan dikeluarkan (berdasarkan 15 tempahan pertama). Artwork terpapar di bahagian hadapan adalah karya senilukis Jenglot Hitam. Cetakan hanya pada t-shirt berwarna hitam oleh Rockgraphic. T-shirt berkualiti (tag) Gildan Premium ini tersedia dari saiz M hingga XXL (atas pilihan penempahan) berharga cuma RM40 edaran di tangan.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki t-shirt ini, pra-pesanan telahpun dibuka. Bertindak sekarang kerana ianya terhad! Kemukakan tempahan kepada saudara Mahatir Mutalip di facebook.com/mahatir.mutalip. Tarikh tutup tempahan adalah pada 5 Oktober 2014. Siapa cepat, dia dapat!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...