2014-09-17

NICROTEK / SIAL - "KEBAHAGIAAN SELEPAS MATI" SPLIT 2014


Hubungan baik dua negara serumpun Malaysia dan Indonesia tidak terkecuali dalam konteks muzik metal/underground! Ekoran komunikasi dan kolaborasi SIAL, band Depressive Black/Ambient tempatan bersama NICROTEK, Dark Ambient Black Metal dari Surabaya, Indonesia maka terhasillah Split CD "Kebahagiaan Selepas Mati", juga kerjasama produksi dua negara berkenaan; MINDLESS PRODUCTION (Indonesia) dan MTD PRODUCTION (Malaysia).

Foto Ehsan Mindless Production (Indonesia)

Split dalam format Pro-CDR ini dikeluarkan terhad kepada 66 salinan, diedarkan pada nisbah kuantiti yang sama iaitu 33 salinan setiap label. Ianya rilis tepat tanggal 1 September 2014, memuatkan 10 buah lagu keseluruhannya; 5 lagu sumbangan setiap band/artis:

NICROTEK
01. Lingsir Wengi
02. Gundul Pacul
03. Cublak-cublak Suweng
04. Gambang Suling
05. Nina Bobo

SIAL
06. Sunyi
07. Penantian Sudah Berakhir (Selamat Tinggal)
08. Iblis
09. Transilvanian Hunger (Darkthrone cover)
10. Busuk Hati



Bagi yang berminat untuk mendapatkan split ini, ianya beredar pada harga RM15 (Malaysia) / IDR30 (Indonesia). Hubungi pihak label untuk keterangan lanjut dan urusan pembelian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...