2014-09-17

HERRIOT - KAMI MASIH MELODIC DEATH METAL!


"Hampir lengkap... hanya beberapa buah lagu sahaja lagi (untuk disiapkan)". Begitulah bunyinya status terkini dari HERRIOT di laman rasmi facebook mereka. Ini mungkin ada perkaitan dengan percubaan merealisasikan album "The Flame Of Discontent" yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

"Kepada semua penyokong setia HERRIOT, kami tahu kami telah mengambil masa yang begitu panjang dalam usaha menyiapkan album baru kami. Kami mohon maaf atas keadaan ini tetapi kami jamin ianya bakal tiba. 80% (pembikinan album) telah diselesaikan. Sekiranya anda cenderung kepada In Flames, At The Gates dan Arch Enemy, anda pasti gembira dengan album baru kami ini nanti. Kami mahu berikan yang terbaik, dan kami juga mahu anda mendapatkan (sebuah rilisan) yang terbaik. Kami masih melodic death metal", menurut sumber HERRIOT.

HERRIOT yang sebelum ini telah merilis "Celestial Obelisk" EP 2000 dan "Transworld Chaos" album 2001 turut memaklumkan mereka kembali kepada format 3 gitaris. Line-up terkini terdiri daripada Chen (vokal), Adlan (gitar pertama), Azim (gitar kedua), Mukriz (gitar ketiga), Boy Abui (bass) dan Fariz (dram). HERRIOT dijadualkan turut menyertai acara CHARITY GIG FOR PALESTINE & SYRIA di hari pertama, 27 September 2014.

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...