2014-09-08

DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - PROMO SPLIT


Ambient - cabang muzik yang berkemungkinan janggal di mata dan telinga persada underground tempatan khususnya. Inilah profil muzik yang menemukan projek-projek seperti DELUSI, SIAL dan AR dalam satu rilisan split promo bernama "Pengukir Nada Dari Makam". Setiap artis menyumbangkan sebuah lagu dalam split ini, sebagaimana berikut:

1. DELUSI - Lara (7:02)
2. SIAL - Penantian Sudah Berakhir (3:31)
3. AR - Aku Rindu Kematian (7:42)

DELUSI adalah sebuah projek Ambient yang mementingkan bunyi-bunyian kelam, depresif dan menyeramkan. SIAL pula sebuah band yang telah mula mencipta nama di mana mereka berkonsepkan Depressive Ambient Black Metal. Manakala AR (atau penuhnya AHMAD RAIMI) yang meletakkan lagu direkod pada tahun 2008 merupakan sebuah projek solo deklamasi puisi diiringi alunan kibod dan perkusi yang minimal.


Secara rasmi dikeluarkan pada 4 September 2014, "Pengukir Nada Dari Makam" boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja dari setiap artis terlibat. Ianya terhad 21 salinan dan masing-masing mengedarkan 7 salinan. Segera dapatkannya sekiranya berminat!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...