Keterujaan menanti tibanya hari lahir album kelima MANTAK bakal terjawab tidak lama lagi! Penantian seakan menjadi satu siksaan bukan sahaja terhadap para penggemar dan penyokong band aliran Black/Thrash ini, tetapi juga deraan ke atas mereka yang menganggotai MANTAK itu sendiri. Kepuasan kian terserlah setelah mengambil masa panjang bertungkus-lumus menyudahkan segala materi dan kemenangan pasti dijulang bilamana "Morbid Deathfuck" berada di tangan mereka dan juga anda!
"Setelah tertangguh agak lama, keseluruhan proses rakaman, mixing dan mastering album kelima kami akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya! Kerja-kerja rakaman telah berlangsung di Eyes&Ears Studio @ RAM Studio, Kota Kinabalu dan kami lakukan proses mixing dan mastering di Route 33 Papar di bawah kendalian Tajul Anderz. Morbid Deathfuck pasti akan memusnahkan gegendang telinga anda dengan 8 buah lagu gubahan baru kami yang agresif, laju, ekstrim dan semestinya metal tanpa belas kasihan!", ujar Naz Razak selaku gitaris MANTAK. Band turut dianggotai oleh Mark Fausztie (vokal) dan Shaun Yazeed (dram).
SENARAI LAGU:
1. Morbid Deathfuck
2. Bloodlust of the Hatred
3. Witchfuck Torment
4. Deathcrush to the Bones
5. Wolflusttruktionz Rogolized
6. Satan's Gonna Fuck You!
7. Speedfuckalypse Holocaustor
8. Manifestation of the Plague
Menurut Naz Razak yang mengasaskan MANTAK pada 1995, "Morbid Deathfuck" sepertimana diketahui umum akan diriliskan melalui sebuah label New Zealand iaitu HELL'S VOMIT PRODUCTIONS (www.hellsvomit.com) dalam format CD untuk pasaran internasional manakala poduksi tempatan INCONSPIRACY RECORDS diberi kepercayaan untuk mengeluarkan album ini dalam bentuk kaset terhad hanya 333 unit. Dimaklumkan juga mereka dalam usaha dan perbincangan dengan beberapa buah label lain untuk materialisasi versi piringhitam LP 12 inci.
Perkembangan "Morbid Deathfuck" album penuh 2014 terus diperhangatkan dengan pra-dengar sebuah lagi lagu yang bakal termuat di mana kali ini anda diberi peluang menikmati lagu Wolflustruktionz Rogolized. Menariknya, lagu ini menampilkan sumbangan suara Rajj Akagrish dari band AKAGRISH / CROWN OV HORNS. Amaran telah diberi: Anda pasti akan dirogol secara kejam oleh metal buatan MANTAK..!!!
INFORMASI:
BERKAITAN:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan