2014-09-17

DELUSI - "MANIFESTASI" DEMO 2014



DELUSI kembali dengan kelahiran demo pertama mereka setelah merilis promo 2-lagu "Fatamorgana" pada 1 Jun 2014. "Manifestasi" Demo 2014 dizahirkan pada 1 September 2014 melalui label sendiri FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION dalam format CD-R terhad kepada 16 salinan sahaja!

"Manifestasi" meneruskan evolusi pengkaryaan DELUSI melalui hidangan 5 buah lagu yang berlatarkan runut bunyian kelam dan suram Dark Ambient, depresif dan penuh emosional! Durasi keseluruhan demo ini adalah 21 minit 21 saat. Senarai lagu yang dihasilkan Jiwa (gubahan & rakaman) dalam demo ini adalah:

1. Manifestasi - 4:12
2. Igau - 3:55
3. Dimensi - 3:36
4. Jurang - 4:08
5. Fantasmagoria - 5:29



Bagi yang berminat mendapatkan "Manifestasi" Demo 2014 ini dan mahu mengenali senimuzik ciptaan DELUSI, boleh dapatkannya pada harga RM5 dengan cara menghubungi e-mel: delusiproject@gmail.com.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...