2014-04-28

MANTAK - SEMAKIN MENGHAMPIRI "MORBID DEATHFUCK"


Blasphemic Thrashing Black/Death Sabah, MANTAK sebagaimana diketahui sedang di perjalanan melahirkan album kelima mereka "Morbid Deathfuck" dijadualkan rilis pada tahun 2014 ini juga di bawah pengeluaran HELLS VOMIT PRODUCTIONS, sebuah label dari New Zealand.


Sebagai promosi awal rilisan album tersebut, MANTAK telah memperdengarkan sebuah lagu berjudul MANIFESTATION OF THE PLAGUE yang dijangka turut dimuatkan dalam album tersebut. Lagu yang agak unik dan kedengaran arabic di bahagian intro-nya ini diperdengarkan di laman SoundCloud mereka: soundcloud.com/mantakblasphemer.

Dua buah lagi lagu turut diperdengarkan melalui ruang YouTube band ini iaitu di: youtube.com/user/Mantakdeathtube. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah MORBID DEATHFUCK (mengambil sempena judul album itu sendiri) dan BLOODLUST OV THE HATRED.

MORBID DEATHFUCK

BLOODLUST OV THE HATRED

Mendengarkan lagu-lagu terbaharu dari MANTAK ini membuatkan kemunculan album ke-5 "Morbid Deathfuck" mereka adalah sebuah rilisan yang ditunggu-tunggu!

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...