2014-09-06

TARANTULAH - PERKEMBANGAN OGOS 2014


Tarantulah dalam proses menyiapkan demo ke-3 kami "Human's Suffer" dalam masa terdekat. Proses rakaman dan mixing masih dijalankan secara D.I.Y (home studio) kerana kesulitan lineup kami bertiga untuk berjumpa lantaran masa bekerja yang berbeza (shift kerja / hari bekerja yang berbeza) selain faktor tempat tinggal yang jauh antara satu sama lain dan kesulitan untuk mendapatkan cuti dalam tempoh yang lama. Namun atas komitmen dalam sebuah band kami tetap teruskan.

Kenapa masih berada dalam pagar kawat berduri "Demo"? Tarantulah masih menganggap ini bukanlah rakaman profesional (menggunakan studio penuh) namun kami akan memastikan peningkatan mutu (kualiti sound terutamanya) daripada dua demo terdahulu "Kedamaian Jalan Hitam" dan "War Brutality".

Rakaman dijalankan secara spontan di mana melodi dihasilkan semasa proses rakaman berpandukan lirik terlebih dahulu. Kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan latihan terlebih dahulu sepertimana band-band lain lakukan sebelum bersedia untuk memasuki studio. Jika teknik ini dipraktikkan dalam rakaman studio penuh semestinya band akan menanggung kos rakaman (berdasarkan jam) yang lebih tinggi. Tidak relevan bagi band hanya mempunyai pendapatan cukup makan seperti kami. Namun kami tidak mahu lagi mahu membuang masa seperti yang dahulu (2007-2011) tanpa sebarang rilisan. Jadi kesinambungan band perlu diteruskan walaupun hanya rilisan dalam berbentuk demo.


Rakaman kali ini juga akan memuatkan 6 buah lagu seperti dua demo terdahulu namun hanya 4 buah lagu baru akan direkodkan bersama 1 lagi lagu yang direkodkan semula dan 1 lagu cover. Secara ringkas lagu-lagu yang terlibat:

1. Human's Suffer
2. Benefit Contradiction
3. Stop The Abuse
4. Penindasan Golongan Bawahan
5. Lagu rakaman semula - akan ditentukan kemudian
6. Lagu cover - akan ditentukan kemudian

Dalam perancangan release ini akan dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga yang dirancangkan berjalan lancar.

-Man Rabaxx (bagi pihak Tarantulah)

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...