2014-09-06

KEMOLORG - "BEYOND THE UNKNOWN" DEMO 2014


20 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat biarpun ramai yang berpendapat "begitu cepat masa berlalu". KEMOLORG telah melalui pelbagai fasa suka-duka sepanjang tempoh dua dekad tersebut; silih berganti ahli kumpulan, percanggahan halatuju muzik dan bermacam permasalahan lain. Band asal kota thrash Kajang yang tertubuh sejak 1991 lagi ini akhirnya bangkit membuktikan perjuangan mereka tiada erti mengalah dengan lahirnya demo pertama berjudul "Beyond The Unknown" pada hari kemerdekaan 31 Ogos 2014 lepas. Ironiknya, KEMOLORG bagaikan telah bebas dari kekangan dan mahu terus memerdekakan karyacipta seni metal mereka!

Secara muzikal, KEMOLORG adalah berkonsepkan old-school Death/Thrash Metal dan mereka menamakan band-band seperti Unleashed, Merciless, Hypnosia, Atomica, Sepultura, Obituary, Morbid Angel, Deicide dan seumpamanya sebagai arus yang sedikit-sebanyak mempengaruhi aliran muzik mereka. Demo "Beyond The Unknown" telah dikeluarkan dalam format CD di bawah kerjasama FLYING AXE PRODUCTIONS dan sokongan padu media radio online BY'U' FM. Tiga buah lagu dihidangkan, sepertimana senarai berikut:

1. Beyond The Unknown
2. Eternal Inferno
3. Annihilation

Menurut pihak band, rakaman "Beyond The Unknown" melibatkan line-up berikut: Fifi (gitar), Erick (gitar), Saril (bass), Hery (vokal) dan Odeng (dram). Demo CD ini telah mula diedarkan pada harga cuma RM10 (belum termasuk kos pengeposan) dan barangsiapa yang berminat untuk segera mendapatkannya bolehlah menghubungi Odeng di 013-6097271 / facebook.com/odeng.kajang atau Wan Bronzer di 019-3138433 / facebook.com/wan.bonzer atau mesej di laman rasmi facebook KEMOLORG.



Dalam usaha mempertingkatkan promosi rilisnya demo "Beyond The Unknown", KEMOLORG dijadualkan tampil di pentas KL THRASHED 2014 pada 4 Oktober akan datang manakala lagu-lagu KEMOLORG sering ke udara di corong radio BY'U' FM - byufm.blogspot.com.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...